G2M Superfriends

Friday, November 25, 2011

“Aku BOLEH. aku BOLEH. ya aku memang BOLEH”

Petang tadi selepas solat Jumaat, saya ada singgah sebentar di Perpustakaan Tawau. Sekali sekala mencuba untuk duduk di sudut bacaan kanak-kanak. Maklumlah, buku-buku bacaan peringkat umur macam tu lebih banyak unsur pengajaran dan nilai-nilai murninya jika nak dibandingkan buku bacaan orang dewasa. Heee (",)


‘The Little Engine That Could’. Sebuah buku yang berkisar tentang perjalanan suka duka sebuah animasi keretapi. Adalah dalam satu babak tu kereta api tersebut bergerak ke bukit dengan sangat perlahan dan akhirnya tersadai di pertengahan.

Lokomotifnya berkata pada diri sendiri, “Aku boleh, aku boleh, ya aku memang boleh.” Keretapi pun terus bergerak perlahan, demi perlahan, demi perlahan, demi perlahan, demi perlahan (berapa banyak perlahan daaaa.... (",)........ dan akhirnya naik sehinggalah tiba di bukit dengan selamatnya. Alhamdulillah. Seronok pula nak baca sampai abis.. Ngee~

Moral of the story yang perlu kita renungkan ialah:

Percayalah pada kemampuan diri sendiri. Seandainya lokomotif tersebut tidak percaya akan kemampuannya untuk tiba di atas bukit, boleh jadi kisah dalam buku itu berakhir dengan kesedihan yang mengharukan.

Jika lokomotif pun bisa mengungkapkan "Aku boleh, aku boleh, aku boleh, mengapa tidak kita kan. Iya, setiap orang berhak untuk sebuah kegagalan dalam kejayaan.


William Arthur Ward, seorang penulis dari Amerika pernah berkata" Saya adalah PEMENANG kerana saya berfikir sebagai seorang PEMENANG dan bekerja untuk sebuah KEMENANGAN."


~HADAPI SEMUA DENGAN SENYUMAN~

37 comments:

nia said...

ya.. aku boleh..aku boleh..aku boleh. bolehkah feza jadi orang first komen entri.ekeke. oh.aku boleh

emarieys said...

yer..saya yakin boleh

whitecappuccino said...

yes!!! We can!

AmirFX said...

Yes I can.. bak kata Datuk Lee Chong Wei kepada peminatnya.. haha..

zareliqa afiqa said...

Aku BOLEH jugak!^^

Lulu Caldina said...

duk kat sudut bacaan kanak2? owh org tgk pun mesti sangka org yg duduk tu masih kanak2.. kecik jer kan ... ngee..lalaa

RHI said...

betul tu..keinginan diri sendiri tu yang membuatkan kita kuat

Unknown said...

buku yang menarik ya cikgu. Teringat pepatah, hendak seribu daya taknak seribu dalih. Bila kita berusaha untuknya pasti boleh.

Acik said...

teringat buku kelip-kelip yg suka berterbangan membentuk perkataan-perkataan ... sesuai utk budak2 baru belajar membaca! :)

IntaNBerliaN said...

betoi tu.. percaya pada kemampuan sendiri... saya boleh!!

Cikgu Ma said...

cikgu, masak kteow kungfu boleh??? hehehe

Puan Kutu said...

ya yakin boleh..klu tak takde la slogan malaysia boleh.

tp jangan yakin dan percaya diri sendiri diluar kemampuan akal pula..itu dinamakan angan2..:)

budak penjara said...

hehe sekali sekala baca buku budak2 best gak kan..

Ce'gu JAERA said...

@ Feza----->
iyaa.. boleh saja.. komen2 lah lagi ya.. ehehe


@ MamaEma---->
ya boleh2


@ whitecappuccino----->
yes we can


@ AmirFX----->
iya, harap Datul LCW menang badminton terbuka China ni


@ zareliqa afiqa----->
iya, kita sama2 boleh.. ehe


@ Lulu Caldina---->
ahahahaha.. Lulu ni tak abis2 sakat saya ya.. Hihihi.. takpe, tunggu malam bola. Tak sabar nak kutuk2 Celsi ni... ngeee~


@ Yatie Awang---->
iya, keinginan itu lah yang perlu


@ Acik---->
ya ke... wah, teringin nak membacanya


@ IntanBerlian----->
iya, percaya kepada kemampuan diri


@ CikGu Ma---->
ahahaha.. kalau itu saya tak boleh.. ehehe


@ Puan Kutu---->
iya betul.. jangan sampai impian kita melebih2 plak kan.. nanti jadi angan2 mat Jenin.. ehe


@ budak penjara---->
iya, baca buku budak2 memang best... sedap ja membaca ayat2 ringkas.. ehehe

Ezad Skytech said...

kena percaya la dengan kemampuan sendiri..kalau tak cuba..mana nak tahu..ye tak..:)

Jo Qusary said...

teringat pernah baca buku nie masa kecik2 dulu...

3no gr33ny said...

andai di pustaka..hamba juga suka memilih untuk membaca buku kanak2 memandangkan novel dan lain2 tidak dapat dihabiskan segera...pape pon..sgt enjoy baca buku yg penuh tauladan

che mid said...

Yakin boleh!! Malaysia menang esok malam..!!

Sunah Sakura said...

oho..dari gaya cikgu menulis ni, saya pun rasa cikgu boleh menulis buku motivasi macam ni jugak! ehehe...

Unknown said...

betul tu! yakin dan percaya pada diri sendiri.. InsyaAllah kita akan berjaya dalam apa jua perkara yang kita lakukan... yang penting adalah bersifat positif...

Umie Naziera said...

betul tuuu..buku kanak2 lagi best

Cik TeN10 said...

segalanya bermula dngn mind set.. kalau kita belum cuba tp dh fikir negatif celah mana nk dtg semnagat utk terus fighting kan.. :)

Cik TeN10 said...

ohh lupe pulak.. salam perkenalan cikgu.. ;p

puanbee said...

ya saya pemenang juga .hehe jom tolong saya menang di entri gadjet pilihan ..huwaa

cikguNae said...

Salam persahabatan,

Salam Maal Hijrah...
Mari kita bergerak ke arah yang lebih baik
Ya, kita boleh!

Noor Fatin said...

kekadang xde keyakinan. huu

Unknown said...

sy boleh jadi cikgu

hehehe

sme la kite belajar jd cikgu

nordiyana said...

aku boleh ! hehe . insyaallah .

salam persahabatan jgak cikgu :)

suria lekatlekit said...

sampai sekolah menangah dulu sy suka baca buku kanak2.. sebab rasa enjoy. tak berat & sarat dgn mesej

Nia Ridzwan said...

semua pemenang, tiada pengalah :P

Salam Maal Hijrah 1433H, ya cikgu ;)

Unknown said...

kita pun boleh..best juga baca buku kanak-kanak.sumber motivasi...

Keri said...

betul, buku kanak2 lbih bnyk pngjarannya. simple,menarik tp nilai moralnya jelas. benda mudah yg kita sering terlupa

Unknown said...

salam maal hijrah en gen 2 (^.^) thanks sudi lawat blog kiter...

Anonymous said...

Aku pun suka lepak kt sdut kanak2.lebh rileks.kadg2 kalau aku nk neves dan rasa rendah diri aku akan paksa diri ckap.aku bole buat.belum cuba belum tau.

Dylla Abas said...

hehe...menarik juga sesekali dapat layan buku kanak-kanak ni kan..motivasi tu :)

maszull said...

assalamualaikum dil...wah mmg seronok kalau dpt pi library kn mcm2 buku ada disana termasuklah buku utk kanak2 ...itulah semangat yg harus kita pupuk di jiwa moga kita akan terus maju ke hadapan....

aizamia3 said...

jangan wujudkan perasaan was-was tidak yakin dalam diri.. sematkan 'aku boleh lakukan'..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...