G2M Superfriends

Wednesday, July 13, 2011

Kenapa nak upah orang lain siapkan assigment?


Mereka yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi tidak pernah terpisah dengan assignment @ tugasan. Tak siapkan benda tu, alamat gagal lah namanya.  Terpaksa repeat paper. Takpun kena buang pengajian. Penting wooo assignment ni. Markah tinggi..

Kebelakangan ini banyak kita perhatikan mereka yang sambung belajar tapi assignment yang diamanahkan terpaksa upah orang lain yang buat. Selalunya mereka yang sambung belajar secara PJJ la. Bekerja sambil belajar, mana ada masa nak buat semua benda tu kan. Apatah lagi yang dah berfamili

Manakala mereka yang kena upah tu pula selalunya di kalangan mereka yang berijazah terutama pelajar-pelajar lepasan IPT. Maklumlah mereka kan dah biasa dan mahir dengan buat tugasan-tugasan macam tu.

Bayaran upah untuk sebuah assignmnet yang disiapkan selalunya hasil  rundingan antara kedua pihak.  Lazimnya sekitar RM50-Rm100 untuk sebuah assignment. Kadang-kadang si pembuat dan pengambil upah tu pun tak kisah berapa bayaran pun dikenakan. Paling best ada juga yang tolong buat secara ikhlas. Nak bantu sanak saudara dan keluaraga lah kot.. hehehe

Persoalannya sekarang, apa hukumnya nya ye? Mengupah orang lain tolong buatkan assignment @ tugasan tu?

Sambung belajar ke peringkat tinggi, tapi macam tak belajar. Kerja dan tugasan orang yang lain yang tolong buatkan. Tak payah pening kepala, cari upah orang lain ja. Last-last akhir pengajian konvokesyen dapat segulung ijazah. Pangkat pun naik, gaji pun melintang mendongak. Halal ke gaji yang dia terima tu tapi bukan hasil usaha sendiri? Yang menolong dan menerima upah tu plak halal ke upah yang dia terima tu kerana bersubahat?

Aku tulis entri ni sebenarnya kena juga kat batang idung aku sendiri. Sebab aku sendiri pun pernah buat macam tu sebelum ni. Hihihi.. Cari duit sampingan dengan tolong buatkan assignment orang. Nak tanya hukum, kawan-kawan aku yang bergelar ustaz pun 2X5 jugak. Pernah  gak buat macam tu.. Ekekekeke..

Ok lah, untuk gambaran, cuba tengok kes-kes yang seumpama di bawah ini;

KAJIAN KES 1
Saya ada duit, tapi saya macam malaslah nak berniaga. Lalu saya pun upah orang untuk menjalankan perniagaan dengan duit saya. Alhamdulillah, perniagaan saya pun untung hasil usaha orang yang saya upah itu.

- So amacam? Nampak kisah di atas macam okey ja kan. Konsep 'bantu membantu'. 
Cuba baca kes yang di bawah ini pula.

KAJIAN KES 2 
Pensyarah minta kami siapkan sebuah kerja projek. Tapi saya macam malas nak buat. Lagipun saya tak tahu. Tapi kalau tak hantar habislah saya digagalkan. Baik saya upah orang lain.

- Cuba fikirkan. Kes di atas ni nampak macam nak 'menipu' plak kan. Kerana takut digagalkan, upah orang untuk siapkan. Macam kes murid menipu dalam kelas la..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okey oke senang cerita macam ni lah. Apa yang saya dapat simpulkan hasil pemerhatian dan penyelidikan (Cewahh) kalu setakat beri upah orang menaip tu ok je. Takda masalah sebenarnya. Kita sediakan semua bahan-bahan, nah upah orang ja tolong taip. Tolong taip kan je sebab kita takda masa untuk semua tu..

Tapi kalau buat segala-galanya dari A ke Z tu yang sebenarnya boleh dikatakan penipu. Iya M.E.N.I.P.U  @ menipu. Bagi soalan je, pastu pandai-pandailah orang yang kena upah tu cari bahan, buat lah yang terbaik. Asal siap.

Minta maaf lah kalau ada tersindir. Assignment itu adalah amanah. Kita kena jujur pada diri sendiri kerana ianya melibatkan periuk nasi kita kelak. Orang yang menyuruh itu penipu, orang yang menolong itu pun menipu sebab bersubahat. (nasihat ini untuk diri aku juga. ekeke)
 
Macam kes dalam kelas la. Kita cikgu-cikgu pun mesti marah kan kalau murid-murid kita didapati tak jujur sebab kerja sekolahnya kawan dia yang tolong buatkan. Sampai bila dia nak pandai kalau tak buat sendiri.

Macamana nak maju kalau kerja yang ditugaskan itu diupah orang lain yang buat. Memang tak salah, tapi tak jujur menghantar kerja yang bukan hasil kerja sendiri untuk markah sendiri. Andai kata bantu membantu, itu tidaklah mengapa. Kerana sama-sama berusaha. Seorang membimbing, seorang mengerjakannya. Tapi bukan menyerah bulat-bulat tanpa ada usaha.

Mohon maaf lah jika ada sesiapa yang tersindir dengan entri ini. Ini cuma luahan pendapat aku je. Kalau nak lebih kepastian pi la tanya ustaz ustazah sekalian. Kalau ada yang nak respon tak puas hati dipersilakan. Masing-masing ada hak berkongsi pendapat.

Jangan jadikan tabiat ini suatu trend, dan jangan salahkan majikan jika mempunyai pekerja yang berpelajaran tinggi tapi langsung tiada kualiti!

Fikir-fikirkan lah ye.. Daaaaa....

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

32 comments:

Kancil 8349 said...

sabar boss...aku faham perasaan mu...hehehehe...manusia suka kerja yang senang je ndak mahu susah bah...

zannie said...

akak pun belajar jgak..tp alhamdulillah,akak sentiasa buat asgmnt tu sendiri,sbb kita tahu apa yg kita buat,mana tau tajuk kita tu ada kluar exam,dgn mudah kita mnjwbnya...tp klu kerja kump. yg besar cthnya 5-8 org,ha..ha..,adalah yg hnya mnymbangkn tenaganya sikit je asal nama masuk...kadang2 tu geram juga kita tp nnti nmpk pulak tk ada krjsama kump.Kes mcm ni pula amcm?

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza---> bukan perasaan aku ums.. tapi sebagai panduan buat kita semua... jujur pada diri sendiri lebih baik untuk kepentingan diri masa akan dtg..

Ce'gu JAERA said...

zannie----> iya kak. memang dah lazim tu kalau buat tugasan berkumpulan ada saja rakan yang sleep.. kita berusaha stgh mati, dia buat2 menumpang nama je..
jangan lah ada ahli kumpulan yg macam tu dlm grup kita.. laporkan je nama ngan pensyarah abis cerita.. hehe

Unknown said...

selalunya kak dik..
kalau orang yang menipu hasilnya tak kemana..

mesti kerjaya tak akan stabil..
Allah maha kaya

Ce'gu JAERA said...

Citarasa Rinduan---. begitulah lumrah kehidupan kak.. jujur lah walaupun pahit.. Insya Allah ada hikmah terbaik utk kita kelak..

Kita buat benda tak bagus, pasti akan Qisas juga pada kita masa akan dtg..

Noor Fatin said...

dlu masa belajar, saya ada kawan mcm tu. asgment xnak buat, nota xnak buat. yang dia tau, amik nota org, copy asgment org, lepas tu pegi cakap kat lecturer yg org tiru dia pnya asgment.org lain yg dia tiru dapat markah sikit, dia dapat markah banyak.

dan mcm2 lagi la dia buat. kalau dia failed satu subjek, dia akan kata satu kelas tiru, sbb tu smua lulus, dia xtiru sbb tu gagal. lepas tu nangis2. ahahahah..

kami sama2 dh abis diploma. pointer sy mmg sikit tapi skrg2nya sy bersyukur, sy xbuat jahat kat org, xpegi buruk org kat lec, xcuri nota org, sy dh buat yg terbaik. stkt yg sy mampu.

pointer dia lbih tinggi dr saya. kawan saya cakap, xpela fatin. biarlah dia. dia dapat diploma penipu je. bukan atas usaha dia lgsg.

masih sedih kalau ingt balik. banyak lec pcaya kat dia sbb dia suka nangis2 dan bawak mak kalau ada berlaku satu2 hal, kami mcm xdak hak nak bersuara. cuba bersuara, tapi xdilayan.

sabar je la. biarlah. Allah akan balas jugak nanti. diam diri adalah lebih baik..

KakD said...

hehehe terkena jugak sebenarnye kat batang idung saye jugak nih hihihi

mase tu mintak tolong skandal buatkan assigment boleh? hihihi

tapi tu dolu2 sekarang sudah insap hehehe.

Ce'gu JAERA said...

NOOR FATIN---> wah, terasa hiba bila baca kisah fatin ni... takpalah kan, hari ini orang kenakan kita, esok lusa mana kita tahu kan..
orang yang suka buat macam tu hasilnya tak ke mana... tak berkat kehidupan... Biarlah kita jujur walaupun pahit...

Ce'gu JAERA said...

MAPPIAU-----> wakakaka... takpalah, manusia mana yang tak buat kesilapan kan... hihihi

Nora Shahaira said...

Masa akak belajar dulu...tak de cukup duit nak ngupah org buat, nak cari duit dgn buatkan assg pun akak nora rasa kerja akak pun berlambak sampai rasa tak mampu nak buat. tapi...memg berjaya hadapi segala kesukaran sendiri..alhamdulillah..

p/s: prihatin awak tgok entri hampeh akak nora td..bukan pe...dah 2 kali taip entri tp ntah mana hilang..last2 cube entri hampeh tu..mau plak publish

Prince Halilintar said...

kalau kitre buat kerje kite dgn idea kite sendiri lagi bermakna dan insyaallah lagi mudah memahami..wpon kitemgkn melakukan kesilapan..tapi itu juga usaha kite..so, kite akan berpuas hati dgn keje kite..

Cik Tim said...

tim tak upah orang.. dok bincang ramai2.. pastu, salin je. hehe... tak nipu kan tu??

Ce'gu JAERA said...

Nora Shahaira ---> alhamdulillah, baguslah macam tu kan kak.. belajar dengan hasil usaha sendiri..
p/s:-- oo, tadi tu entri test ke? hehehe.. kesian blog akak buat ragam.. hehe

Ce'gu JAERA said...

Ms.Az---> ahaaaa.. tu tak tipu.. itu kan perbincangan namanya.. study group then salin buat masing2.. (",)

Ce'gu JAERA said...

Prince Halilintar---> betul tu prince.. biar salah yang penting kita mencuba.. jujur atas hasil usaha sendiri.. insya Allah berkat segalanya

Ainul Hayat said...

Terima kasih atas kunjungan ke Kronologi Kehidupan.

Pasal upah orang untuk siapkan assignment ni saya tak pernah pulak praktikkan. Persoalannya, kalau upah orang ni, assignment tu mmg 100% dapat fullmark ke? Macam kurang yakin je nak minta orang buatkan. Duit melayang ilmu tak dapat...HUHUHU~

intan_blur said...

jgn emosi lebih2 beb..nnt cpt tua..ekekkeke..nasib baik bukan terkene kat btg hidung nih..klu x mau kene saman gen2merah nih..ekekekkeke..

emarieys said...

akak tak pernah nak upah2 orang time study dulu..sbb memang tumpu kat studi...tp tolong pakwe buatkan kerja...pakwe tu dah jadi suami akak pun..ahaks..

tapi ada betulnya..kalau lepas tangan nak lulus dapat ijazah tak ada gunanya..sbb ilmu tak ada.

Ce'gu JAERA said...

Ainul Hayat-----> iya betu juga kan.. upah orang lain, entah betul entah tidak tu fullmark kan... hehe..
duit melayan ilmu entah ke mana.. huhuhu

Ce'gu JAERA said...

intan_blur ----> ekekekeke... dah cukup cool ni... kalau intan yang sama takda msalah.. ehehehe

Ce'gu JAERA said...

MamaEma----> hehehe,, bantu pakwe buatkan assignment.. last2 jadi husband ye... syukur laa. ehehe... ada hikmah juga kan.. eheheh

suria lekatlekit said...

umpaman belajar utk segulung kertas bernama sijil.. bukan utk ilmu.. kan??

Ce'gu JAERA said...

THE LEKAT LEKIT STORY----> betul.. belajar sekadar nak dapatkan sjil je.. sdgkan ilmu langsung tah ke mana

cik sakura said...

ada gak terjadi..dah siap dapat pangkat dr. lagi..maknanya berbanyar..ada jugak macam tu..lumrah biasa yang sebenarnya dah lama terjadi..

HaiDa HiDa said...

ramai yg buat mcm ni..
kes terdekat ngan hida adalah di kalangan cikgu2 yg sambg study.. mana sempat nk buat assignment kan.. ngan keje kat sekolah pn tak terurus (mereka lah yg cakap).. tapi hida respect gak ngan dia org ni, lepas upah tu dia org akan study balik betul ke tidak.. kalau tak betul, just edit je lah.. hida tak pernah upah dan tak pernah amik upah..

Ce'gu JAERA said...

cik sakura ---> betul tu cik sakura.. kes yang dah lama terjadi.. ak heran ramai majjikan yg mmpunyai pekerja yg x berkualiti

Ce'gu JAERA said...

HaiDa HiDa ----> itu memang tidak dapat dinafikan lagi Haida.. bukan ja cikgu, tp majoriti mereka yang bekerjaya.. ehehehehe

Niena Muhammad said...

:D kwn2 yg cikgu slalu cerita.. tpi kerjaya seorg guru kan mulia :D

emarieys said...

bukan senang nak jadi cikgu,,,akak ada pengalaman menjadi cikgu selama dua bulan..kena sabar banyak2...

ISZA said...

salam,
bagi saya.. nak upah.. upahlah.. kadang2 bukan setakat faktor malas atau sibuk tapi mungkin ada faktor lain seperti masalah kesihatan, tarikh asgment di awalkan atau tak faham langsung. Tapi.. yang penting baca apa yang diberi.. edit2 juga.
Kadangkala x boleh percaya orang yang ambil upah ni.. dia main copy paste je. Senang betul cari duit kan?

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya pun pernah ke sbuah pusat komputer, sorang staff kat situ dok buat assignmnet untuk cikgu2... ramai ckgu yg dtg.. then, kebelakangan ni dia selalu sakit2.. mungkin sbb kerja dia buat tu bkn kerja yang baik. tapi saya penah tegur, dia marah saya. hehe pelanggan pun kena..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...