Lagu Negaraku, lagu kebangsaan yang perlu kita hormati dan sanjungi. Lagu kebangsaan ini seringkali berkumandang di corong-corong radio dan televisyen, ataupun dinyanyikan secara formal di majlis-majlis rasmi. Bagi seorang pelajar pula, adalah menjadi kewajipan mereka untuk menyanyikannya pada setiap minggu semasa perhimpunan sekolah.
Cerita pasal lagu kebangsaan ini, pagi tadi semasa saya mengawas peperiksaan SPM Sejarah kertas II, terkeluarlah soalan berkaitan lagu Negaraku ni. Siap tunjukkan lirik lagi. Amboi, mudahnya soalan.
So, soalan pertamanya berbunyi macam ni.
V
V
V
"Apakah tajuk lagu kebangsaan negara kita?"
Waahh, memang soalan cepumas lah ni. Masa saya terbaca soalan ni, memang nak gelak pun ada. Kacang sangat. Rasanya pelajar-pelajar sekolah rendah pun boleh score ni. Tapi ingat, korang jangan fikir mengapa penggubal soalan SPM ni saja-saja nak letak soalan macam tu. Konfom banyak pelajar yang lupa atau memang tak tahu langsung. Huhh
Sebab semasa saya tengah pusing-pusing dewan peperiksaan tu, terpandanglah saya akan beberapa jawapan yang ditulis oleh pelajar-pelajar ni. Memalukan betul. Rupanya masih ada yang tak tahu tajuk lagu kebangsaan negara ni.
Ada sorang pelajar tu selamba je letak tajuk lagu kebangsaan kepada "Jalur Gemilang". Lain-lain jawapan yang saya lihat ada yang tulis jawapan "Malaysiaku", dan ada juga yang letak "Negara kita". ekekeke. Tu cuma segelintir je. Rasanya mungkin lebih banyak calon SPM yang tak tahu nak jawab soalan mudah ni.
Tulah, siang malam bersengkang mata ulangkaji pelajaran. Rupanya soalan yang patutnya dah kita tahu dari sekolah rendah lagi akhirnya putih mata nak jawab masa peperiksaan penting ni. Macam ni lah kalau semangat kebangsaan hanya diungkapkan di mulut semata-mata, tetapi tidak diserapkan ke dalam hati sanubari. (",)
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
43 comments:
hoh...apa dah tajuknya...hahaha.. confirm fail SPM nih...
Negaraku eh..sebab waktu sekolah dulu masa perhimpunan diorg kata.. meh nyanyi lagu "negaraku"
betul lah kan..
rukun negara ingat...!!
rukun negara ingt smpai skg lpas insp polis soal.kekekeke
ni lom msuk soklan exam tny rukun islam dan rukun iman
Haloow urang tawau..sy urang kudat haha! tidak hairanlah sekarang ni ramai yg ada degree tapi mcm tak ada degree saja..
Sepatutnya, benda senang dan wajib tahu ni boleh jawap..apa lah
cikgu! kenapa paper 1 susah gila berbanding dengan paper 2?!! haha >< heran sungguh.. byk plak tu soklan kbkk =_="
selamat pada pelajar yang duduki spm tu..jawab dengan didikasi hmm..patriotik terbaik
hum.. benda basic tu. tapi ada yang tak tahu. adei.. geleng2 kepala.
lagu NEGARAKU.. zaman sekolah dulu setiap kali perhimpunan, dorg sebut nyanyi lagu negaraku.. hihii
alahai..soalan bonus ni..!
memang selalu jadi gini. soalan mudah lah yang tak reti dijawab dek budak2
aik smpai gitu! cuba tanya tajuk lagu justin bieber compem tahu heheh :p
ish..biar betui bebudak sekrg ni..tp kan ..yelah dr kecik dah terdedah bebenda melalaikan ni...ntah blaja ntah tidak
this things must be always kept in our mind, so that if anybody who gonna ask us, we can answer those very faster with the real answers!
Ziarah kunjung balas..
Prinsip rukun negara? InsyaAllah tahu, kalau tak buat malu kat anak2 je sbb dorang pun tahu.. :D
Haah la..selalu cikgu suruh nyanyi lagu negaraku je.Tapi tak tau plak ada tajuk dia.huhu
p/s:salam kenal gak gen2merah.datang terus buat kawan :) folo terus ye cikgu :)
lor sayanglah klu tak dpt jawab soalan senang macam nie..
sy igt lg rukun negara...:)
ingat lg sb bnda 2 yg dok ari2 kta ckp msa skolah.. so da melekat da kt kpala
kadang2 yg simple tulah terlepas pandang...yang lain2 kita ingat..so kena alert...
huhuhu..slalu duk nyanyi jer..ikut muzik..skali tny tajuk..fail.. =) ishhh...
benda basic la yg selalu org tak tahu kan...marah pencinta sejarah kalau tahu ramai anak muda tak tahu tajuk lagu negaraku ni...
Hahahaaa.. Kalau bab sejarah aku fail jugak....
malunya kalau x tahu. kan?
tuan blog, jom join CONTEST TEKA HARGA BURGER. hehe.. http://banyaktehkereta.blogspot.com/2011/11/contest-teka-harga-burger.html
kita memang mudah lupa....
hahaha...soalan yang tak terduga tu...
teringat seorang mamat tu tulis NEGARAKUKU
hee..siapa yang tahu tajuk lagu kebangsaan tu..tak patut duduk kat Malaysia...takkan la tak tahu...heeee~
adoi. soalan paling senang kot =,=
Hahakz..yeke..Kiz baru je tau pasal ni...ingatkan memang semuaorang tau pasal negaraku..
1. kepercayaan kepada Tuhan
2. kesetiaan kepada raja dan negara
3. keluhuran perlembagaan
4. kedaulatan undang-undang
5. kesopanan dan kesusilaan
hehehe...yes!!! rukunegara ni masih kekal dalam memori (",)
sgt2 ingat lagu negaraku, tajuknya, liriknya serta iramanya sebab sy kan rakyat Malaysia
sesuai benarlah soalan tu ditanya pada pelajar - pelajar. Sebab bukan setakat tajuk lagu jer... 31 ogos tu pon ade yang tak tau tarikh ape. Yang diorang tau, time tu ade konsert nyanyi - nyanyi..gitu ler...
Terima kasih krn tlh. berkunjung ke blog akak. Meh kita jd kwn2.
masih ingat lg pada rukun negara tu.
Tapi seday la bila tak tau pon tajuk lagu 'Negaraku" itu.
tak patut..tak patut..
Ntah2 ada lak jwpn 'satu malaysia'
aiyokkk... tajuk lagu kebangsaan pun xtau? xtau la nak kata aper.. huhuhu tp tula benda2 remeh mcm nila yg selalu org lupakan... padahal ia sgt penting sbg rakyat Malaysia kan?
hahahaha..intan pun lupe ape name tajuk tuh..;p
prinsip rukun negara pun...maaaaaaaacam ingt2 lupe ;p
Biasa laa soklan yang susah2 cuba diingat dan pelajari.. Lagu Negaraku pun lupa dah.. nama lagunya..
Kadang kala bende yg remeh kite tak ambil tahu. Pd hal bende tu sangat penting.
Tu dah terang jawapan Cikgu bagi.. kaler kuning lagi heheh ;-)
Oh! Rukun Negara ingat eikkk.. walaupun dah lama tak sekolah ngeee :D
'Kesopanan dan kesusilaan' rukun yang juga sangat2 perlu utk pendidikan di rumah :)
ish ish ish..soalan pengetahuan am mcm tu pun tak tau.. masalah besar ni
takkan itu soalan spm bro? huhuhuhu
errrkkk
sampai cm tu sekali tak tahunye
aduhaiii
nmpak sgt acuh x acuh
tapi cm mustahil jek lagu Negaraku tu x taw..ayooo
paraah nii..
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan Pada Raj dan Negara
Keluhuran Perlenbagaa
Kedaultan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan.
yes!!! pass.full marks kan cikgu.
makaci tgk vlog.kkekekekekkeke
adusss malunya kalau tak tahu.tapi tak mustahilkan org tak tau cikgu??
Hihi..hobi saya adalah tido tido dan tido juga..
Erm tuan belog..jom exchange link nak?kalau dah linkkan kiz bagitau ya..
blog:www.kizgarden.blogspot.com
Post a Comment