G2M Superfriends

Thursday, January 6, 2011

Program Transisi Tahun 1 SKBPT


Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama. 

Objektif

1. Membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dengan guru-guru dalam masa yang singkat.
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid-murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio-ekonomi.
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekolah baru.
4. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid.
5. Memupuk semangat kerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat kolaboratif.

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. 

Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah. 

 ~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

2 comments:

Anonymous said...

Gudluck yer cikgu... hehehhe! :)

Ce'gu JAERA said...

Zara Hannan----> sama2. Thanx atas ucapan semangat itu ya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...