Mesti kita pernah dengar cerita ni kan. Sebuah kisah rakyat yang mempunyai kisah dan tauladan yang berguna. Dulu zaman saya sekolah cikgu-cikgu selalu bagi kitaorang dengar cerita rakyat ni. Kini saya pula akan teruskan kesinambungan cerita ni sebagai perangsang kepada muid-murid pemulihan saya agar sentiasa maju dan lebih yakin kepada diri sendiri.
Jom kita layan cerita ni..
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,... yang berlumba lari.
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan .
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
"Oh, jalannya terlalu sukar !!Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk sampai...Menaranya terlalu tinggi...!!
Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!"
Tapi ada SATU kata yang meneruskan pendakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!
Ketika katak-katak lain sudah berputus asa, seekor katak kecil terus berusaha keras untuk memanjat hingga ke puncak menara. Kata-kata sindiran daripada penonton langsung tidak dihiraukannya.
Akhirnya dia menjadi satu-satunya katak yang berjaya sampai ke kemuncak menara.
SEMUA katak yang lain kehairanan. Mereka tertanya-tanya bagaimana katak itu boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata...Katak yang menjadi pemenang itu
PEKAK!!!!
Gen2Merah: Moral dari cerita ini adalah:
Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Tetaplah selalu....POSITIVE!
Dan yang terpenting:
Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~



