G2M Superfriends

Wednesday, February 23, 2011

Hari Kemuncak Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) 2011M/1432H


Hari yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba dengan Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) peringkat sekolah-sekolah Zon Bandar Selatan telah berjaya dilaksanakan dengan meriahnya. 

Majlis perasmian penutupan telah berjaya disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian UMNO, P.190 Tawau Yb Datuk Haji Taufiq DSP Haji Abu Bakar Titingan. Sebanyak 14 buah sekolah telah menghantar peserta masing-masing dalam acara tertentu termasuk SK Batu Payong sebagai tuan rumah bagi sesi 2011M/1432H ini.

Empat acara yang dipertandingkan adalah Hafazan (L&P), Tilawah (L&P), Bercerita (L&P) dan Nasyid berkumpulan.  Berikut merupakan keputusan rasmi pertandingan yang diumumkan semasa Majlis Perasmian Penutupan.

Tilawah al-Quran (Lelaki)
1. Mohd. Firdaus Mohd. Amin (SK Kg. Titingan)
2. Muhammad Ghazi Zufar (SK Kinabutan)
3. Mohd. Haikal Riezzuan (SK bandar Tawau II)

Tilawah al-Quran (Perempuan)
1. Nur Sakinah Mawaddah (SK Kem Kabota)
2. Nur Hafizah Anawar(SK Sentosa)
3. Samira Sarafuddin (SK Kg. Titingan)

Hafazan (Lelaki)
1. Muhd. Razif Zakwan (SK Holy Trinity)
2. Aiman Nazmi (SK Sentosa)
3. Mohd. Rizki (SK Batu 4)

Hafazan (Perempuan)
1. Rabi'atu Adawiah (SK Holy Trinity)
2. Nurul Aqidah (SK Kem Kabota)
3. Nihayatul Khairat (SK Batu Payong)

Bercerita (Lelaki)
1. Irwan Muhd. Rizal (SK Bandar Tawau II)
2. Hizbullah Fathurrahman (SK Holy Trinity)
3. Wahyudi Nasir (SK. Kg. Titingan)

Bercerita (Perempuan)
1. Miza Faihanam (SK Kinabutan)
2. Siti Zulaikha (SK Bandar Tawau II)
3. Nurfitry Misran (SK Batu Payong)

Nasyid
1. (SK Holy Trinity)
2. (SK Batu 4)
3. (SK Kinabutan)

Juara Keseluruhan
1. SK Holy Trinity Tawau.

SK Holy Trinity bakal menjadi tuan rumah untuk Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) akan datang. Terima kasih semua. Semoga kita berjumpa lagi. Mari kita layan gambar-gambar sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. 

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

6 comments:

Ayuni said...

teringt zaman budak2 dlu masuk nasyid n bercerita...

lynna heejuzz said...

MTQ di sekolah sy baru nak buat bulan 3 ni.. meriahnya MTQ di sana. :)

Ce'gu JAERA said...

Ayuni---> mesti seronok kenang zaman kanak2 tu kan.. hehe

Ce'gu JAERA said...

lynn angel---> wah, bulan 3 tak lama lagi tu.. buat yg terbaik ya.. hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dulu layan gak nyasid ni

Ce'gu JAERA said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o ---> aik, sekarang dah tak layan nasyid ke? heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...