Pagi yang ceria di SK Batu Payong Tawau. Seceria murid-murid sekolah ini yang datang dengan semangat yang senyuman yang meleret-leret. Maklumlah, dulu darjah 2, sekarang dah naik darjah 3. Macam tu lah seterusnya. Paling bangga budak tahun 6 sekarang lah. Dah jadi senior lah katakan. Apa pun semoga badge tahun 6 kali ini akan menjadi harapan kepada peningkatan UPSR berbanding tahun lalu. Insya Allah.
Paling best tengok gelagat pelajar tahun 1 yang baru menjejakkan kaki ke sekolah ini. Seronok sangat-sangat. Tak macam sekolah-sekolah lain, pelajar tahun 1 sekolah ini sudah biasa menyesuaikan diri dengan suasana sekolah ini. Rata-rata pelajar tahun 1 kali ini datangnya daripada murid pra-sekolah ini juga. Jadi takdalah rasa takut atau meraung menangis nak pulang kan. Dah biasa dengan kawan-kawan. Dengan guru-guru pun murid-murid ini tak rasa segan. Hehehe..
Apa pun "Program Transisi" untuk murid tahun 1 bakal dijalankan mulai hari ini sehingga 21 Januari nanti. Sebuah program suaikenal bagi membimbing murid-murid tahun 1 ini untuk membiasakan diri dengan persekitaran sekolah dan tingkahlaku yang perlu dipatuhi.
Hmmmm, Hari ini cuaca kat sekolah panas sangat. Sehinggalah waktu-waktu nak pulang, tiba-tiba plak angin kuat then hujan turun membasahi alam. Alhamdulillah, rahmat di hari pertama persekolahan.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
5 comments:
mmg macam2 ragam budak2 masuk sekolah ni..sonok je tgk...
Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.
- Daniel
yelah..mcm2 kerenah.. naseb baek dah x skolah hihi
skrg ni kt mana2 pun ujan..
Bila diingatkan kembali, malu pula memakai tag nama sebegitu rupa.
Post a Comment