G2M Superfriends

Tuesday, April 19, 2011

Walaupun hanya sebatang pensil


"Mula minggu hadapan, pihak sekolah berkenan untuk memberikan hadiah ganjaran kepada seorang pelajar yang menunjukkan teladan yang baik setiap minggu, sungguhpun hadiah itu cuma  
sebatang pensil sahaja".

Demikian petikan ucapan yang sempat saya ingat semasa ucapan alu-aluan Penolong Kanan 1 SKBPT pada sesi perhimpunan awal pagi tadi. Kata-kata semangat ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua murid yang berhimpun pada pagi itu.
Bermula minggu hadapan, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan program pemberian ganjaran kepada seorang murid yang menunjukkan contoh disiplin yang baik pada setiap minggu. Guru bertugas mingguan diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti murid yang berpotensi ini sebagai perangsang kepada semua pelajar sekolah ini agar sentiasa bersikap baik, dan sentiasa berdisiplin. 

Calon pelajar contoh yang dikenalpasti ini akan diberikan hadiah setiap kali berlangsungnya perhimpunan sekolah setiap minggu.

Pemberian ganjaran ini adalah satu alternatif pihak sekolah untuk mengawal tahap disiplin murid-murid. Dalam masa yang sama ianya juga sebagai menghargai jasa pelajar yang selama ini sentiasa menunjukkan contoh teladan yang berguna sekaligus menjadi perangsang kepada rakan-rakan mereka yang lain untuk sama-sama sentiasa menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik.

Siapakah pelajar contoh? 

Seorang pelajar contoh merupakan seseorang yang memiliki ciri-ciri seorang pelajar yang boleh dicontohi kawan-kawannya yang lain. Pelajar contoh ini mungkin seorang yang cerdik di dalam kelas, atau seorang yang mempunyai semangat ketekunan untuk belajar, atau seorang yang rajin datang ke sekolah setiap hari. (",)


Gen2Merah---> alangkah indahnya jika boleh kembali ke zaman persekolahan dulu.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

14 comments:

Anonymous said...

:) stuju.... its not the thing, its the thought....
walau sekadar pujian pun sbenarnya dpt buat seorg murid sengih hingga waktu pulang....bezanya, pensel lbh nmpk, pujian abstrak... :)

Cik Aan Alan said...

saya pelajar cemerlang minggu ni cikgu.. nak adiah!!

Ce'gu JAERA said...

Anon---> Thanx.. setuju sangat2. apa2 pun bentuk penghargaan yang diberikan kpd seseorang, ianya dapat mengubah tingkahlaku seseorang..

Ce'gu JAERA said...

nabihancakap-----> oh iya ke? hehehe. minggu depan masa perhimpunan boleh claim ye.. hihihihi (",)

miss flora said...

NAK PERGI SEKOLAH BALEK :(

Ce'gu JAERA said...

miss flora----> hehehe... masa tetap berlalu.. banyak lagi masa depan yang perlu kita harungi.. hehe

Prince Halilintar said...

bagus gak idea ni klu dpt rangsang murid2 lebih berdisiplin...

Fyqa said...

rindu zaman skola dah nih. ;(

huhu

Nora Shahaira said...

huhu..akak nora dulu pun dapat sebuah buku latihan harga 40 sen masa tu..tapi bukan pelajar contoh..hadiah markah tertinggi subjek biologi..pada akak nora, tiada sumbangan yang kecil..semuanya sungguh besar ertinya..

Ce'gu JAERA said...

Prince Halilintar---> terima kasih.. sebuah idea yang dapat menjanakan perubahan tingkahlaku seseorang..

Ce'gu JAERA said...

Fyqa----> hehehe. setiap orang ada peristiwa manis zaman sekolah dulu. andaikata masa dapat diputar, pasti kita akan dapat kembali ke zaman itu kan..

Ce'gu JAERA said...

Nora Shahaira---> iya betul tu kak. Dulu kita zaman sekolah, apa2 hadiah yang kita dapat dari cikgu kita, pasti kita akan tersenyum bangga sepanjang hari. otomotik kita jadi sayang sama cigu kita.. hehe

BUNGA said...

salam ziarah..
bagus buat mcm ni.. anak saya baru 4 tahun. sekarang ni pergi school kat UK. bila dia rajin melukis jer.. cikgu bagi dia sijil.. kat sini mcm2 cara diorang buat untuk buat anak2 jadi lebih baik :)

Ce'gu JAERA said...

BUNGA -----> itulah yang terbaik utk memberi sebuah ganjaran kepada mereka agar lebih bersemangat utk terus maju jaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...