Secara jujur, sebagai guru adalah lebih seronok masuk ke kelas dan mengajar berbanding nak mengawas peperiksaan ni SPM/STPM ni. Hehe. Itu cuma pandangan saya. Saya kan cikgu baru nak belajar. Hehe. Bukan tak suka, tapi sebagai manusia biasa, saya ni memang tak tahan kalau nak mengantuk. bila dah boring. Heee..
Hari ini adalah Paper Bahasa Melayu kertas 1 dan 2. Dari pagi membawa ke petang menjaga pelajar-pelajar yang ambil SPM ni. Bayangkan nak mengawas exam selama dua jam lebih dalam dua sesi.
Tak boleh duduk, tak boleh nak baca buku ke, ber'sms ke, main Facebook ke, apatah lagi nak berborak bergelak. Pokok pangkalnya kenalah berdiri memerhatikan calon sepanjang tempoh masa tu. Penat dan letih. Mengantok toksah cerita la. Macam nak terjun je kalau ada tilam. Heee~
Pastu langkahan kaki pun kena kawal. Tak boleh terlalu nak berjalan ke hulu ke hilir sehingga membunyikan tumit kasut. Takut menggangu konsentarsi budak-budak nak menjawab. Lagi satu sebagai pengawas tak boleh selalu nak lalu lalang hadapan murid. Apatah lagi nak berlagak berdiri di sebelah meja memerhatikan jawapan mereka.
Pengalaman kita dulu ambil SPM mesti kita rimas kalau pengawas dok asyik memerhatikan kita menjawab kan. Automatik hilang idea kita nak menulis. Tu sebab saya lebih prefer untuk berdiri memerhatikan calon tanpa banyak pergerakan.
Budak nak pergi toilet pun perlulah di follow. Kena escort sebab kalau budak terlalu lama dalam toilet tu manalah dia meniru ke, pengsan ke, ataupun nak merokok segala. Hahaha~
Budak nak pergi toilet pun perlulah di follow. Kena escort sebab kalau budak terlalu lama dalam toilet tu manalah dia meniru ke, pengsan ke, ataupun nak merokok segala. Hahaha~
Okla. Saja je ni nak berkongsi cerita pengalaman hari pertama saya mengawas SPM. Penat tapi seronok. Calon-calon pelajar yang saya awasi semuanya baik-baik belaka.
Esok siap sedia nak menjaga lagi. Nampaknya hari-hari percutian saya akan diisi dengan mengawas peperiksaan ini.. (",)
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
31 comments:
den dulu mse jaga upsr thn lps bulan puasa...mak oi..tuhan je tahu betapa bosan+ lapar tahap gaban.....
cuba tgk ader x yg meniru....
selamat bertugasss :D
xada lg pengalaman jaga exam, apa2 pun selamat mengawas kawan :)
Wah.. selamat menjalankan tugas ye cikgu.. sebelum masuk dewan kena minum power root dulu kot biar segar je... hehe
selamat menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab yer
hahah...kakanda hamba juga terkena sepertimana tuan hamba sekarang..malang sungguh..tapi xpe ler...dpt elaun..kn kn kn
ceh mengantuk.. malam tidur lewat eh? jaga budak exam ni ada elaun ke? dari dulu tertanya-tanya, sudilah cikgu tolong jawab eh..ekeke..
ish jangan tidur, bangun... eh... mesti student SPM/STPM tu lebih tinggi O.o dari cikgu yang jaga tu kan??? hoho
Terkenang masa Awan ambil periksa.
Adakah patut pengawas tu kata jawapan Awan salah. Nasib baik Awan yakin dengan jawapan tu.
aah kan dulu time exam SPM..memang xselesa klau pngawas round..hahah..xleh fokus nak2 kalau duduk depan sekali dlm dewan..tp kalau die kasi klu jawapan okla..hahah..
Main angry bird jer bro.. Silent kan phone.. haha... NWay, pengalaman camtu susah nak carik.. Aku pun belum pernah merasa lagi nak jaga budak time exam...
assalamualaikum dil....semoga jadi seorg guru contoh yg baik yer....
oh..hm, kalo x ley buat apa n tgk aje kejenye..harus ngantuk n bosan..~kesiannya..
tu lah.. saya ada perhatikan pengawas dewan periksa tu... nampak mcam kesian je.. sunyi je dia.. nmpk boring pun ada..haha
tu lah, dah tugas, nk wat camne kan :)
Tugas guru memang bukan mudah.. teruskan demi anak bangsa..
betul tu, rimas kalau pengawas duduk dekat kita, panik nak jawab soalan hahaha
kalau aku jadi pengawas aku biarkan je la budak budak tu menjawab dgn tenang. betul tu xpayah nak lalu lalang sgt. rimas sgt2.
bagus la ko cikgu yg memahami.
bagus juga dapat menimba pengalaman sebagai pengawas SPM kan..?? at least ada point nak bercerita dalam blog.seronok dapay baca pengalaman cikgu ni.memang betul-betul buat sy teringat zaman sy ambil SPM dulu :)
ehehe..pernah gak jaga exam ni masa jadi research assistant lecturer dulu...memang bosan!
dulu-dulu diawasi..sekarang mengawasi pulak...hehehe..
untung jadi cikgu.. ^_^"
oOo mengawas spm ea
selamat menjaga periksa yer cikgu.. semoga mereka yang mempunyai pengawas periksa yg cukup memahami ini dpt mejawab peperiksaan dengan baik.. InsyaAllah..
jadi cikgu mmg bnyak dugaan..
selamat bertugas
adoiii cikgu..mesti cikgu sangap giler jg dorang kan..ekekekke...klu sye pun dah bosan cikgu..
sbr ye cikgu..;)
siyez..jaga budak exam, mengantok sangat dan letih sbb kena jalan2 pusing 1 dewan..huhu
tak suka jaga exam sbb saya tak tahan ngantuk...asyik menguap sahaja...pernah tertidur sambil berdiri.. he he he..
pelajar sekarang pula suka sgt pergi ke tandas...terpaksa mengiringi mereka hingga sepuluh kali...kalau tandas dekat ok gak tapi klu jauh...parah cikgu tu...
Nak hilang mengantuk, jawab spm sekali lagi. Haha :D
musuh utama bila mengaas periksa ialah mengantuk...bosan betul!
setuju2..bukan senang jadi cikgu..sebab tu kot sy x mau jadi cikgu..sangat la x penyabar..haha
slmt berjuang cikgu ;)
sabo jer la cikgu yer..
mencabar jadi pengawas exam nie cikgu kan?
yela...takleh nak samakan dgn cikgu...cikgu kena bawk kerja balik rumah lagi kan..
Post a Comment