G2M Superfriends

Tuesday, May 17, 2011

Mereka persoal kerjaya Guru

11 sebab Kenapa ramai mau Jadi Guru?

1. Masih ada persepsi bahawa kerjaya guru ini mudah.
2. Guru dianggap sebagai kerjaya yang paling singkat masa bekerja (7.00 pagi - 1.00 ptg)
3. Guru dianggap sebagai kerjaya yang paling banyak cuti iaitu hari bekerjanya hanya sekitar 190 - 200 hari setahun.
4. Kerjaya guru paling banyak ditawarkan setiap tahun.
5. Gaji permulaan yang baik (mula sekitar RM1900 tidak termasuk elaun-elaun lain)
6. Ada peluang melakukan kerja sampingan lain untuk menambah pendapatan
7. Peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
8. Kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan bank
9. Peluang mendapat kerja kerajaan dengan ijazah yang tak berkaitan.
10. Itu sahaja peluang setelah gagal mendapat kerja lain.
11. dapat layan fb mytawau dengan lebih lama . hohohoho (di luar waktu sekolah)

*selamat menyambut HAri guru.
myTawau: bah guru2 kongsila pengalaman anda untuk menyangkal situasi di atas.. apa yg anda rasai sebenarnya.. :-). 1-11 lets go.."
.......................................................................................................................................

Isu di atas saya petik daripada laman Facebook Mytawau sempena meraikan sambutan Hari Guru tahun ni. Saya sendiri pun kurang arif apa motif sebenarnya nak buka isu perbincangan macam tu.  Tak puas hati dengan kerja guru ek?  Ngeeee~. Sebelum ni pun banyak forum-forum di alam maya internet ini membuka medan untuk mempersoalkan kerjaya guru yang terlalu senang, banyak gaji dan banyak cuti macam yang dihuraikan di atas.

Mereka mengajak masyarakat melemparkan pandangan mengenai kerjaya guru yang terlalu mudah berbanding pekerjaan-pekerjan mereka yang lain konon. Bagi ibu bapa yang memang anti dengan guru-guru itu sudah pastinya lah akan jadikan medan ini untuk menghantam cikgu-cikgu daripada pelbagai sudut. Ngeee~

Memang tidak dinafikan memang terdapat cikgu-cikgu mempunyai ciri-ciri seperti 11 isu yang dihuraikan di atas. Tapi bukan semuanya. Kesianlah lah kan guru-guru yang ikhlas tapi kena tempiasnya kan. Rasanya dah lali kita dengar cikgu-cikgu meluah beban kerja tugas yang banyak, jawatan-jawatan yang membebankan, kerja sekolah terpaksa bawa balik rumah dan sebagainya tu.

Tapi siapalah kita cikgu cikgu ni nak meluah. Orang luar sana bukan faham pun. Dorang tahu nak cari kesalahan cikgu je. Tulah, tanggapan masyarakat terhadap guru sekarang dan tak sama dengan guru-guru zaman dahulu kala. Ntahlah, malas nak huraikan panjang. Meleret-leret nanti... Ngeee~

Kalau korang tanya aku, ------> Terus terang memang saya "penipu @ pembohong" lah kalau saya tak pernah berfikiran nak gaji besar, banyak cuti, dan macam-macam kebenda lagi yang kamu komplen tu. Tak perlu nak hipokrit. Takda orang yang tak nak keperluan dan kehendak macam tu. Apa boleh buat, dah memang itu hak yang perlu ada pada cikgu. Cuma perlu perbetulkan nawaitu yang sebenar lah kan. Itulah cabaran sebenarnya menjadi seorang pendidik. Penuh dengan cubaan dan dugaan

Saya pun manusia macam kamu kamu kamoooo jugak. Ada hati, nafsu dan perasaan. Tak sempurna dan tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Insya Allah lah persepsi dan sikap itu akan diperbetukan perlahan-lahan. Saya masih baru. Sebab itu kita manusia yang perlu belajar sepanjang hayat. Nak tahu, jadi cikgu lah sebenarnya yang paling hebat. Belajar untuk memperbaiki diri dahulu sebelum mengajar anak-anak orang lain pula unuk menjadi manusia beguna. Syukur alhamdulillah. Bestkan...
Napa mereka perlu persoal kerjaya guru? 

Pandangan saya cuma satu je. Sebab mereka beranggapan kerja guru-guru ni senang. Kerja mereka-mereka sajalah yang susah payah. Kerja pagi masuk jam 8:00 balik petang pukul 5:00. Pastu tak banyak cuti macam cikgu-cikgu dapat ni kesian. Tu sebab mereka-mereka mahu cikgu ni ikut ofis hour macam dorang-dorang jugak.  Hihihihi...

Ok back to da point. Saya percaya bahawa, hanya mereka yang melakukannya sahaja yang tahu akan beban tugas yang harus dipikul. Dulu pun saya  dan kawan-kawan pun ingat kerjaya guru ni senang. Bila dah masuk ke dunia pendidikan ni, barulah tahu bagaimana tinggi rendahnya langit.

Guru bertugas dengan benda yang bernyawa. Benda yang ada hati dan perasaan, perangai dan adab muridnya yang berbeza.  Diulang sekali lagi-----> Guru bertugas bukan dengan kertas yang boleh dibuang ke dalam tong sampah seperti di pejabat kamu kamuuu dan kamooo ye. Juga bukan dengan komputer di meja yang bisu dan pekak tak mampu bersuara yang boleh dibanting ke lantai jika amarah menguasai jiwa. Ummmphh.. (",)

Mereka di luar sana mungkin hanya ada dua 3 4orang anak saja di rumah. Tapi guru ada lebih beratus-ratus anak didik yang perlu dijaga akhlak budinya, diterapkan nilai-nilai murni dalam dirinya, diberikan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk bekalan dia dewasa kelak.


Jangan samakan tugas guru setengah hari dengan 8 jam bekerja di pejabat. Setengah hari jangan disangka guru-guru tak tensen pening kepala memegang pen merah untuk berpuluh-puluh buku latihan yang perlu ditanda setiap malam.  Pensyarah saya pernah cakap, "Guru yang mengajar bersungguh-sungguh selalunya akan lebih banyak kemurungannya".

Kalau pandangan saya lah kan, mereka-mereka yang bekerja di pejabat selalunya tidak jujur dan pencuri masa. (ooppss, bukan semua ek, sebab sy dulu pun penah keja ops hour gak). Datang lambat sebab nak minta tolong kawan tolong Punch kan kadnya. Lepas punch card lepak dikedai kopi minum-minum sampai jam 9:00 pagi. Mula kerja sebenarnya hanyalah bermula pada jam 9 katanya.

Bila masa dah jam 10:00 pagi, mak aii rehat lagi boleh pegi minum-minum. Masuk buat kerja pun boleh dinilai jamnya. Duduk buat kerja sambil bercerita,  belek-belek katalog, mengumpat sana, mengampu sini akhirnya dah masuk rehat lagi pukul 1.00 petang.
Bila petang menyusur, boleh plak masuk kerja jam 2.30. Kalau takda bos boleh tangguh lagi sampai pukul 3.00 petang. Buat kerja sikit-sikit dah nak masuk pukul 4.00 dah.. Alahai, dah mula berkemas-kemas nak balik. Ngeee~ Balik rumah takyah fikir apa-apa, sebab kerja opis abis setakat pukul abis pukul 5:00 je. Esok boleh sambung dengan tugasan yang sama yang boleh dihafal dah. Takyah pening kapala nak fikir kaedah dan formula baru untuk mengajar esok macam cikgu-cikgu ni... Hihihi 

Lain cerita, selalunya kan berurusan di kaunter mana-mana Jabatan kerajaan, nak senyum ikhlas sorilah brader. Payah sangat. Bikin nak ajak bergaduh adalah. Sabar jak la. "Dilawan makin tak dilayan kita punya urusan". Sama jugalah kalau nak buat panggilan. 

Itu memang tradisi. Dorang kata guru-guru jangan terlalu tensen dengan karenah murid, tapi mereka tensen dengan karenah pelanggan tak apa plak ya. hahaha.. Takda guna juga peti aduan pelanggan tu kalau komplen tak dilayan. Masih tetap macam tu jugak layanan kamu kamuuu dan kamoooo pada kamiiiiiiiii... (",)

Maaflah itu bukan budaya kami KAMI GURU MALAYSIA.. Kami akan senyum pada semua murid-murid dan masyarakat yang datang bertandang ke perkarangan sekolah kami, kerana kami tahu betapa pentingnya nilai-nilai murni diterapkan dalam setiap kali PnP supaya melahirkan insan yang berbudi. Cewahh.. senyum.

Jangan mare, jangan ada ambil hati ek. Ini cuma pandangan untuk bersantai-santai dikala cuti umum hari Wesak ini. Tak lama lagi kami akan cuti lagi dua minggu.. wahaha.. Cuti untuk buat kerja baa... Banyak keja yang bertimbun sebenarnya. Betul (",).....

Selamat Hari Guru 2011 yaa... Daaaaaa.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

16 comments:

C`ayob.com said...

waaaa....tetap nak jadi guru..best..hehe..walau pun tak kan kaya..kalau kerja dengan kerajaan...tapi...best heheh

Unknown said...

kak ayu dari dahulu minat jadi guru..
syukur dapat juga mengajar pelajar MLVK setengah tahun..
merasa juga saat guru mengajar anak bangsa

dik..
SELAMAT HARI GURU..
adik dah ambil kad ucapan selamat hari guru di blog kak ayu??

DEDIKASI UNTUK KALIAN

Ce'gu JAERA said...

cayob ----> bekerja dengan seikhlas hati kita. hehehe

Ce'gu JAERA said...

Citarasa Rinduan ----> alhamdulillah, terima kasih ya kak. Nanto saya ambil kad ucapan tu...

Kancil 8349 said...

Sabarlah...mereka lupa, title gurulah yang menyebabkan mereka berjaya pada hari ini dan kerana gurulah mereka mengenal huruf dan nombor dan sekarang pula mereka menghentam orang yang mengajar mereka setelah budi diberi kepada mereka........

Tinta Emas said...

hanya guru sahaja yang mengetahui bagaimana susahnya menjadi seorang guru..

terpaksa bercakap dgn nada perlahan walaupun dimaki hamun oleh ibu bapa pelajar....dlm hati mcm gunung berapi!

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza ----> itu lah ums.. Beza tanggapan masyrkt terhadap guru dulu dengan guru sekarang ini,...

Ce'gu JAERA said...

Tinta Emas ----> betul tu cikgu... betapa kuatnya kesabaran guru terhadap cacian anak2 murid dan ibu bapa mereka.. Bersbaralah, mendidik dengan seikhlasnyaa...

Prince Halilintar said...

yg penting kite fokuskan keje kite dgn baik dan iklhas mancari rezeki..biarlah apepon tanggapan org lain..

Nora Shahaira said...

ish..ish..org mcm tu tak pikir pjg..ataupun mungkin dia terbawak bawak emo dgn onar yg di bawa oleh manusia yg bergelar guru hingga guru yg memg bertanggungjawab terkena dgn tempiasnya.
apapun semua keje itu adalah ibadah jika disertakan dengan niat..dan da tentulah keje sebagi guru ni aungguh mulia ibadahnya

Ce'gu JAERA said...

Prince Halilintar-----> setuju sangat2.. biarlah kita bekerja dengan seikhlasnya kerana Allah swt

Ce'gu JAERA said...

Nora Shahaira---> terima kasih kak atas pandangan ini. setiap manusia ada pebadapt masing2. biar lah mereka nak kata apa pun. janji kitta bekerja dengan ikhlas dan senang hati. soal dosa ddan pahala kita sendiri juga yang tanggung

eelobor said...

perghh....kak ayu tak bagi pun kad dkt aku satu...huhuhu, sbb aku bukan guru kut. hihihiihih

anismelon said...

eh xlamabt g kn na wish hari guru..lantak situ..wish jugak.."selamat hari guruuuuu.."..heee..:)

Ce'gu JAERA said...

eelobor -----> hehehehe. kak ayu akan bagi awak award lain yang lebih bermakna kot.. hehe

Ce'gu JAERA said...

anismelon----> hehehe... terima kasih ya.. salam hari guru juga.. thanx

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...