Tidak kejauhan dari rumah, suara laungan takbir memecah kedinginan pagi yang memuji kebesaran Yang Maha Esa. Semangat bangun awal pagi ini. Bukan selalu berjumpa dengan hari berbahagia ini. Hari ini hari raya lagi. Cuma kemeriahannya tidaklah sesibuk sambutan Aidilfitri.
Kuih muih dan juadah pun sekadar ala kadar. Lagu-lagu raya langsung tak kedengaran apatah lagi sms-sms ucapan daripada rakan-rakan. Amat jarang sekali. Hanya hujan renyai-renyai mengiringi suasana riang dan suram di pagi hujung minggu ini.
Pagi ini saya kenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Ya, itulah baju Raya yang saya pakai masa raya Aidilfitri yang lalu. Ternyata kegembiraannya bakal dirasai sekali lagi hari ini.
Hari ini jutaan umat Islam seluruh dunia meraikan Aidiladha yang merupakan perayaan istimewa sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selepas bersembahyang sunat Aidiladha, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Salam Aidiladha buat semua. Semoga kita berkorban ke jalan yang diredhai Nya
p/s: Esok kami akan mengadakan upacara penyembelihan 3 ekor lembu di sekolah. Tak sabar nak membantu memegang, memotong dan melapah daging-daging korban ini. WHeeee~
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
22 comments:
Kiterang pun esok jugak nak semelih korban... Mudahan takder yang terlepas...
amboi...manyak korban naaa...mai sket..hhi
Salam... mengajar di SK Batu Payung ye?..Saya pernah bersekolah di sana... Rindu jugak dgn guru2 di sana... Cikgu Hanisah, Cikgu Rasia, Cikgu Arbaiyah... yang lain2 taktau la ada lagi ke tak... Kirim salam dgn diorang.... :)
assalamualaikum dil...seronoknya korban di hari raya korban...selamat memegang,memotong dan melapah lembu2 tu yer...:)
Selamat bekerjasama melakukan ibadah korban ya..
esok nak melapah? dah pernah melapah lembu korban kah??
salam idul adha.. ;]
akak pun sambut ala kadar je, adalah sedikit kuih kering....
salam aidiladha cikgu!
wah...surau al-Huda
salam aidiladha kat sana mesti meriah.. banyak dapat daging hmm
salam kemeriahan aidiladha Gen2merah!
Semoga erti pengorbanan tahun ini dapat dihayati lebih mendalam berbanding tahun-tahun sudah..
cantiknya surau.masih mengekalkan ciri2 lama tu..kt kmpg sy dah tak ada surau papan macam tu..
kt sini byk juga korban.tapi yg pergi en suami jer.
selamat berkorban yer cikgu..:)
salam aidiladha..jangan bayak makan dging sangat..;))
byk tuh 3 ekor... d rumah hamba buat sekor jek...ayahanda hamba yg semelih
Salam Aidiladha...
ya cikgu...semoga kita berkorban ke jalan yang diredhaiNya...mudah-mudahan...
banyak dapat daging? boleh pelbagaikan menu ni..hihi..
salam aidiladha cikgu :)
sampai kejar lembu ker? hehe.. Selamat hari raya aidil adha (sempat ker) dan salam persahabatan..
Salam Aidiladha...
ada 11 ekor lembu dikorbankan kat masjid dekat umah aku.sepanjang mlm raya tu dgr diorang menge-moo memanjang.
salam aidiladha cikgu gen2 :)
best kan tgk org melapah daging.. yna thn lepas pernah tgk.. thn nie dtg umah kengkawan, mkn je :)
huuu
kami pon beraya kejauhan dr kampung
salam aidil adha cikgu!
wah, meriah ni. :)
Post a Comment