G2M Superfriends

Thursday, October 27, 2011

Istimewanya seorang WANITA

Bismillahhirrahmanirrahim.

Semalam saya ada cerita pasal tanggungan yang dipikul kaum Adam. [KLIK]. Kali ini beralih kepada tanggungjawab orang perempuan plak. hehe. Ya, jangan sangka hanya orang lelaki ja yang ada tanggungjawab yang besar, orang pempuan pun sebenarnya lagi mencabar peranannya tau. Ekekee.

Seronok juga baca hikmah kehidupan lelaki dan perempuan ni. Sungguh istimewa Allah menjadikan keduanya berbeza untuk saling lengkap melengkapi.


WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Si isteri perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Lain hal, Saksi orang pempuan kurang berbanding lelaki. Menerima pusakajuga kurang dari lelaki. Heeeee..

Seorang wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Orang lelaki relax je kan.. (",)

Orang pempuan memang istimewa...

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Alhamdulillah, istimewanya seorang wanita kan. Tapi ada juga orang pempuan yang mengeluh sana sini sebab tak dapat bebas macam orang lelaki. Nak juga hak kesamarataan sedangkan Islam dah gariskan kedudukan yang istimewa buat seorang wanita (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, October 26, 2011

Beratnya tanggungan LELAKI

Bismillahhirrahmanirrahim.


Jadi seorang lelaki memang hebat. Kerana kehebatan itulah lelaki terpilih untuk memikul tanggungjawab yang berat. 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki yang sudah berkahwin lagilah besar tanggungjawabnya. Bukan hanya kena tanggung dosa sendiri, tapi dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh pun di bawah peranannya.

Seorang anak lelaki perlu bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, tapi kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Wooooww, beratkan... (",)

Sang suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. (Ingat tu.. ekekeke)

Banyak lagi lelaki terutama yang bergelar suami perlu tanggung. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Ngeeee~

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, October 24, 2011

Nasib baik mereka 'DARJAH SATU'

Pagi tadi adalah hari pertama peperiksaan semester akhir untuk murid-murid SKBPT. Seperti lazimnya, ada saja giliran saya untuk mengawas kelas Tahun 1 ni. Nak kawal kelas darjah 1 ni memang mencabar  sebenarnya. Time exam disuruh diam, memang diamm. Tapi kejap je, pastu riuh balik. Di arah duduk, lama kelamaan melompat-lompat juga budak-budak ni. hehe


Paling leceh bila kita dah bagi penerangan tentang kertas soalan tu. Berbuih mulut bagi explain panjang-panjang, murid-murid kecil ni  tetap juga nak datang sorang demi sorang bertanya balik. Ekekekeke. Takpe, dah ragam budak-budak macam tu. Layan saja la kan. (",)

So, sebelum masuk kelas tu, sempat juga lah saya buat mimik muka garang . Biar budak-budak ni segan sikit. Jadi takda la saya bingung nak nak senyapkan kelas time exam macam ni.(",)
 

"Okey semua murid, keluarkan hanya pensil dan pemadam di atas meja. Jangan pandang belakang kiri dan kanan lagi. Jangan bercakpppp. Tutup mulutttt..."

"bammmmmm"............. Spontan juga tangan saya menghentak meja guru. Saja je nak acah bagi gertak sikit murid tahun 1 ni. Tau takpe. Ngeeeee~

Namun sergahan saya langsung macam tak diendahkan oleh murid. Malah mereka semakin galak ketawa kecil. Agaknya muka saya ni tak cukup garang kot..


"weiii, Apasall pulak kamu ketawa-ketawa ni haaaaa??? Apa yang lucu sangat ni'..?


"Cikguuuu... cikgu punya zip seluar tu terbuka.... wahahahahahaha..." Spontan satu kelas ketawa...

"Oh iy ke? hehehe. "


Cesss. Kureng punya buda-budakk ni. Membelakangkan diri sambil membetulkan semula zip seluar yang tak kena. Maluuu... Macam mana lah boleh terlupaaaa... hahahaha kantoiii (",)

p/s: Naseb baik lah dorang masih murid tahun 1... ekeekeke (",)
Dialog pagi ini:
v
v
v

Saya: Ok Semuaa senyappp.... harap kamu jangan bagitau sapa-sapa pasal zip cikgu ni ya... awasssssss.. heeeee... ;p

Murid: Bolehhh, tapi dengan sarat cikgu jangan jahat sama kami ya. kalau tak pecah rahsia... ahaha


Heeeeee.....

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...