G2M Superfriends

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu ku

Selamat menyambut Hari Guru 2011
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". 



Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya adanya sayang, dalam diam ada bijaksana.
Selamat Hari Guru 2011 saya ucapkan kepada semua guru-guru, cikgu-cikgu, penysarah-pensyarah, ustaz ustazah yang yang prnah mendidik saya di: 

@ Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau, 

@ Sekolah Ugama Islamiah Tawau, 

@ Sekolah Kebangsaan Bandar II Tawau,  

@ Sekolah Menengah Holy Trinity Tawau,  

@ Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar, 

@ Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan,  

@ Skim Latihan Graduan Bahasa Inggeris di Asian Tourism Institut (ATI)  

@ Institut Perguruan Kampus Tawau 

@ SK Batu Payong Tawau (tempat saya belajar dengan sigu-sigu berpengalaman.. Ngeee~)

@ Institut Memandu Tawau (belajar pandu kereta. Thanx cikgu Paman ;) 

@ Guru-guru agama dan guru-guru mengaji di surau al-Huda Kampung Airport Lama Tawau 

@ Juga pada "Mak Abah" yang menjadi guru kami di rumah semasa kami kecik sehingga ke dewasa ini.. hihihi  

@ Serta sesiapa sahaja yang pernah menjadi tenaga pengajar  kepada saya  samaada secara langsung mahupun tidak langsung... 


Dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kerana mendidik saya menjadi seorang insan seperti pada hari ini. Tanpa sumbangan dan pengorbanan anda semua, siapa lah saya seperti sekarang.. Ngeeee~.

"Guru bukanlah lilin, membakar diri hanya memberikan cahaya seketika cuma. 
Tetapi guru adalah Matahari, terbit di subuh hari, terbenam di senjakala namun pasti akan muncul semula keesokan harinya bagi meneruskan baktinya pada sekalian alam."

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan
Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia… Satu Malaysia

Lirik Lagu Hari Guru 2011

LAGU: ROSMAN ADAM

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

11 comments:

Nora Shahaira said...

selamat hari guru kawan..akak nora doakan semoga menjadi guru yang sungguh berbakti berusaha mendidik anak murin menjadi insan yang beriman dan berguna untuk masyarakat..sungguh mulianya martabat seorang guru...bangga akak dengan kamu..

whitecappuccino said...

Selamat Hari Guru buat rakan guru..

Prince Halilintar said...

Slmt Hari Guru ye =)

Tinta Emas said...

Selamat hari guru buat Gen2..

dan selamat bercuti...cuti ke kat Sabah?

Blues Riders said...

selamat hari guru buat cikgu juumadil.

Gen2Merah said...

Nora Shahaira ----> alhamdulillah. terima kasih banyak2 kak Nora atas ucapan ini..

Gen2Merah said...

whitecappuccino---> alhamdulillah.. terima kasih banyak2 ya... salam hari guru juga buat cikgu...

Gen2Merah said...

Prince Halilintar ----> terima kasih banyak2 yee 4 the wish

Gen2Merah said...

Tinta Emas----> selamat hari guru juga kak. Iye, kami pun cuti hari wesak ari ni,...

Silent said...

cikgu!

Gen2Merah said...

Silent----> iye, anak murid saya ke ni? hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...