G2M Superfriends

Friday, December 9, 2011

Tanam Tebu di Telinga, Berkembang Bunga Raya di Muka


Murid-murid, hari ini peribahasa yang kita pelajari adalah "Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka". Bermaksud, seseorang yang sangat gembira kerana mendengar sesebuah pujian. (",)

Setiap orang sukakan pujian. Pujian kerana diri ini berjaya mengharumkan nama baik sesebuah organisasi, dipuji atas paras rupa wajah yang menarik juga pujian sebab hebat dan segalanya. Pokoknya pujian itulah sebenarnya sebuah penghargaan buat diri sendiri atas hasil usaha yang diusahakan selama ni. Dalam Hierarki Piramid Maslow pun, pujian adalah peringkat terakhir bagi kesempurnaan diri seseorang.

Sebenarnya bukan semua orang sukakan pujian. Kadangkala pujian yang melambung-lambung boleh mematahkan semangat seseorang. Puji sekali sekala dah lah. Pujian yang ikhlas kan. Kang yang kena puji berkali-kali jadi malu plak dan serba tak semangat nak buat kerja kerana jadi perhatian. Ekekeke.. :p

Tapi ada juga orang yang makin dipuji makin minta puji jadinya. Suka menunjuk-nunjuk kehebatan dia dengan semua orang. Puji ikhlas ke atau puji sindirian pun dia tembok muka nak senyum bangga. Dasar tak sedar diri. Kalau boleh sampai ke hujung kaki pujian itu ditaburkan untuknya. Hehehe. Ya, pujian yang melampau sebegini akan menyebabkan seseorang itu termakan puji ( membanggakan diri). (",)

Pujian yang mulia lagi terpuji ialah pujian terhadap Allah swt, maka kita sangat dituntut untuk memuja muji Allah swt sebanyak yang mungkin kerana hanya DIA sahaja yang layak untuk dipuji tanpa henti.

Manakala orang yang menerima pujian pula hendaklah menerima pujian dengan rasa syukur dan tawaduk terhadap Allah swt ini kerana setiap kurniaan mahupun kebaikan yang ada pada kita sehingga mengundang pujian orang sebenarnya datang daripada Allah swt.

Bersyukur lah atas pujian nescaya Allah swt akan menambah lagi rezeki kita. Sekiranya pujian manusia pada yang tiada pada kita, hendaklah kita muhasabah dan usaha untuk menjadi lebih baik. WALLAHU’ALAM.


 
 ~SENYUM ITU SATU SEDEKAH (",) ~

40 comments:

bobiedanbad said...

cantik pic itu :)

missgee said...

Berminat ngan pic
kat bawah tue..
mau puji nie "Lawa ehh" :)

AmirFX said...

Pic yang last sekali tu lawa lerr...

Unknown said...

wah bru tau ade ayat ni gak

siap mksud

terkagum je

Kancil 8349 said...

perkongsian maklumat yang berguna geng....:)...lawa gambar awek tu...semoga dapat isteri macam tu Dil

elnino de moona said...

ehem2.. gmbr sapa kat bawah skali tuh..manis orangnya..:)

Unknown said...

1st time dgr peribahasa tuh..huhu

maszull said...

assalamualaikum dil...yer la first time dengar peribahasa ini...:)

azzey said...

Alhamdulillah , syukur pd Allah..hanya Allah yg berhak dipuji..:)

azzey said...

Alhamdulillah , syukur pd Allah..hanya Allah yg berhak dipuji..:)

Kayu Manis said...

setuju juga..fist time juga dgr peribahasa tu..pic pun ayu je..

tunz said...

tq for sharing....

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

sapakah dibawah itu?
buah hati ke? hihihi

yna juga suka dipuji tp biarlah bersederhana, bkn pujian yg membawa maksud xxx :(

IntaNBerliaN said...

aik.. ada peribahasa yg sy xpnh dengar ek.. hihii

3no gr33ny said...

pada hamba..andai diberi pujian..maka semakin tidak selesa pula dek terpaksa mengawal seperti yang dikata..seperti..ayunya...then malu la kalo yang puji tu tgk sebenarnya diri tidaklah ayu sgt pon..huhu

Unknown said...

nak suruh kawan2 tengok ke, lawa tak orang dalam gambar tu ya cikgu?

manis orangya..:)

apa pun, saya baru pertama kali dengar peribahasa ini. Terima kasih berkongsi cikgu...

feyza said...

cantik la

whitecappuccino said...

pic orang yg senyum tu cantik la..pujian ikhlas ni..:)

Ayuni said...

first time dgr psl proverb nie....

Jue said...

Jue yg x speramah hanie dtg blog ni stelah skian lama haha

Sapa x suka pujian kan. Smua suka. Pujian ade pro n con. Pro dia bole motivate seseorang tu. Con dia, risau org tu over confident pastu kekwat hihi

Psst; ko knal awek lam gambo tu? Awek comei tu kwn aku, aku panggil awin. Nak bgtau dia la psl blog ni hihi

Jue said...

Haha amboi siap ckp urgent kat komen box hihi
Jgn risau, dah wall post dia kat fb ts hihi
Dia kat langkawi skrg, cuti2 mesia gitu
Ko tunggu la kdtgan dia kat blog ko hoho
N dia mmg lawo pnuh sopan santun kat real life..byk pminat weh

Cikgu Ma said...

puji la saya...tapi saya tidak tergoda kerana tidak gemar gula2 yg manis..hehe

Jue said...

Hahaha haruslah laju sbb tgh free skit skrg. Mmg kcik je kan dunia ni. Dia dulu rajin blogging, tp lately dah jarang update sbb bz. Dia aktif kat fb je (xley kasi tanpa kbenaran dia) haha

Amboi siap nak wat entry khas utk awin..aku nak roger dia sat

che mid said...

Salam, Alhamdulillah.. Segala Puji Bagi Allah..

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

setengh org pantang dipuji, mula nk riak..

tp memuji tu jgk satu doa kan..

Ajwin Ajeera said...

Salam. Ty for published my pic for this good entry. Hehe segan sudaaaa

GojesYoja said...

cantek org dlm pic 2

Anonymous said...

memuji tidak ada salahnya cuma jangan dipuji begitu tinggi. takut akhirnya bersikap meninggi diri dan sombong. :]

Anonymous said...

memuji tidak ada salahnya cuma jangan dipuji begitu tinggi. takut akhirnya bersikap meninggi diri dan sombong. :]

Ce'gu JAERA said...

@Ajwin Ajeera

ehemmm.. tima kasih sebab sudi dtg komen sini... ehehehe..

Jue said...

Ehem!!mesti senyum ke telinga skrg hihi

Xde hal la psl nak bg moral support =)

Aien Not Alien said...

dipuji dan dikeji memang susah untuk diterima kedua-duanya... ^_^"

Anonymous said...

ye la mcm baru dengar jer peribahasa tu.. pic tupon mau dipuji ker.. subhanallah manis orgnya

ewanthology said...

erm... pic sape plak tu yea

Anonymous said...

Untungla jur tolg.weeewit tahniah dpt kenalan ngan awek cun

MulutPayau said...

cantiknya dan manis senyuman orng dalam gmbar tu....

Puan Kutu said...

jgn memandang pujian itu sesuatu yg boleh membuatkan kita meninggi diri..:)

pstt..gosip apa dengan jue tu?haha cikgu minat senyuman si awin tu yer?haha..

LAici KAng Ais said...

org cantek mestilah nak kenal.haha

Saddila said...

ececehhh suka lettew . untung laa .
weeee kakak tu sangat lawa . manis . ayu je :))

mummyrinazone beauty said...

panjang ek peribahasa tuh..takpernah dengar lagi..

siapa yang tak suka kena puji tapi kalau dah lelebih sangat n nampak mcm tak logik haruslah kena maki..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...