G2M Superfriends

Tuesday, May 3, 2011

Sifat wanita melalui Cara Berjalan

Orang cakap lelaki kalau nak pilih pasangan hidup, pilih yang betul-betul. Jangan main hantam ja. Nanti menyesal seumur hidup.  Hehehe. Dalam Islam sendiri pun sudah digariskan ciri-ciri wanita yang harus dipilih kan. Ngeee~

By the way, sebenarnya kita orang laki ni boleh menilai sifat yang ada pada seorang wanita hanya dengan melihat cara mereka berjalan je.. ya ke? Jom kita usha-usha entri ni.. hehehehe:-


Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. 

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. 

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk. 

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Jika berjalan menatap lurus ke depan. 

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. 

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
Jika berjalan badan tampak tegak. 

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah. 

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Gen2Merah----> Mohon maaf buat semua kaum hawa ye. Hehehe.. Info ni saya copy dari laptop kawan saya. entah dari sumber mana dia ambil.. Entah betul entah tidak. sekadar  untuk hiburan bersama okey. Jangan mare aaa...

p/s: jangan plak lepas ni kita dok asyik perhatikan wanita berjalan lama-lama plak. kang tak pasal2 dapat dosa kalau dah ke arah lain.. Hehehehe


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

11 comments:

Unknown said...

menarik entry nie

sblm kawin bolehlah kak ayu jalan menuduk

now.. kena pandang kiri kanan.. sbb takut customer tak dapat makanan..heheh

Ce'gu JAERA said...

@ Citarasa Rinduan ----> hehehehe.. itulah beza wanita yang bujang dan sudah kawin. kena kontrol jalan lepas ni.. hehehe..
by the way, semoga restoran Citarasa rinduan sentiasa maju jaya ya kak..

padlie said...

bahaya ni..
kang esok duk perati pempuan bejalan je... ;p

Entry terbaru padlie: Sperma yang gagah!!!

Anonymous said...

eloknya jln menunduk, dpt bataskan skit pandangan.... :)

Prince Halilintar said...

boley try ni..tgk betul tak..hehe..boley cari yg jln tunduk ke bawah..hehe

RHI said...

ooo...gitu ye...tp betul jangan tengok lama2, kena penamparkan haha

Ce'gu JAERA said...

@ padlie----> hahahaha.. esok dok perati pempuan je utk cari jodoh. hehe

Ce'gu JAERA said...

Anonymous----> iye betul, kalau lah dpt pempuan yang mcm tu kan best..

Ce'gu JAERA said...

@ Prince Halilintar----> cari, jangan tak cari ye... hehehe..

Ce'gu JAERA said...

@ yatie Awang----> hahahaha...jangan pandang lama2... jeling curi2 je.. hihihi

Anonymous said...

Untuk yang dewasa saja boleh jeling-jeling. Untuk budak-budak macam Awan ni tak boleh buat lagi. Masih di bawah umur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...