G2M Superfriends

Sunday, March 27, 2011

Selamat berpindah cikgu Umrah @ Kancil 8349

Orangnya hitam manis, tapi hensem iras Amitabh Bachan. Suaranya tegas bak halilintar. Peritnya agak boroi sikit tapi sudah cukup untuk menggambarkan penampilannya. Ngeee~. Memakai kaca mata, pakaian formal yang begitu rapi dengan tali leher dan nametag tak pernah lekang daripada baju. Itu lah dia cikgu yang bernama Umrah bin Manimbora. Seorang cikgu yang baru sahaja posting di SK batu Payong Tawau 7 bulan lalu. Kehadirannya telah banyak mendatangkan iklim perubahan di sekolah ini. Perghhh...


Sunguhpun masih baru, namun cikgu ini antara cikgu yang paling glamer di kalangan murid-murid sekolah ini. Murid mana yang tak kenal dengan cikgu Umrah Manimbora. Sebut nama guru ini pun sudah cukup menggerunkan kepada pelajar-pelajar yang malas buat kerja rumah. Namun bagi murid-murid yang rajin, cikgu Umrah adalah cikgu yang mereka nanti-nantikan kehadirannya di dalam kelas. Kerana cikgu ini adalah seorang guru yang begitu komited dan tegas dengan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan kerja rumah yang diberikan kepada murid.

Selaku guru kaunseling di sekolah, sudah ramai agaknya murid-murid nakal yang  menangis dan insaf dek mendengar nasihat dan tegurannya di bilik kaunseling. Jampi seranah apa yang dia guna kami kurang pasti sebab rata-rata pelajar bermasalah di sekolah ini sudah pun berubah sekelip mata selepas mendapat sesi kaunseling daripada cikgu Umrah. Hahaha.. 

Memang aura cikgu ini sungguh luar biasa hebat. Sungguh berkesan di jiwa murid-muridnya. Kehadirannya di sekolah ini umpama Ultraman Taro yang diutuskan untuk menyelamatkan sekolah ini daripada hanyut dengan serangan-serangan raksaksa berbahaya.. hihihihi (",)

Bagi pihak guru-guru dan pentadir sekolah, cikgu Umrah adalah seorang cikgu yang disenangi dengan kemesraannya. Sebut saja barang apa yang mau diangkat, cikgu ini pasti akan ringan tulang untuk menolong. Lihat sajalah, betapa banyak jawatan yang disandangnya dalam pentadbiran sekolah. 

Beliau seorang cikgu yang tak pernah mengeluh walaupun banyak tugasan yang perlu dipikul. Tak pernah menolak walaupun banyak arahan untuk membawa murid-murid mengikuti aktiviti-aktiviti luar. Harapannya cikgu ini cuma satu----> untuk mengambil pengalaman sebanyak yang mungkin di sekolah ini dengan ikhlas. (",)

Bagaimanapun tanggal 24 Mac yang lalu, sebuah titik bersejarah dalam sekolah ini bakal tercatat bilamana cikgu harapan nusa dan bangsa di sekolah ini bakal meninggalkan sekolah ini. Disebabkan kecemerlangannya selama 7 bulan, cikgu Umrah telah diarahkan berpindah ke sekolah lain di SK St Patrick Tawau atas arahan Pejabat Pelajaran Dareah Tawau

Sepatutnya beliau kena melaporkan diri di sekolah tersebut pada 21hb Mac yang lalu lagi. Maknanya bermula sesi persekolahan esok, cikgu cemerlang ini sudah tidak berkhidmat di sekolah ini lagi. Pastinya kehilangan sebutir berlian yang bernilai buat seluruh warga sekolah SK batu Payong Tawau especiallnya buat murid-murid cikgu Umrah yang sudah banyak berubah kebelakangan ini. Betapa hebatnya pengaruh cikgu Umrah ini ya. 

Buat warga SK St patrick Tawau, ucapan tahniah kami ucapkan kerana sekolah anda bakal menerima kehadiran seorang cikgu yang cemerlang. Nantikan kehadirannya esok di pintu pagar sekolah. Sambutan bunga manggar dan  paluan kompang di pintu pagar sekolah anda amat diharap-harapkan. Ngeeeee~

p/s: Hehehehehe. OK ka ayat-ayat ku Ums? Jangan ko marah ya.. Hehehe. Sekadar gurauan untuk hiburan bersama. Selamat bertugas di tempat baru ok. Jangan lupa untuk singgah-singgah jenguk kembali kami di sini jika ada masa terluang. Wassalam.

Luahan cikgu Umrah tentang perpindahannya ke sekolah baru telah ditulis oleh beliau dalam blognya "Kancil 8439"------> [klik sini] "Facebook"-----> [klik sini]

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

13 comments:

Kancil 8349 said...

Terima kasih geng kerana menghargai kehadiran saya sepanjang di SKBP. Saya rasa sedih di atas perpindahan ini. Semoga persahabatan kita tidak putus walaupun berlainan sekolah.

Prince Halilintar said...

Selamat menjalankan tugas di tempat baru bagi cikgu Umrah..

Kancil 8349 said...

terima kasih Prince Halilintar

Ce'gu JAERA said...

Ums Niza---> selamat bertugas di tempat baru ya..

Ce'gu JAERA said...

Prince Halilintar---> sama2 la kita mendoakan kesejahteraan cikgu ini..

Anonymous said...

Akhirnya terjawab sudah..hehe

Reena Sidek said...

terjah sini nak tengok rupa kancil.... hehehehe...

maszull said...

assalamualaikum cikgu dil...wah begitu bersemangatnya cikgu kancil kita ni kan....

cikgu kaunseling mesti selalu bersedia...

moga semangat itu akan terus di bawa ke sekolah yg baru yer...selamat berpindah cikgu Kancil...:)

baguznet said...

Tahniah cikgu! Semoga terus berjaya di sekolah yang baru

Nafisya Ismail said...

mcm amitah batchn.. pastu boroi cket ek? hehe

3no gr33ny said...

agak jht jgk penerangan awal tentang sahabat kancil..huhu..senyum jela cikgu kancil yer

Yumida said...

unik nama tu

Jahirah said...

terjawab sudah segala persoalan....lengkap bergambar....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...