G2M Superfriends

Friday, March 4, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H/ 2011 Peringkat SKBPT



"1 Malaysia 1 Ummah" tema untuk sambutan Maulidur Rasul tahun 2011/ 1432H. Tanggal 4 Mac 2011 bersamaan 29 Rabiul Awal 1432H, Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Kelab Bahasa Arab SKBPT telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang sentiasa diraikan setiap tahun ini.

Sambutan kali ini berjalan seperti yang dirancang memandangkan dikhuatiri beberapa hari sebelum ini keadaan cuaca hujan yang turun tidak menentu. Alhamulillah berkat keagungan hari Jumaat, program keagamaan ini dapat dijayakan dengan meriah. 

Perarakan semua murid-murid dan guru-guru pengiring bermula seawal jam 7.30 pagi di mana semua hadirin akan berkumpul terlebih dahulu di masjid Nurul Hidayah, kg. Batu Payong, Tawau. Perjalanan perarakan kemudian bermula dengan berarak sambil melaungkan selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w menuju ke Dewan Serbaguna SK Batu Payong, Tawau.

Selain perarakan, berbagai-bagai acara dan persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid SKBPT kepada semua hadirin termasuk para ibu bapa yang hadir. Antara acara-acara yang dipersembahkan adalah seperti bacaan tadarus ayat-ayat suci al-Quran, persembahan nasyid pra-sekolah, persembahan bercerita, persembahan nasyid Shoutul nida', serta ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Roslan.

"1Malaysia 1Ummah". Semoga kita berjumpa lagi pada sambutan yang sama pada tahun hadapan. Insya Allah.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

4 comments:

whitecappuccino said...

Nampak meriah sambutan ni .

Ce'gu JAERA said...

whitecappuccino---> alhamdilillah.. memang meriah sangat2. syukur

Guru said...

wah... mesti best jalan ramai2 camtu, pakai baju 'raya'

Ce'gu JAERA said...

a kl citizen---> memang best.. macam suasana hari raya rasanya.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...