Jika nak bandingkan fasiliti sekolah bandar dengan sekolah luar bandar ibarat langit dengan bumi. Iya, siapa yang tak selesa dengan bersekolah di kawasan bandar. Mewah dengan segala kelengkapan dan prasarana yang canggih, pemodenan (pembangunan), kemudahan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan sebagainya. Jauh beza dengan sekolah luar bandar di mana segala kelengkapan yang ada hanya ala kadar semata-semata.
Namun ada satu kelebihan murid-murid yang datangnya daripada di kawasan ini. Itulah SEMANGAT. Ya, mereka semua ada semangat yang patut lebih diberi perhatian sewajarnya.
Berlatarbelakang keluarga nelayan, petani dan buruh kasar, anak-anak kampung ini membesar dengan cara hidup yang lebih lasak dan serba boleh dalam segala hal-hal berkaitan kerja-kerja fizikal.
Itu sebabnya bila tiba acara sukan tahunan mahupun perkemahan, selalunya murid yang datang dari kawasan luar bandar akan mendominasi dalam kebanyakan acara-acara sukan dan aktiviti-aktiviti. Peranan guru-guru amat diperlukan bagi mencungkil dan mengembangkan semangat yang ada pada mereka.
Berlatarbelakang keluarga nelayan, petani dan buruh kasar, anak-anak kampung ini membesar dengan cara hidup yang lebih lasak dan serba boleh dalam segala hal-hal berkaitan kerja-kerja fizikal.
Itu sebabnya bila tiba acara sukan tahunan mahupun perkemahan, selalunya murid yang datang dari kawasan luar bandar akan mendominasi dalam kebanyakan acara-acara sukan dan aktiviti-aktiviti. Peranan guru-guru amat diperlukan bagi mencungkil dan mengembangkan semangat yang ada pada mereka.
++++++++++++++++.
SK Batu Payong- Awal pagi, selain rutin harian pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, guru-guru bersama murid-murid tekun menjalani latihan rumah-rumah sukan sebagai persiapan untuk acara sukan Tahunan sekolah yang akan berlangsung pada 14 dan 15 November hadapan.
SK Batu Payong- Awal pagi, selain rutin harian pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, guru-guru bersama murid-murid tekun menjalani latihan rumah-rumah sukan sebagai persiapan untuk acara sukan Tahunan sekolah yang akan berlangsung pada 14 dan 15 November hadapan.
Padang sekolah ku yang serba kekurangan. Tetapi di sini lah akan lahirnya bakat-bakat sebagai pelapis kepada atlit kebangsaan pada masa akan datang. Ekekeke.. Insya Allah amin.. (",)
Padang yang botak, becak, dan berbatuan. Namun ianya tidak pernah mematahkan semangat anak-anak murid ini untuk terus berusaha. Yeaahhhh (",)
Latihan lompat tinggi yang hanya menggunakan peralatan yang ala kadar. Tilam cabuk dan palang hanya menggunakan getah pengikat sayur. Hehehe...
Hanya semangat itu yang menjadi penyeri kepada acara-acara sukan di sekolah ini.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
28 comments:
Sy mendoakan agar mereka bakal keluar dr sekolah tu dgn kejayaan (tak kira dari segi pendidikan atau sukan atau lain-lain yg berkaitan)
setuju,mereka lebih lasak,teringat kakak masa alam persekolahan dulu2..mmg aktif bersukan,semua nak masuk..champion selalu..hehe
selalunya memang budak2 dari suasana dan persekitaran macam tu lebih hebat dalam sukan kan? sama macam sukan malaysia ke asean games ke...kalo tengok, wakil Malaysia yang menggungguli renang tu asal Sarawak..ehehe..
sedih ade
terharu ade
bangga pun ada
dan sgt2 setuju murid2 cmni lebih mendominasi aktvt sbegini.semoga mereka bjaya.
cikgu pn teru bsemangat lah mendidik mereka yer.ehehehe
setuju...kekurangan yang mereka tempuhi tu yang membuatkan lebih tahan lasak dan lebih SEMANGAT!! :)
selamat petang..terjah sini sebelum balik kerja... :)
Berkemudahan yg ala kadar ni lah pembangkit semangat mereka utk lebih berjaya....
budak2 pedalaman lebih mengerti erti kesusahan drpd budak bandar :) semoga mereka dpt ubah nasib keluarga dgn usaha yg tinggi InsyaAllah!
sebenarnya bukan tu yang jadi penghalang untuk berjaya..apa yang penting semangat mereka tu..insyaallah mereka akan berjaya nanti.. :)
Gigih cikgu ambik gambar anak murid yer.. Moga dia org nie.. bakal menjadi orang yang berguna di masa depan
betul tu cikgu..yg penting dalam diri kena ada semangat untuk melakukan sesuatu.barulah sesuatu perkara tu boleh jadi nyata (",)
pada hamba..lebih baiklah murid di kawasan luar bandar disebabkan mereka yang tahu tentang adab berbanding pelajar di bandar tu..huhu
Terkenang gak aku djaman sekolah kayu aku dulu.. Serba daif...
walaupun sy pun sekolah takde la tgh bandar besar tp bersyukur sbb sekolah yg cikgu ajar ni memang nampak mcm ala kadar sgt tp kagum murid2 semua bersemangat tinggi. Saya pun tak pernah sekolah di sekolah mcm ni..
Oh! lewatnya buat sukan yer? pelajar luar bandar lebih lasak..antara kelebihan mereka..
cikgu masa kiteorg pulang berhijrah ke kampung..ramai yang cakap anak anak kampung susah skit nak berjaya sebab skit sangat didedahkan dengan teknologi modern..
tapi setiap kali keputusan peperiksaan besar keluar..anak anak luar bandar yang slalunyer pulun tempat teratas ;)
bangga dengan anak anak luar bandar..baik dari segi akademik mahupun sukan..rasanyer memang mereka kental dan bersemangat!
assalamualaikum dil...murid2 cikgu semuanya berbakat dlm sukan jadi mereka x kira mcm mana keadaan padangnya mereka tetap ingin menjoinkn diri dlm sukan tahunan tu....
assalamualaikum dil...murid2 cikgu semuanya berbakat dlm sukan jadi mereka x kira mcm mana keadaan padangnya mereka tetap ingin menjoinkn diri dlm sukan tahunan tu....
harap Timbalan Perdana Menteri aka Menteri Pelajaran baca entry ni. Hehehe.
bakal wira sukan negara akan lahir dari situ nanti. hehe!
rindunya jaman sekolah dulu. oh padang sekolahku... :-)
aduhaii
kekadang sayu melihat ini
sebab mimi pon dibesarkan dgn sekolah di kg
paham sgt
emm3
sebab itu budak2 begini perlu diketengahkan kan?
mereka pandai cume disebabkan kurg kemudahan, mereka tidak berjaya menjadi kehadapan ..
kdg2 bila kita dlm serba kekurangan.. kita selalu mensyukuri nikmat yg Allah beri.. walau sedikit.. tp kebanyakkan kita yg berada dlm kemewahan seringkali tidak puas dgn apa yg mereka miliki.. jrg mensyukuri nikmat Allah itu malah meminta2 lg yg lebih baik.. begitu jugalah murid2 ni kan.. walau serba kekurangan tp mereka gembira dan bersemangat itu tandanya mereka bersyukur...
bangga dengan semangat mereka..sbb sy dulu time sekolah kaki bangku.kehkeh
budak2 luar bandar mmg selalunya bersemangat dan ada bakat dalam sukan.
Dan kalau di didik dengan baik, mereka akan lebih berjaya satu hari nanti, tak gitu cikgu...:)
walopon dlm serba kekurangan.mereka tetap bersemangat yer..kagum :)
rindu suka masa skolah dlu
semoga dengan semangat yang ada pada mereka itu, mereka dapat mengecap kejayaan dan kegemilangan.. lebih2 lagi berkat dari guru2nya yg sgt berdedikasi dgn tugasnya..
insya allah semangat dan kesungguhan mereka ini akan terbalas dengan kejayaan satu hari nanti..
Saya pun pernah bersekolah di sini dulu... :)
Post a Comment