G2M Superfriends

Saturday, February 18, 2012

HUJAN PAGI dinihari

Masuk hari kedua bumi Tawau dilimpahi rahmat hujan yang turun sejak semalam. Syukur alhamdulillah. Semoga ianya memberi rahmat untuk semua di permulaan pagi nan indah.. Selamat Pagi Semua.



Selepas ketawa pasti menyusul tangisan
Selepas panas membara pasti menjelma hujan.
Sungguh indah kitaran kehidupan yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Friday, February 17, 2012

MEMORI JALAN KAKI ke sekolah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Maha Suci Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kehidupan ini umpama roda. Terkadang kita berada di atas, terkadang kita berada di bawah. Kerana roda itu sifatnya sentiasa berputar, berputar dan terus berputar. Begitulah hidup kita sebagai manusia. Sentiasa ada pasang surutnya.

Pagi ini bumi Tawau masih dibasahi dengan hujan semalaman. Saat ingin memulakan enjin kereta untuk menuju ke destinasi kerja, terpandang akan  saya beberapa kelibat murid-murid sekolah yang bergerak berjalan kaki ke sekolah menggunakan payung. Ada sesetengah yang ditemani oleh ibu yang sentiasa setia mendampingi.
....................................


Tiba-tiba fikiran saya menerawang jauh mengenangkan zaman saya sekolah Menengah Rendah dulu. Seperti juga mereka, dulu saya bergerak ke sekolah pun hanya menggunakan alternatif berjalan kaki. Kasian. Terpaksa tahan hati merempuh hujan dan panas sepanjang perjalanan demi untuk menuntut ilmu.

Bila namanya jiwa remaja akil baligh, mestilah dulu corak kehidupan saya masa tu penuh dengan keluh kesah. Bergerak dari rumah dengan pakaian yang bersih, sampai ke sekolah dengan keringat yang membasahi. Bila hujan turun, lumpur  pula ditempuhi sepanjang perjalanan. 

Mengeluh bila tibanya cuaca sebegini. Bawa jaket dan kasut yang dilitupi plastik agar tidak kotor dicalati lumpur. Malu, segan dan rendah diri semuanya menjadi satu bila tiba di pintu pagar sekolah. Terasa diri ini masa tu pelajar-pelajar perempuan pun tak hingin nak pandang.. wakakaka. Selekeh je samacam (",).

Bohonglah kalau saya tak cemburu melihat rakan-rakan yang datang ke sekolah dengan gaya 'Macho' dan 'Ayu' nya menaiki kenderaan mak bapak sendiri mahupun bas sekolah sewa. Pernah sekali saya menyalahkan mak ayah kerana tidak menyewakan bas sekolah untuk saya macam rakan-rakan yang lain. Hahaha lucuu ..

Apa leh buat. Mak ayah kurang berkemampuan nakkk. Nak buat macam mana. Hadapi saja semuanya  dengan senyuman... ekekeke.. Tima kasi pada mak dan arwah ayah kami atas segala asuhan, bimbingan dan didikan selama ini (",).

Kenangan yang penuh dengan tangisan, senyuman dan air mata kesedihan. Bersyukur dengan apa yang saya perolehi kini. Percayalah, percaturan hidup yang ditentukan oleh Allah s.w.t memang adil untuk hamba-hambanya yang tabah dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki hidup. (",)

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #16 | SUKAN


~ SUKAN ~


Kejohanan Sukan dan Balapan MSS Daerah Tawau. 
Pada 15-18 Februari 2012.
(Rabu - Sabtu)
Kompleks Sukan Tawau

~ Selamat Maju Jaya ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...