G2M Superfriends

Friday, May 6, 2011

Aku cubit lah ni.... Nak???

Berkali-kali dah aku pesan ngan diri sendiri. Cuba kawal emosi. Mendidik dengan cara yang paling berhemah. Sabar dengan karenah murid... Ummmhhh.. (*_*)
Entah macam mana peristiwa tempoh hari kini semakin menghantui minda dan naluri... wallawehhh.. (",)

" Dil, kau ada cubit si Halim ye baru-baru ini? Kulit perut dia melecet tu"

"Haaaaaaaa??? iye ke.... astagaaa....."

Terkejut rasanya dengar berita yang disampaikan oleh seorang rakan guru sewaktu menghadiri kursus baru baru ini. Dah hampir seminggu aku tak masuk ke sekolah kerana kursus ni. Baru plak aku tau cerita ni. Otomatik minda dan saraf aku diserang psikologi sepanjang malam itu. Bukan takut kena serang ibu bapa si murid kelak, tapi serba salah dengan tindakan aku pada pelajar terbabit. (padahal memang takut pun dengan mak bapaknya,... hahahaha)....

Takdelah, memang aku serba salah pun. Betulll... Kesian rasanya murid tu. Nyesal sangat-sangat.

Iya memang aku akui aku pernah mencubit seorang pelajar tahun dua baru-baru ini. Tapi perkara tu memang aku dah lupa-lupa ingat memandangkan kaedah 'mencubit' kadang-kadang menjadi satu alternatif aku untuk mendidik murid-murid yang degil dan nakal.. Cubit-cubit manja je la.. Ngeeee~. 
Masih tengiang-ngiang di kepala ni macam manalah sampai boleh 'melecet' perut murid tu aku cubit. Aku yang terlalu emosi ke atau budak tu yang buat-buat cerita.. adoiii.. Apa-apa alasan pun memang aku sebagai cikgu tetap bersalah dalam kes ni.
Ermmm.. Bila aku kenang-kenangkan semula, budak tu taklah nakal sangat.  Budaknya memang baik. Cuma satu ja, aku ni kalau tengah mengajar ---> aku akan pastikan semua murid dalam kelas WAJIB pandang dan fokus apa yang aku ajar. Aku pantang tengok murid yang HILANG TUMPUAN, SUKA MERAYAU-RAYAU DALAM KELAS apatah lagi SUKA MENGACAU PELAJAR LAIN YANG SEDANG MENULIS.. memang aku akan bertindak. Grrrrr... (",)

Itu memang cabaran mendidik Murid-Murid PEMULIHAN yang malas sangat nak belajar ni..  Terlalu hyperactive.. Jika ditegur dua tiga kali si murid masih buat dono, masih lagi buat-buat tak tau.... Naaaaah

v
v
v
Last-last-----> nah ambek engkau... C.U.B.I.T---- cubittttt.. hehehehe...

Oppssss... Sori-sori. Buat lawak plak. Memang aku sebagai guru harus dipersalahkan dalam hal ini. Bila tahap kesabaran dan kawalan emosi sukar dibendung, macam tu lah jadinya. Maafkan aku k... "Bumi mana tak ditimpa hujan, manusia mana tak pernah melakukan kesilapan".. Kekeke (",)

Kalau tengok pada situasi dan keadaan, memang tak patutlah aku bertindak sedemikian. Banyak cara sebenarnya untuk mendidik murid-murid yang  kategori macam tu. Agaknya aku belum khatam kot aku nak baca buku-buku Psikologi Pendidikan ni. Hehehe. Kata Penolong Kanan sekolah aku, nak cubit boleh, tapi jangan sampai tinggalkan KESAN pada fizikal murid.

Terima kasih buat semua guru-guru SKBPT yang tak jemu-jemu memberikan nasihat dan tips yang berguna kepada kami guru-guru baru yang masih blur dengan cabaran dunia pendidikan. Banyak yang perlu dipelajari lagi lepas ni.

Gen2Merah----> Dulu aku masa darjah 3 tahun 80-an dulu, aku pernah kena pelempang oleh guru kelas aku gara-gara lambat hantar buku latihan kat depan. Kerana hal kecik tu, entah apa mood cikgu aku masa tu terus bagi pelempang  melempang kuat kat pipi aku.. berderau telinga kemerahan. 
Tapak tangan yang besar hinggap di muka yang kecik pada masa tu. Ibarat korang pelempang kepala kucing macam tu la. Bayangkan. Dah bertahun-tahun lamanya perkara tu tapi masih mengimbau kenangan aku pada cigu tu..

Kini bila aku lak yang menyandang jawatan seorang pendidik, aku pernah berjanji takkan buat sesuatu tindakan yang boleh mendatangkan kesan yang mendalam kepada jiwa seorang murid kerana takut perkara yang sama akan berlaku lak pada aku.. huhuhu.. 


Jangan sampai kita dibenci oleh murid-murid kita selamanya. (",)... Mendidik biar berhemah .....


 ~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

14 comments:

cayob said...

Jadi, kawallah emosi.....jangan tak kawal....bahaya nanti....


Kalau korang sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

Ums Niza said...

Biasalah geng...kita nie manusia biasa...tak akan terlepas dari mencubit budak...budak kalau kita cakap, dorang siap ketawa lagi dan mengolok - golok...tu yang tercabar kesabaran kita...hehehe...

Anonymous said...

hmm...cikgu manusia biasa...kekdg perasaan tu mmg terbabas kpd tindakan luar jangka... x mengapa utk cikgu meminta maaf pd murid...nyatakan cikgu2 sgt sayang pd mereka...
cikgu sayang kamu semua... :)

Gen2Merah said...

cayob----> hahahaha.. ko pun kalau main badminton kawal-kawal la emosi mu Yub.. nanti takda kawan yang mau berpartner dengan ko... hahaha

Gen2Merah said...

Anon----> alhamdulillah... thanx ya atas pandangan dan nasihat berguna ini...

Gen2Merah said...

Ums Niza ----> hahahaha.. betul tu UMS... sekali dua ditegur tak makan saman... nah, ambek mu.. hehe

cayob said...

marah pada diri sendir...berbeza dengan marah kt orang lain hehehe...tapi aku akan cuba kurangkan marah ku...ko pun juga ye...


sempat lagi promot blog ye...

Gen2Merah said...

cayob----> bagus lah kalau ko dah berubah. P lah minta mahap dengan kawan kita yang ko marah2 masa main badminton td tu... hehehe

ainol akasyah said...

cikgu ni pekerjaan paling mulia bagi saya..stakat cubit ckit2 kalau nak didik tak pe kot..

JOM JOIN HARI GURU CONTEST

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau dulu berbirat tapak tangan kena rotan takde kecoh masuk paper.. takat kena pulas pusat tu sejak darjah 1 dah merasa.. cukup sekadar merah sikit pipi or tangan murid.. kdg2 riuh 1 malaysia.

Awan Biru said...

Dasyat tu cikgu. Harap-harap budak tu tak apa-apa. Teringat kenangan Awan ketika darjah 5. Cikgu tak rotan tapi ketuk tangan guna pemadam papan tulis.

Gen2Merah said...

Awan Biru----> hehehe. Guru yang mengajar tanpa rotan, ibarat pahlawan yang berperang tanpa senjata...

Prince Halilintar said...

dulu prince kene rotan lagi teruk...tapi xkisah sbb nk tuntut ilmu kn..

Gen2Merah said...

Prince Halilintar ---> iye ke? bagusnya kalau semua murid berprinsip macam kamu.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...