G2M Superfriends

Thursday, December 15, 2011

Malam ini "MALAM JUMAAT"

Malam ini malam Jumaat. Sesetengah orang menganggap malam ini penuh misteri, seram, dan penuh dengan kepercayaan-kepercayaan tahyul. Kononnya menjelang selepas Maghrib, para pocong-pocong akan berkeliaran, hantu raya akan bangkit dari kubur, manakala beberapa makhluk jadi-jadian akan beraksi dengan bebasnya di sepanjang malam ini. 
Heran bin ajaib plak. Hantu pun pandai nak pilih hari mereka berkeliaran rupanya. Tak pasti apa motif orang percaya malam Jumaat bukannya malam-malam hari lain. Kelakar kan. Hehehe. Tengok sajalah siaran-siaran TV kita. Tak habis-habis dengan cerita mengarut supernatural, misteri dan drama-drama seram malam Jumaat. Bowrink..
Padahal sebagai orang Muslim, sebaiknya malam Jumaat adalah malam yang mulia dan penuh keberkatan. Malam yang seharusnya diramaikan dan dihidupkan amal ibadahnya di surau-surau, masjid ataupun di rumah sendiri dengan membaca surah Yassin dan berzikir kepada Allah swt dengan sebanyak-banyaknya.

Malam Jumaat bukanlah malam 'para HANTU', tetapi malam untuk 'para MALAIKAT' yang memberi rahmat. Mari kita betulkan tanggapan ini. jangan biarkan diri anda diselubungi........ MISTERiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii  (",)

p/s: Jangan takut pada makhluk yang tidak berkuasa selain Allah swt..

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

40 comments:

Kayu Manis said...

setiap malam jumaat,kak sefamily baca surah al- Kahfi..

♥ Nana BamBam ♥ said...

selalunya malam jumaat mcm nie rumah nana selalu didendangkan dengan zikir2..dan mak memang rajin baca al-quran..huhuhu

Anonymous said...

suha setuju sangat. perbanyakkan amalan membaca yasin dan zikir adalh lebih baik.

Puan Kutu said...

setuju sangat dengan apa yg cikgu cakap..malam jumaat adalah malam yg mulia.sebab jumaat tu penghulu segala hari..

tp tahukah cikgu bahawasanya org yg nak melakukan benda buruk pun memilih malam jumaat sebagai hari utk melakukan keburukan.cthnya nak menghantar benda jahat utk sesorang.so kenapa malam jumaat juga yg dipilih?adakah mlm jumaat itu angker?hehe..

Rafi Harumin said...

Malam Jumaat memang malam hantu. Hantu di siaran televisyen.

hehehe...

Nora Shahaira said...

ya lah...malam ni malam jumaat..akak nora baca surah maryam td...sguh2 lupa..sok pagi ganti yasin ya...

Suzie Yusof Mohamed said...

Owh cenggitu..Paham paham paham..^^

maszull said...

assalamualaikum dil...betul tu dil mama sokong 100% apa yg dil ckpkan tu...:)

AmirFX said...

Time di surau sempat gak lastik cicak... haha..

3no gr33ny said...

hamba juga heran dengan tanggapan malam jumaat tentang hantu akan berkeliaran..

yang hamba tahu..malam jumaat ni malam roh saudara terdekat kita yang meninggal macam ibu contohnya..akan datang tgk ank2 mereka..itu je...

wallahua'lam...

mazda2992 said...

jgn takut pada malam jumaat..mana ada org kelamin berkeliaran klu malam jumaat gen2merah.semua standbya di umah jak la..wkkakakakakakak

Unknown said...

malam jumaat untuk amalan sunat hmmm

Nisa Greennnpanda said...

mlm jumaat tue mlm mulia yg kite ptt pnuhkn ngan bacaan ayat2 al-quran.. ^_^

btw, stuju ngan Bro Ahmad gak, hehe..

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

betol3..mlm jumaat baca la yassin ke..

tp,cita supernatural tu best sebenarnya..hehe..

Ezad Skytech said...

tu la..kalau malam jumaat je..bersepah kat tv cerita2 seram je...heran2...

Unknown said...

Bukan mlm Jumaat mlm bersama suami/isteri ke? Dapat pahala lg...hehehe
Setuju sgt klau tv di msia kurangkan cerita2 paranormal ni...boleh merosakkan akidah...salam ziarah & follow di sini~

Afida Anuar said...

hadapi toyol dan pocong dengan senyumann... hehe;)..

entahlah...kita dari dulu lagi dimomokkan dengan benda2 karut ni. Rasa sedih dengan masyarakat sendiri..

Dylla Abas said...

sy baca Surah Yassin setiap malam Jumaat (",)

Nilam suhana said...

betul tu.. malam jumaat bukan untk takutkan sesama manusia dan percaya pada cerita2 misteri... tetapi lakukan amalan dan idupkan malam ini dengan berakat dari Nya... hurm..:)

Hanis Azla said...

malam jumaat, kalau berkesempatan selalu ajak anak2 baca yaasin bersama.. dulu2 pun emak selalu mengajak kami adik beradik baca yaasin pada malam jumaat..

Anonymous said...

jumaat penghulu segala hari..selalu baca yassin..aah kan semakin bnyak slot seram...

emarieys said...

makam jumaat...di surau akan buat tazkirah...

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

malam jumaat malam yg ditunggu psgn yg dh berkahwin, kwn yna cakap cam tu erk.. bukan yna, hihihi

Unknown said...

Hr ni hri jumaat

intan_blur said...

mlm yg kite patut memperbanyakan amalan ..sedekah kan bacaan yasin kpd arwah2.. ;)

Aien Not Alien said...

malam jumaat mata disajikan dengan hantuuuu dekat tv..haha..

selamat pagi...singgah sini..

nanti nak sumbat watak awak ye..tengah perah idea ni..hihi..

Nadia said...

Malam jumaat,nad selalu jugak baca yasin untuk arwah ayah..

p/s :: betul ke blog nad laju..hehe..tp nad nk try pakai seo blogger template..:)

faraherda.razalan said...

Mmm...sy bermuhasabah diri dgn entri nie. Sy tak nak amik berkat dgn kemuliaan malam Jumaat sebaliknya menakutkan diri dgn tahyul yg entah apa2.

=(

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu... mlm jumaatlah jugak dkt tv duk tayang cite seram.. tp sy xtgk pun sbb xsuka.. hihii

puanbee said...

malam jumaat elok baca yassin ..

Unknown said...

suami isteri biaso nyer suka mlm jumaat..hehe

intan_blur said...

cikgu..blh x link en3 lulu pages yg dia senaraikan list bloggers yg ikut segmen dia...

LAici KAng Ais said...

yg da kawen tu mmg best.haha

sebaik2nya bacalah yasin. :)

Aien Not Alien said...

watak "jumadil" masih ada lagi untuk sambungan seterusnya...hehehe...


saya nak cuba penuhi permintaan awak nak gandingkan "jumadil" dengan "A.N.A".....semoga ada idea ke arah itu....mudah-mudahan... :)

Kartini said...

setuju ! media yg spatutnya main peranan dah tanamkan pemikiran khamis malam jumaat malam cerita hantu2. mcm2

ch000tz said...

mlm jumaat kliwonnnnn! :)


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/kelassss-kau-maria-nak-jadi-filem-star.html

Juliet_iRa~" said...

btol...malam jumaat tv sll ada cte seram kan...

mummyrinazone beauty said...

hehe dulu masa budak2 takot lanie jd mak budak idak ler takot..biasajer malam aper punh

Noor Fatin said...

betol tu. dr kecik2 org kata kalau malam jumaat jangan cite pasal hantu la apa la.. hehe :)

Jue said...

arghh!!nyesal scroll smpi entry ni..cpat click X, nsb x tgk time waktu mlm ><~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...