G2M Superfriends

Thursday, February 24, 2011

Program "Street Smart Petrosains" di SKBPT


Setelah penat lelah menjadi tuan rumah MTQ semalam, hari ini sebuah lagi program bermanfaat untuk murid-murid telah dijalankan. Bertempat di dewan serbaguna SKBPT, program yyang dinamakan "Street Smart Petrosains" ini telah dianjurkan oleh Panitia Sains SKBPT dan dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada pihak Petrosains sendiri iaitu encik Rizal dan encik Ali.

Petrosains StreetSmart, merupakan sebuah program kemasyarakatan daripada Petronas. Program ini dikelolakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Majlis Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pengangkutan, dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan raya. Ianya merupakan pameran jelajah interaktif yang mempromosi kempen keselamatan jalan raya melalui pendekatan Sains dan Teknologi.

Jika kita mahu mendidik rakyat Malaysia mengenai langkah keselamatan jalan raya, kita patut memulakannya semasa mereka muda. Kita mahu mereka memahami konsep sains di sebalik keselamatan jalan raya. Alhamdulillah program seumpama ini memberi banyak manfaat kepada murid-murid sekolah ini.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

2 comments:

sankai said...

itu ari aku ada post pasal street smart ni di blog somewhereintawau.blogspot.com...kalau tengok dari brosur tu durang buat di library kan. belum sempat lagi pegi tengok2..heehhe

btw, ini kali pertama komen di sini. so, hai there :)

Gen2Merah said...

sankai----> iya, program ini dibuat di Library Tawau. rakan guru sekolah kami yang minta mereka membuat ceramah di sekolah ini...
Ok bro.. kejap lagi aku terjah blog sankai (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...