G2M Superfriends

Wednesday, May 18, 2011

Panorama indah di pagi peperiksaan


Hujan turun renyai-renyai sejak Subuh lagi. Kesejukan dan kedinginan melanda diri di kala ini. Kalaulah boleh sambung tidur tadi alangkah indahnya kan. Ummpphhh, apa apa an pun tanggugjawab tetap harus ditunaikan. Langkah perjalanan ke sekolah diteruskan. Berkhidmat untuk anak bangsa. Amin..

Suasana pagi di SK Batu Payong sungguh sunyi sepi. Sesepi pemandangan lautan luas yang indah di hadapan mata. Laut dan Hujan renyai-renyai----->  Bila digandingkan akan menjadi panorama yang sungguh asyik dan menghiburkan. Saya seronok mengajar di sekolah ini.. Cantik pemandangannya. (",).

"Okey kelas, keluarkan hanya pensil dan pemadam sahaja di atas meja masing-masing."

Ummphh, minggu ini minggu peperiksaan. Guru-guru bertugas mengambil alih menjadi pengawas peperiksaan di kala ini. Pagi ini aku menjaga murid terpenting di sekolah ini. Kelas 6 Amanah. Kelas yang perlu dibelai, digilap, diasah dan di asuh agar bisa mendatangkan hasil perubahan yang membanggakan untuk keputusan UPSR 2011 nanti.

"Haaaa... jangan bercakap lagi"

"Kamu napa pula mau menjeling-jeling kawan ni"

"pandang hadapan"..

"apasal tersengih-sengih lagi ni? Napa tak mula menjawab??"

Entah mau hampir berapa kali nak tegur murid-murid tahap ni. Dah tahun 6, patutnya waktu inilah mereka perlu bayangkan suasana peperiksaan UPSR yang sebenar. Senyap, jawab dengan tekun, dan menyemak balik soalan yang selesai dijawab. Nanti terbiasa plak buat-buat macam tu nak meniru kawan-kawan je kejanya.. Ummpphh. Jangan ada dalam sejarah plak murid-murid Batu Payong kena tangkap meniru bila UPSR nanti.

"English Paper 1". Patut pun budak-budak menganga nak menjawab. Terkial-kial pandang sana sini. Panjang leher macam zirafah nak tengok paper kawan yang 2x5 jugak salahnya. Entah paham entah tidak tu. 

Terkenang plak aku zaman persekolahan ketika dalam exam dulu. Paling nyampes dengan subjek English ni. Bukan tak suka, tapi tak paham.. Hahaha. Nasib baik kertas objektif. Boleh main tembak-tembak kalau tak tahu langsung. Hihihi.. (",)

"Laaa Fadlih.... Besar juga ko menguap macam mulut buaya ni nak makan orang ni."

"kekekeke". 

Suasana sepi gemuruh seketika. Ketawa berdekah-dekah murid-murid ketika aku sempat berseloroh waktu-waktu exam macam ni. Maaf ek.. Hehehehe. Lucu @ locok-locok plak tengok gelagat murid-murid menjawab peperiksaan dengan bermacam-macam gaya ni. Mengantok sana sini....

Aku sendiri pun tak terkecuali daripada kena tempias 'simptom' hujan pagi ni. Murid menguap, si cikgunya plak asyik-asyik nak ke tandas. Waktu hujan sistem perpeluhan tidak ada. So perkumuhan kita akan terpaksa dibuang melalui sistem urin air kencing. (eh, aku main hantam ja ni. Cigu sains tolong betulkan kalau sy silap ye. Ngeee~ (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

22 comments:

Kancil 8349 said...

rindu plak aku dengan anak murid ku 6 Amanah...hehehe...biasalah kalau bahasa asing...payah betul mahu masuk...

whitecappuccino said...

bila hujan tenang sikit dorang jawab exam kot.

Peeka Syuhada said...

ur post remind me masa darjah 6 dulu la . kami gune isyarat tukar jawapan obj . lol~~~

Unknown said...

bestnye tepi laut.. tak payah pasang kipas.. hehe... Yana pon dulu tak suka BI.. sebab tak paham... bila ada buat tang karangan kompem dapat c.. huhu..

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza ----> hehehe. dorang pun salu sebut2 nama mu cikgu ums..

Ce'gu JAERA said...

whitecappuccino ---> kala hujan memang tenang pun.. Tapi pengaruh murid2 ni nak menguap kuat sangat.. hehe

Ce'gu JAERA said...

Shafika Syuhada Rosli ----> hehehe, masing2 ada kenangan masa exam zaman pesekolahan dulu kan.. macam2 cara nak ambil kesempatan meniru.. hihihi

Ce'gu JAERA said...

saya YANA ----> sekolah tepi laut memang nyaman. tapi kalau cuaca panasnya masya Allah.. hehe
BI memang mudah utk mereka yang rajin belajar. susah utk mereka yang sudah set susah dalam mind mereka.. hehe

Tinta Emas said...

kat sekolah saya esok dah hari last exam...minggu dpn belajar mcm biasa...

jaga exam nie memang sangat mengantuk...tak jaga exam pun saya mengantuk jugak....

Ce'gu JAERA said...

Tinta Emas ----> memang kalau jaga exam konfom mengantuk sebab kurang kerja.. minggu utk santai dan reles kan minda..

::Mastura Zakaria:: said...

kat penang hujan panas..hujan lebat tapi ada cahaya matahari.....sangat cantik..hihihi..

Prince Halilintar said...

lbh selesa sikit diorg nk jawab exam tu..

Noor Fatin said...

hehe rindunya zaman sekolah! zaman exam!! heehe

suria lekatlekit said...

cikgu pun di kenakan..

Ce'gu JAERA said...

::Mastura Zakaria:: ----> wahh.. hujan lebat + matahari? mesti lagi indah panorama sebegitu kan..

Ce'gu JAERA said...

Prince Halilintar----> hujan di kala exam memang senyap dan selesa. tapi cepat sgt nak mengantuk la.. kekeke

Ce'gu JAERA said...

NOOR FATIN----. hehehe.. saya pun rindu. setiap org rindu dgn kenangan zaman persekolahan

Ce'gu JAERA said...

THE LEKAT LEKIT STORY---> hehehehe

Bunga said...

salam ziarah..
teringat saya zaman sekolah2 dulu.. kalau x dpt jawab, memang menguap je lah memanjang.. hehee

Ce'gu JAERA said...

Bunga---> terima kasih Bunga.. banyak kenangan zaman persekolahan yg x dpt kita lupakan kan... kekeke

ckLah @xiiinam said...

Hiburan bagi seorang guru...seronokkan!



...ckLah sedang bergelut dengan skrip2 esei tingkatan 5.

(Terima kasih kerana menjadi follower ke 479 @Laman Maya cklah)

Ce'gu JAERA said...

ckLah----> hehehe. terima kasih ya kerana menjadi foloower di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...