G2M Superfriends

Saturday, February 26, 2011

Murid dahulu dan murid zaman sekarang

Suatu pagi di luar bilik gerakan SKBPT. Seorang guru yang agak veteran menegur seorang murid yang kebetulan berdiri di situ.

"Ali, ada pensil di bawah kaki kamu tu, napa tak pungut?". Sergah cikgu tersebut kepada Ali.

"Tak tau siapa punya cikgu." jawab Ali ringkas.

"Kalau takda orang lain, awak ambil lah. Daripada terbuang macam tu ja". sambung cikgu itu lagi.

"tak mahu lah cikgu, pensil itu tak cantik, hehehe". balas si murid.

"amboi, .......................". (dialog seterusnya terpaksa di cut ya). Ngeee~

::::::::::::::::::::::::::::::::::....................................

Cikgu tersebut kemudian meninggalkan pelajar terbabit lalu masuk ke dalam bilik Gerakan. Kami yang kebetulan berada di dalam hanya mendengar keluhan guru terbabit.

"Napa tadi cikgu?" soal saya pura-pura bertanya (",).

"Entah lah dil, murid-murid sekarang ni tak sama dengan murid-murid zaman baya kami dulu-dulu. Sekarang murid-murid dah pandai berlagak, sombong. Mentang-mentanglah segalanya kena bagi percuma. Dapat pensil free, baju free, kasut free. Segalanya percuma. Bila dah dapat, pensil-pensil dan kertas-kertas dibuang macam tu ja. Membazir. Tak pandai menghargai. Inilah perangai murid-murid kita sekarang."

"Dulu zaman kakak tahun 60-70-an, pensil adalah ibarat pistol di sekolah. Betapa pentingnya pensil dalam kehidupan kami di sekolah masa tu. Ke mana pergi, pensil tetap terselit dalam poket. Dulu mana ada istilah percuma. Semua main beli. Nak minta emak beli memang payah sebab takda duit. So pensil yang ada kami akan jaga dan hargai dengan sebaiknya sehinggalah pensil yang panjang akan menjadi pendek keciput."

"Paling akak tak pernah lupakan bila pemadam pensil kami cuma pakai getah pengikat sayur ja yang diikat dibelakang pensil. Getah itulah yang kami gunakan untuk memadam." Hahahahaha. Telatah cikgu itu membuat kami tergelak bersama.

"Pernah suatu hari, pensil akak terjatuh di lantai kelas yang berlubang lalu hilang dari pandangan akibat semak samun. Betapa sanggupnya kakak turun mencari sampai jumpa. Bukan senang nak memiliki sebatang pensil masa itu".

"Cuba tengok gelagat murid-murid kita sekarang. Dalam kelas saja pensil dan pemadam bertaburan di lantai kelas tak dipeduli. Pastu datang ke sekolah selalu saja tinggal buku tinggal pensil. Sedangkan semuanya sudah diberi secara percuma."


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

12 comments:

Rafi Harumin said...

Teringat juga masa peperiksaan sewaktu sekolah rendah, lebih gembira membawa plastik sayur, sebab lebih ringan. :D

Ce'gu JAERA said...

ashrafi----> dah la lebih ringan, jimat kos lagi..hehehe

EJA said...

betul tu bdk sekarang byk idea sepatah cikgu ckp 100 patah dia jawab..hehee eja jalan2 pagi disini dan link
http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/02/eja-mungkir-janji-show-unic.html

Anonymous said...

Salam, zaman saya dulu zaman nak pensil mekanikal :)

Unknown said...

budak sekrang bawa 50sen tak cukup
budak dulu bawa 50 sen...ala2 orang kaya tau...hehehhee

PS: pesan kat umai, tolobg jaga pen macam ibu jaga pisau ....

RIAN said...

lain da suasana dulu ngn skrg.
tlampau bg kesenangan pun susah jugak. huhu

Unknown said...

budak2 sekarang huuu takyah cakap le..memacam deorang menjawab..seb bek aku pon kaki kelentong

Ce'gu JAERA said...

EJA----> bagus kalau budak banyak ckp idea dia bermanfaat. hehe

Ce'gu JAERA said...

Cik Mus----> iya betul juga kan. zaman saya pun pensil macam tu.. senang, tak perlu nak asah.. hehe

Ce'gu JAERA said...

Citarasa Rinduan----> hahahaha... dulu saya bawa 20 sen je ke sekolah.. skrg mak oii... mewah budak2 skrg..

Ce'gu JAERA said...

RIAN------> tu lah kan. telampau di bagi senang budak2 naik minyak plak.. huhu

Ce'gu JAERA said...

JIJI YU-----> hahahaha, caya lah geng... jangan kalah dengan budak2 skrg ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...