G2M Superfriends

Thursday, May 5, 2011

Kisah si Katak Kecil

Mesti kita pernah dengar cerita ni kan. Sebuah kisah rakyat yang mempunyai kisah dan tauladan yang berguna. Dulu zaman saya sekolah cikgu-cikgu selalu bagi kitaorang dengar cerita rakyat ni. Kini saya pula akan teruskan kesinambungan cerita ni sebagai perangsang kepada muid-murid pemulihan saya agar sentiasa maju dan lebih yakin kepada diri sendiri.
Jom kita layan cerita ni..

KISAH KATAK KECIL


Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,... yang berlumba lari. 

Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

Perlumbaan pun dimulakan .

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:

"Oh, jalannya terlalu sukar !!Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
 
atau:

"Tidak ada kesempatan untuk sampai...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-katak kecil mulai jatuh. Satu persatu...

Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..


Penonton terus bersorak

"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!"

  
Mendengar kata-kata itu, Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan berputus asa menyerah kalah... 


Tapi ada SATU kata yang meneruskan pendakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!

Ketika katak-katak lain sudah berputus asa, seekor katak kecil terus berusaha keras untuk memanjat hingga ke puncak menara. Kata-kata sindiran daripada penonton langsung tidak dihiraukannya.


Akhirnya dia menjadi satu-satunya katak yang berjaya sampai ke kemuncak menara.


SEMUA katak yang lain kehairanan. Mereka tertanya-tanya bagaimana katak itu boleh melakukannya?


Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata...Katak yang menjadi pemenang itu 

PEKAK!!!!


Gen2Merah: Moral dari cerita ini adalah:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:

Tetaplah selalu....POSITIVE!
Dan yang terpenting:
Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

18 comments:

padlie said...

Yup, sebab tu kalau nak maju, jangan peduli apa yang orang kata.. Banyak yang berkata negatif bila kita nak berjaya..

Ce'gu JAERA said...

@ padlie---> betul tu., kadang2 kata2 sindiran akan mematikan semangat seseorang..

C`ayob.com said...

waaaa..mcm tu kah....pengajaran yang bagus.....terima kasih... :)

Ce'gu JAERA said...

cayob----> hehehehe.. ayub cayob

Unknown said...

Ini yang buat saya suka baca blog cikgu,satu pengajaran yang besar dalam kisah kecil sebegini

Kancil 8349 said...

nasihat yang sungguh berguna...percaya pada diri dan kegemilangan diri sendiri

Prince Halilintar said...

betul2 tu..need to think positif everytime and dun gv up easily..hehe=)

Ce'gu JAERA said...

@ ijoks2009----> tima kasih ijok. Blog saya ni biasa je. banyak entri yang merapu sebenarnya. pa pun thanx ya..

Ce'gu JAERA said...

@ Ums Niza ----> betul, percaya kepada diri sendiri

Ce'gu JAERA said...

@ Prince Halilintar----> dont be give up. insya Allah (",)

Anonymous said...

Sungguh memotivasikan. Orang lain yang iri hati kepada kita pasti berusaha untuk menjatuhkan kita. Jadi, usah percaya apa yang orang lain katakan keranan kita tahu apa yang terbaik untuk kita. Semuanya terpulang kepada diri kita masing-masing.

Noor Fatin said...

betol tu! jgn putus asa, jgn lemah semangat sebab dgr cite org.

huhu katak pekak sbb tu dia sampai ke atas sebab dia xdgr apa org ckp. hehehhe

Ce'gu JAERA said...

@ Awan Biru ---> macam itulah yang kita harapkan. untuk mencapai2 cita2 kita perlu komited dan tidak termakan dengan kata2 orang lain.. selamat maju jaya

Ce'gu JAERA said...

@ NOOR FATIN ----> kadang2 susah juga nak pekakkan telinga kalau hati dan dan perasaan tidak dapat tertahan2 dengan sindiran.. hehehe. Tabahkan hati kita utk mencapai yg terbaik ya

Unknown said...

first time kak ayu dapat syer cerita ttg katak kecil..

mmg moral of story dari cerita nie banyak kebaikkannya..

dan kak ayu pun suka pekakkan telinga bila pelanggan meninggikan suara

Ce'gu JAERA said...

@ Citarasa Rinduan ----> iya kak.. Tahan hati pekakkan telinga ja lah.. kadang2 kata-kata itu boleh membunuh semangat kita

Woofer Storm said...

manusia sering tewas dgn psiko bro..hehee


*cumil katak2 tu,,ehheeee

QasehnyaRania said...

penah tgk citer katak ni kat tv tp vesi lain sikit..

bunyi guruh yang kuat menyebabkan katak2 lain jatuh.manakala sekor katak lagi terus mendaki puncak. sebab dia PEKAK juga.itu sebab dia tak dengar bunyi guruh yg kuat tu..hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...