G2M Superfriends

Monday, November 7, 2011

Upacara KORBAN SK Batu Payong 2011


Hari ni dah masuk hari kedua raya Haji @ Aidiladha. Tapi nama tu lagi senang jika kita panggil raya Korban. Biar senang sikit kita nak ingat yang hari ni banyak kambing, unta dan lembu kena korban. Hehehe


Raya semalam bermacam ragam, bermacam cerita si haiwan yang nak disembelih. Kisah Lembu mengamuk masa nak ditangkap, malah ada juga lembu yang lari hingga hujung kampung. Itu cerita si haiwan. Lain pula Kisah si manusia. Dengar-dengar ada orang kampung yang bergaduh tak puas hati gara-gara pembahagian daging yang tidak adil. Hehehe.. macam-macam.  (",)

Yang penting niat kita berkorban ini biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Apa pun syukurlah pagi tadi bertempat di penjuru sekolah SK Batu Payong, 3 ekor lembu berjaya dikorbankan dengan jayanya tanpa sebarang permasalahan dan halangan. Cuma kebasahan juga lah ketiak  bila nak menangkap, mengikat dan membalikkan lembu ini sebelum disembelih. Ekekeke (",)

Terima kasih buat semua warga sekolah SKBPT, pihak PIBG, dan orang-orang kampung Batu Payong atas kesudian hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi upacara Ibadah korban yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Tahun depan kita berjumpa lagi.
 

Hikmah berkorban akan membuktikan keimanan , ketaatan dan kesyukuran seseorang kepada Allah.

Himah berkorban akan mendidik manusia secara amali dari segi kasih sayang, simpati dan timbang rasa dengan mengorbankan sebahagian daripada miliknya semata-mata kerana Allah

 Hikmah berkorban akan melatih manusia sentiasa berkorban untuk menegakkan syiar Islam.

Himah berkorban akan melahirkan kegembiraan di hari kebesaran Islam dengan sedekah dan hidayah untuk memupuk perasaan muhibbah dan silaturrahim.

Hikmah berkorban akan mengingati dan mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan suci nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s yang mematuhi perintah Allah.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

42 comments:

nia said...

tak pernah tengok real lembu kena sembelih. tapi dapat tengok gambar lembu kena sembelih pun jadi la.

Puan Kutu said...

meriahnya ibadah korban kt tmpt cikgu..sy juga yg terpaksa berkorban di tempat kerja.hehe...

Asy Faro said...
This comment has been removed by the author.
Kayu Manis said...

salam utk cikgu ye...maaf ye baru hari ini baru berkesempatan menjenguk rakan2..bru lps masak daging korban...

Cikgu Ma said...

errrkkk..cikgu tak terkorban ke?ehehe..

Ce'gu JAERA said...

@ feza---->
ehehehe.. tgok gambar pun jadi lah kan... ekeke

Ce'gu JAERA said...

@ Asy Faro---->
memang lah tak nampak, dah saya yang jurufoto.. ehehehehe... saya paling penat menangkap dan melapah tau :P

Ce'gu JAERA said...

@ cinnamon.com---->
wowww.. masak daging korban? mesti delicious tu kan.. ehehe

Ce'gu JAERA said...

@ CikGu Ma---->
takla, saya yang mengorbankan lembu itu.. ekeke

AmirFX said...

Tak pernah lagi tengok lembu disembelih... Pagi tadi terlajak tdo.. haha..

maszull said...

assalamualaikum dil....hikmah berkorban dpt memupuk silatulrrahim yg erat sesama kita kn...:)

Tinta Emas said...

mesti minggu nie asyik makan daging lembu aje sampai rindu ngn ikan...

selamat hari raya korban....

Noor Fatin said...

ada lembu yang meronta2 xnak kena sembelih tau. rasa kesian pulak. kui3 :P

tunz said...

wah..alhamdulillah..sekola mama wat korban hari rabu ni....esok cikgi2 de rewang pas meeting w/pon esok masih cuti...

lieynanilaz said...

majlis memang meriah...
dah x larat nak makan daging...mabuk daging...ekekee.

Ce'gu JAERA said...

@ AmirFX---->
iye ke tak pernah tengok... sayang la... org lelaki kena mesti tau benda sembelih ni.. ehehe

Ce'gu JAERA said...

@ Tinta Emas---->
saya kebelakagan ni tak makan daging.. risau kalau kolstrol naik.. ehehe... tapi saya banyak makan ayam je.. ekeke

Ce'gu JAERA said...

@ NOOR FATIN ----->
lembut tu meronta sebab takut tengok kawan2 dia dah kena sembelih... ehehehe

Ce'gu JAERA said...

@ tunz----->
wahh, buat korban hari rabu ye... mesti seronok dapat kerjasama tolong menolong melapash dan memasak ramai2 tu...

Ce'gu JAERA said...

@ lieynanilaz ---->
ya, kurangkan makan daging... makan ala kadar je yang termampu.. ehehe

fadh leyanie said...

yang bergaduh tu tak elok bergaduh,,baik tolong sembelih lembu.

Cikgu Dahlia said...

bila tgk lembu kena sembelih utk korban, memang akan rasa insaf di dalam diri...

MulutPayau said...

salam aidiladha utk Gen2 Merah....akak mmng tak pernah tengok orng smbelih lembu secara dekat...tak sangggup..!!!!

Anonymous said...

pernah tgk lembu yg nak disembelih..mengalir kuar air mata..memang tersentuh...

Unknown said...

dulu masa kecik2 tgk lembu kena sembelih dari tingkap atas rumah jer.. sbb rumah betul2 sebelah masjid.. tempat penyembelihan betul2 di tepi rumah.. skrg ni je dah x dpt tgk dekat2...

Ce'gu JAERA said...

@ fadh leyanie ---->
ehehehe.. betul3x... baik sembelih lembu sama2 drp gadh2 x puas hati kan.. ehehe

KuNanGKuNanG said...

balas kunjungan dan follow blog ni..

wah meriah btl..main kejer2 ngan lembu pun ada ye?hehehe. pe2 pun moga ibadah korban yg kita jalankan dapat keberkatan..amin...

Ce'gu JAERA said...

@ DaHLia----->
ya cikgu.. semoga ianya menjadi renungan buat kita bersama agar sentiasa berkorban ke jalan yang di redhai Nya...

Ce'gu JAERA said...

@ MulutPayau---->
hihihi.. org pempuan kalau x sanggung nengok baik jgn tgok kan... nanti lemah semangat.. ehehe

Ce'gu JAERA said...

@ Tiramisu Fatiema----->
iya.. kdg2 tersentuh juga bila lihat.. apa pun semoga ianya menjadi renungan buat kita agar lebih ikhlas berkorban ke jalan yang di redhai Nya.

Ce'gu JAERA said...

@ QueeN TerataI----->
ooo mcm tu.. rupanya umah Queaen betul3x dekat ngan masjid ya.. senang lah ikut acara surau kan.... ehee

Hanis Azla said...

seronoknya bila tgk semua org berkerjasama.. sama2 berkorban masa dan tenaga.. indahnya suasana seperti itu kan..

cik sakura said...

tengok darah je dah pitam..hee..apa2 pun selamat hari raya qurban..

Dylla Abas said...

wahhh...meriahnya majlis korban kat tempat cikgu ye.tempat sy ada juga.cuma tak banyak kot.tapi paling best bila ada orang dtg hantar daging korban.sedapnya..fresh!

Daddylicious said...

paling tak suka bab2 melapah...adoi boleh terkoyak melayannnya...

Sunah Sakura said...

adik sakura tak pernah tengok orang buat korban depan mata..uhuhu

bobiedanbad said...

meriahnya.... xpernah tengok lembu di sembelih,sdh d sembelih br berani tengok hihihihi

3no gr33ny said...

byk nye...patut la balik umah terus terlentang..huhu

aamalinaazman said...

huwaaaa
sempat lagi amik gambo ye
hayoooo

dah lame x tgk upacara korban ni
emm3

cikgu terlibat x?
hehhee

Chik Att said...

wowww lipan ...... dulu pernah masuk dalam kain telekung ... melompat2 kita ..

intan_blur said...

x smpi hati kan nak tgk..tp bdosa kite klu kite kesian kat dia..
haritu blk kg..ank2 intan yg pegi tgk ngan atok dia..teruja

duniaanita74.blogspot.com said...

kak ita pernah tengok lembu..masa arwah ayah buat korban..terus kasihan dan tak mahu makan masa tu..sekarang ne tak mahu tengok dah...masa raya korban ne..nenek sembelih 2 ekor..tak pergi tengok pun..hubby dan adik lelaki yg tolong....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...