G2M Superfriends

Thursday, May 26, 2011

Guru Besar Cemerlang, Sekolah Terbilang

“Ibu bapa murid mungkin tidak dapat menyumbang kewangan kerana mereka hanya petani dan buruh kasar. Tetapi ada sesuatu yang kita lupa bahawa ibubapa mereka lah sebenarnya penyumbang utama kecemerlangan di sekolah kami".  
En. Jaul ak Bunyau
(Guru Besar Cemerlang SK Ulu Lubai, Limbang Sarawak.

Semalam saya telah menghadiri sebuah Seminar dan Forum Professional Pendidikan sempena sambutan Perayaan Hari Guru ke 40 Peringkat Negeri Sabah 2011 bertempat di Auditorium Perpustakaan Tawau.

Penampilannya bersahaja. Lagaknya seperti guru-guru lain yang hadir dalam majlis tersebut. Namun disebalik ukiran senyuman dan keyakinann diri yang tinddi, barulah saya tau, penceramah ini lah yang pernah masuk Buletin Utama dan pernah menghiasi dada akhbar tempatan sebelum ini.


En. Jaul ak Bunyau. Memang wajar anugerah Guru Besar Cemerlang diberikan kepada beliau yang berkhidmat di SK ulu Lebai Sarawak. Para hadirin termasuk saya amat tertarik dengan perkongsian ilmu yang beliau kisahkan dalam sesi ceramah yang beliau sampaikan. 

Sungguhpun cuma 45 minit masa yang diperuntukkan, isian yang padat, penuh berinformasi dengan pengalaman suka duka  sudah cukup untuk memberi semangat kepada para guru-guru yang hadir dalam seminar dan Forum pagi tersebut.

Tidak ada sesiapa mengetahui SK Ulu Lubai, 55 kilometer dari bandar Limbang adalah sekolah terakhir di hulu Sungai Lubai. Lokasinya terletak di tengah-tengah hutan belantara. Ia dihubungkan melalui jalan balak ataupun menggunakan bot panjang menyusuri Sungai Lubai yang membabitkan tempoh perjalanan kira-kira sejam daripada Medamit.

Sekolah yang dibuka pada 1964 dan pernah ditutup pada 1976 sebelum dibuka semula setahun selepas itu. Namun kedatangan encik Jaul ak Bunyau selaku Guru Besar di SK Ulu Lebai telah membuka era baru kepada kemajuan sekolah pedalaman ini. Hari ini, SK Ulu Lubai mencatatkan sejarah gemilang apabila muncul sebagai sekolah pedalaman pertama yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sekali gus memberi tamparan kepada sekolah lain yang berada di kawasan bandar mahupun luar bandar.
Komitmen luar biasa ini menyebabkan SK Ulu Lubai berjaya mencatat kelulusan 100 peratus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lima tahun berturut-turut sehingga 2010, serta pernah memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 anugerah peringkat negeri dan 46 lagi pada peringkat bahagian dan daerah.
Gen2merah---> alangkah seronoknya kalau ditadbir oleh pihak pentadbir yang berkarisma...... Psstt... GB kami turut sama mendengar ceramah pagi tu. Harap ada suntingan semangat baru.. kekekeke.. pssstt

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

6 comments:

Unknown said...

tahniah utk en jaul, yang menerima anugerah...

lepas nie, mana tau ada rezeki utk cikgu pulak.. 5 tahun lagi, 10 tahun?? ada rezeki adalah

PS:kalau pi nanti, syer entry ya dik.. selamat malam

Ce'gu JAERA said...

Citarasa Rinduan ----> hehehe. Alhamdulillah.. terima kasih ya kak ayu.. selamat malam

C`ayob.com said...

Boleh belanja makan kn kalau dapat!

Unknown said...

Wah, memang terbaik. Semoga kegigihan beliau dapat menyuntik semangat guru-guru di Malaysia untuk menjadi guru yang TERHEBAT. (n_n)

Ce'gu JAERA said...

cayob ----> insya Allah cayob.. ko juga lah kawan yg pertama aku belanja... hehehe

Ce'gu JAERA said...

Awan Biru----> iya betull... semoga ianya adalah penyunting semangat buat semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...