G2M Superfriends

Friday, July 29, 2011

BAHASA PERTUTURAN orang tempatan

Suatu hal perlu dipelajari oleh guru-guru yang posting jauh dari tempat asal mereka adalah bahasa pasar @ bahasa pertuturan harian orang tempatan. Bahasa ini penting sebagai tambahan bagi tujuan komunikasi dengan masyarakat setempat.

Suatu pagi di hadapan perkarangan sekolah:-


Murid - Cikguu, tadi saya nampak si Haikal menabak pensil si Siti..

Saya - Menabak? apa maksud tu man? 

Murid - Menabak tu menabla la cikgu..

Saya - aaa?? menabla?? menabla tu apa plak??

Murid - eeeeee, cikgu ni kannn.. menabla tu kan mencuri..

Saya - Ooo, iya ka? ehehehehe :P 

*sebenarnya saya faham, saja nak uji murid untuk mejelaskan sendiri. Saya juga membesar dengan dialek bahasa pasar seperti itu sejak dari kecil lagi. 

So, words of the day.... 
(Bahasa pasar orang Tawau)

Menabla @ menabak @ mengetok= -----> bermaksud panjang tangan atau mencuri

Selamat belajar. Ngeee~


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Majlis Persaraan Ustazah Faridah Yaakob


Majlis persaraan Ustazah Faridah Yaacob 
_______________________

Cuaca redup mengiringi suasana kesedihan yang berlangsung di Dewan Serbaguna SK Batu Payong Tawau pagi ini. Daripada sekecil-kecil murid pra sekolah hinggalah ke murid tahun 6, mereka berkumpul bersama-sama guru-guru dan warga sekolah bagi meraikan majlis persaraan seorang guru yang amat berdedikasi di sekolah ini.
Ustazah Faridah Yaacob, seorang guru yang penyayang yang amat disenangi oleh semua orang terutama murid-muridnya. Berkhidmat selama 32 tahun dalam dunia pendidikan, dan mencurahkan bakti selama 14 tahun bermula pada tahun 1997 di SK Batu Payong Tawau. 

Kini tibalah masa yang dinantikan, inilah ucapan terakhir dan bayangan kerinduan daripada seorang cikgu yang bakal dikenangi jasanya sepanjang hayat.
 
Sesungguhnya ustazah Faridah merupakan ikon guru yang perlu dicontohi oleh semua guru terutama saya yang masih merangkak dalam bidang perguruan ini. Dengan semangat jitu dan lembut kata tuturnya, ustazah Faridah telah meninggalkan kenangan yang paling manis di hari pengakhiran khidmat beliau dalam dunia pendidikan.

Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan Ustazah Faridah sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah yang bisa mengguriskan hati dan perasaan.
  
Dengan iringan doa semoga segala jasa akan mendapat balasan Allah swt dan dikayakan dengan ilmu, kesihatan, keimanan, panjang umur, rezeki, kasih sayang dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Amin

   
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi 



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #

Mereka generasi masa hadapan...
____________________________

 ~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, July 24, 2011

Kami tak suka dia jadi KETUA kami

"Cikgu, bolehkah si Awang tak payah ikut kumpulan kami? Bikin geram lah dia ni.."

Awang, secara tidak malunya telah melantik dirinya sendiri sebagai ketua dalam kumpulannya. Namun, sikap dan arahannya langsung tidak digemari oleh rakan-rakan kumpulan. Suka marah-marah, merendah2kan semangat kawan yang lain, mencari kesalahan kecil dan suka buat keputusan sendiri. Akhirnya dia sendiri dibenci oleh rakan-rakan ahlinya yang lain.

Peserta mana yang tidak kecewa bila kalah. Lebih-lebih lagi kekalahan itu angkara rakan ahli dalam kumpulan itu sendri. Itu yang dapat saya rasakan bila selami perasaan murid-murid yang mengikuti permainan "explorace Sciense" yang juga mirip kepada permainan "mencari harta karun". 

Permainan yang sepatutnya bertunjangkan "semangat berkumpulan" ini langsung tidak diserapkan oleh sebahagian kumpulan yang terlibat. Ada ahli kumpulan tak bagi kerjasama, tiada perbincangan, membuat keputusan melulu, emosi yang keterlaluan dan berpecah belah dalam mencari jawapan. Akhirnya tanpa adanya persepakatan, mereka tumpas kepada kumpulan lain yang jauh lebih bekerjasama.

Apa pun, kalah menang adat permainan. Yang penting murid-murid mendapat sebuah pengajaran yang amat berguna untuk sentiasa diingati iaitu pentingnya amalan "Bersatu Kita teguh, Bercerai Kita Roboh".


Permainan "Explorace Sains" adalah salah satu aktiviti yang dirancang sempena menjayakan Kem Motivasi UPSR 2011 untuk tahun 6 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dan berakhir pada pagi tadi. 

All the best buat semua pelajar-pelajar tahun 6 SK Batu Payong 2011. Semoga pencapaian UPSR tahun ini akan lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, July 22, 2011

Tolonglah berhenti bergaduh


Lain guru lain pendekatannya. Lain pendekatan, lain kaedahnya. Pendek kata, setiap orang guru harus bertanggungjawab dalam menangani isu disiplin yang sering ditimbulkan oleh pelajar di sekolah sebelum menyerahkan kes seumpama itu kepada guru disiplin atau pihak pentadbir sekolah untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Pelan Disiplin Model Canters- Respon guru terhadap tingkahlaku murid di bahagi kepada 3 jenis iaitu Guru Tidak Tegas, Guru Tidak Mesra, dan Guru Tegas.

Cuba perhatikan situasi seseorang guru terhadap kes di bawah ini.

Dua orang murid sedang bertumbuk di dalam kelas:-

Guru tidak Tegas- "Tolonglah berhenti bergaduh".

Guru Tidak Mesra- "Woi bahalol... Kamu berdua ni selalu jadi macam anjing dengan kucing. Kamu ingat sekolah ni boleh buat perangai macam Orang Utan ka".

Guru Tegas- "Sekolah bukan tempat untuk kamu bergaduh., Sekarang kamu dua duduk betenang, kita akan bincang kesan akibat tindakan kamu tadi."

Guru yang TIDAK TEGAS biasanya berasa bersalah utnuk memberikan arahan atau meminta pelajar melakukan sesuatu. Oleh yang demikian, guru dalam kategori ini gagal mencapai piawai tingkah laku pelajar diinginya.

Guru yang menggunakan gaya TIDAK MESRA pula biasanya adalah guru yang garang atau panas baran. Guru ini kerap menggunakan kaedah penedekatan yang keras seperti meninggikan suara, mengancam, mengutuk, menyondir, merendahkan pelajar dan sebagainya.

Guru YANG TEGAS sentiasa memberitahu dengan jelas harapan dan jangkaan yang diharapkan daripada pelajar dan kadang-kadang kepada ibu bapa. Guru kategori ini membimbing pelajar secara lembut dan penyayang tetapi tegas supaya bertingkahlaku seperti yang diharapkan.

Dalam hal ini, guru-guru yang menggunakan pendekatan tidak tegas dan tidak mesra dianggap melanggar hak pelajar. Semua pelajar ada had, dan guru mempunyai hak untuk menetapkan had atau batasan itu untuk mereka dengan cara suasana yang lebih harmoni dan berkesan.

Guru hendaklah sedar bahawa tidak ada mana-mana pelajar yang sepatutnya dibiarkan berkelakuan yang membahayakan dirinya sendiri, atau mengancam keselamatan rakan-rakan atau gurunya.
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, July 14, 2011

Kisah si Guru Pemulihan

KISAH SI GURU PEMULIHAN
____________________________________________________________


Al-kisah, tersebutlah sebuah cerita,
Di sebuah daerah entah apa namanya,
Hiduplah Seorang insan bergelar cikgu,
Atan adalah nama diberi. 
Merupakan seorang cikgu pemulihan yang baru sahaja bertugas (",). 

Ada pun dia mohon jadi cikgu bukan lah atas minat dan kerelaaan, tapi kerana terpaksa sebab susah sangat nak dapatkan pekerjaan lain. Ngeee~.

"Takpalah, jadi cikgu pun best ape. gaji besar, kerja setengah hari, profesion dihormati plak tu. wuiyooo, mesti ramai orag luar sana yang berminat nak jodohkan aku dengan anak-anak dorang, hehee". Bisik hati kecilnya dengan penuh kegirangan.

Begitulah sandiwara seorang insan yang bernama cikgu Atan ini.. Punyalah banyak insan lain di luar sana yang berjiwa pendidik memohon cikgu tapi tak dapat-dapat. Orang seperti cikgu Atan ni plak yang terpilih. Alahai alangkah tertipunya penemuduga-penemuduga dengan lakonan si Atan ini. Huhuhu

Hari berganti bulan, bulan berganti bintang. Genaplah pengajian cikgu Atan berkurusus di Institut Perguruan. Berkat didikan dan asuhan daripada pensyarah-pensyarahnya, sikap cikgu Atan masih juga tidak berubah-rubah. Masih dengan angkuh berfoya-foyanya menjadikan 'tiket cikgu' ini sebagai loncatan untuknya hidup senang lenang..

"Tak sabar rasanya aku nak dapat gaji besar ini. Hehehehe ". Begitulah luahan hati Atan selepas menamatkan pengajian. Tak terlintas langsung di hatinya untuk berjiwa pendidik mengajar dengan bersungguh-sungguh.

"Alaaa aku jadi cikgu pun setakat mengajar kelas pemulihan je pun. Ajar abc  dan 123 je hehehehe. Kacanggg. Watpa nak risau. Bukan susah sangat pun nak mengajar budak-budak membaca menulis dan mengira ni. ehehehe".
Orang cakap belum cuba belum tahu. Tapi si Atan ni belum start mengajar pun dan mula riakkan diri. 

Kini Atan sudah bergelar cikgu di sebuah sekolah tempat dia di'posting'kan. Selesai melapor diri di sekolah tempat bertugas, tiba masa yang dinanti-nantikan, Cikgu Atan akhirnya berdiri di hadapan murid-murid pemulihannya buat pertama kali nya. 

Tak sabar rasanya nak mengajar budak-budak membaca dan menulis ni. Diperhatikan murid-murid pemulihannya sorang demi sorang. Bermacam-macam karenah dan gelagat. Pakaian selekeh, ada yang risau, merendah diri, menggigit kuku, lemah tubuh badan, ada yang degil dan nakal, muka bengis dan menakutkan pun ada.

Anak muridnya tidaklah cerdas-cerdas belaka, tetapi semua rajin-rajin hendaknya. Apa taknya. Bersemangat nak nak berjumpa dengan cikgu baru. Belum pun tiba waktu mengajar, semua dah tercegat depan pintu tanpa kesabaran.

"Okey kelas, cuba nyanyi lagi 'a b c'... lalalalalalaaaaaaaaaa...."

Selepas diajar itu ini begitu begini, 
Semuanya masih ternganga tidak faham sana-sini. 
Diterangkan semula itu ini berkali-kali, 
Tapi tetap jua menyakitkan hati.

Dibuatnya faham, tapi murid hilang tumpuan. Di buatnya lagi bermacam-macam tapi murid-murid lemah pengamatan, kurang yakin pada diri sendiri, keliru dengan konsep dan berbagai-bagai lagi karenah kanak-kanak pemulihan yang cikgu Atan tidak pernah sedar selama ini. Adoiii.. (",)

Malam itu atan tidak tidur lena. Pening dan tekanan dia bila mengenang sikap murid-muridnya siang nya tadi. Sungguh menghantui mimpi ngerinya malam itu. 
"Dah lah tak pandai paham-paham, nakal-nakal plak tu. Eii, kalau anak aku dah lama aku sekeh kepala dorg satu2 persatu.. ngeee sabararrrr.."

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, murid pemulihan yang diajar masih juga tak faham-faham apa yang di ajar. Makin lama makin tekanan jadinya. Dah lah bingung dengan tugas dan beban jawatan lain, kelas pemulihannya sendiri pun masih tidak terurus. Cikgu Atan semakin hilang arah.

"Nyesalnya aku tak belajar bersugguh-sungguh masa di maktab dulu. Padan muka aku sekarang. Macam mana lah aku nak pahamkan budak-budak  ni ya? Dah lah Guru Besar asyik-asyik tanya aku perkembangan budak2 ni. Minggu depan plak ada pemantauan daripada Nazir. Macam mana aku nak jelaskan nanti yaa... alahaii.....".

Jauh cikgu Atan termenung di penjuru kelas nya. Sakit kepala bila memikirkan persoalan yang sukar untuk dijawab. Segala impian dan angan-angannya kian menjauhi. Hanya satu persoalan yang bermain di minda cikgu Atan.

"Hmmmm.. baru aku tahu macam begini rupanya jadi seorang cikgu ya. Tidak seindah seperti yang diharapkan." 

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, July 13, 2011

Kenapa nak upah orang lain siapkan assigment?


Mereka yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi tidak pernah terpisah dengan assignment @ tugasan. Tak siapkan benda tu, alamat gagal lah namanya.  Terpaksa repeat paper. Takpun kena buang pengajian. Penting wooo assignment ni. Markah tinggi..

Kebelakangan ini banyak kita perhatikan mereka yang sambung belajar tapi assignment yang diamanahkan terpaksa upah orang lain yang buat. Selalunya mereka yang sambung belajar secara PJJ la. Bekerja sambil belajar, mana ada masa nak buat semua benda tu kan. Apatah lagi yang dah berfamili

Manakala mereka yang kena upah tu pula selalunya di kalangan mereka yang berijazah terutama pelajar-pelajar lepasan IPT. Maklumlah mereka kan dah biasa dan mahir dengan buat tugasan-tugasan macam tu.

Bayaran upah untuk sebuah assignmnet yang disiapkan selalunya hasil  rundingan antara kedua pihak.  Lazimnya sekitar RM50-Rm100 untuk sebuah assignment. Kadang-kadang si pembuat dan pengambil upah tu pun tak kisah berapa bayaran pun dikenakan. Paling best ada juga yang tolong buat secara ikhlas. Nak bantu sanak saudara dan keluaraga lah kot.. hehehe

Persoalannya sekarang, apa hukumnya nya ye? Mengupah orang lain tolong buatkan assignment @ tugasan tu?

Sambung belajar ke peringkat tinggi, tapi macam tak belajar. Kerja dan tugasan orang yang lain yang tolong buatkan. Tak payah pening kepala, cari upah orang lain ja. Last-last akhir pengajian konvokesyen dapat segulung ijazah. Pangkat pun naik, gaji pun melintang mendongak. Halal ke gaji yang dia terima tu tapi bukan hasil usaha sendiri? Yang menolong dan menerima upah tu plak halal ke upah yang dia terima tu kerana bersubahat?

Aku tulis entri ni sebenarnya kena juga kat batang idung aku sendiri. Sebab aku sendiri pun pernah buat macam tu sebelum ni. Hihihi.. Cari duit sampingan dengan tolong buatkan assignment orang. Nak tanya hukum, kawan-kawan aku yang bergelar ustaz pun 2X5 jugak. Pernah  gak buat macam tu.. Ekekekeke..

Ok lah, untuk gambaran, cuba tengok kes-kes yang seumpama di bawah ini;

KAJIAN KES 1
Saya ada duit, tapi saya macam malaslah nak berniaga. Lalu saya pun upah orang untuk menjalankan perniagaan dengan duit saya. Alhamdulillah, perniagaan saya pun untung hasil usaha orang yang saya upah itu.

- So amacam? Nampak kisah di atas macam okey ja kan. Konsep 'bantu membantu'. 
Cuba baca kes yang di bawah ini pula.

KAJIAN KES 2 
Pensyarah minta kami siapkan sebuah kerja projek. Tapi saya macam malas nak buat. Lagipun saya tak tahu. Tapi kalau tak hantar habislah saya digagalkan. Baik saya upah orang lain.

- Cuba fikirkan. Kes di atas ni nampak macam nak 'menipu' plak kan. Kerana takut digagalkan, upah orang untuk siapkan. Macam kes murid menipu dalam kelas la..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Okey oke senang cerita macam ni lah. Apa yang saya dapat simpulkan hasil pemerhatian dan penyelidikan (Cewahh) kalu setakat beri upah orang menaip tu ok je. Takda masalah sebenarnya. Kita sediakan semua bahan-bahan, nah upah orang ja tolong taip. Tolong taip kan je sebab kita takda masa untuk semua tu..

Tapi kalau buat segala-galanya dari A ke Z tu yang sebenarnya boleh dikatakan penipu. Iya M.E.N.I.P.U  @ menipu. Bagi soalan je, pastu pandai-pandailah orang yang kena upah tu cari bahan, buat lah yang terbaik. Asal siap.

Minta maaf lah kalau ada tersindir. Assignment itu adalah amanah. Kita kena jujur pada diri sendiri kerana ianya melibatkan periuk nasi kita kelak. Orang yang menyuruh itu penipu, orang yang menolong itu pun menipu sebab bersubahat. (nasihat ini untuk diri aku juga. ekeke)
 
Macam kes dalam kelas la. Kita cikgu-cikgu pun mesti marah kan kalau murid-murid kita didapati tak jujur sebab kerja sekolahnya kawan dia yang tolong buatkan. Sampai bila dia nak pandai kalau tak buat sendiri.

Macamana nak maju kalau kerja yang ditugaskan itu diupah orang lain yang buat. Memang tak salah, tapi tak jujur menghantar kerja yang bukan hasil kerja sendiri untuk markah sendiri. Andai kata bantu membantu, itu tidaklah mengapa. Kerana sama-sama berusaha. Seorang membimbing, seorang mengerjakannya. Tapi bukan menyerah bulat-bulat tanpa ada usaha.

Mohon maaf lah jika ada sesiapa yang tersindir dengan entri ini. Ini cuma luahan pendapat aku je. Kalau nak lebih kepastian pi la tanya ustaz ustazah sekalian. Kalau ada yang nak respon tak puas hati dipersilakan. Masing-masing ada hak berkongsi pendapat.

Jangan jadikan tabiat ini suatu trend, dan jangan salahkan majikan jika mempunyai pekerja yang berpelajaran tinggi tapi langsung tiada kualiti!

Fikir-fikirkan lah ye.. Daaaaa....

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, July 11, 2011

Sentiasa berprasangka baik


Petang tadi selepas Asar di sebuah surau yang agak terpencil di pinggiran bandar. Para jemaah sorang demi sorang melangkah keluar meneruskan kehidupan keduniaan di luar sana. Di penjuru tangga, aku ambil peluang untuk beristirehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ku untuk pulang ke rumah kelak. Penat sangat hari ini. Nak bersantai setengah jam dulu.. ngee~

Broom brooooomm.. Kedengaran sebuah motor menyusup masuk ke perkarangan surau. Si penunggang turun  lalu dalam keadaan tergesa-gesa menyapa saya. 


"Salam bro, tandas surau ni di sebelah mana ya?". Tegurnya.

"Ooo tandas ada sebelah belakang. Blok kiri bersebelahan tempat mengambil air wudhu". Balasku sambil tangan kanan menunjukkan arah untuk tujuannya.

"Ok tengkiw bro'".

Si mat motor terus berlari-lari anak menuju ke arah tandas yang aku tunjukkan tadi. Tak tertahan lah agaknya tu. Mata ku asyik melirik memerhatikan gelagat mamat tu. Tandas pun tak tahu. Nampak sangat tak pernah datang surau ni. Lucu plak.. ahakzz.. (",)

Lima minit kemudian dia muncul dengan muka kelegaan sambil kedua tangannya masih membetulkan seluarnya yang agak kelonggaran. Tanpa  respon sepatah kata, si lelaki hanya sempat meleparkan senyuman. Motor dihidupkan semula kemudian berlalu pergi................ (-_-)

Aku terpaku diam seribu bahasa. Daun kering berguguran, habuk beterbangan...

(Dalam hati)
 Hek elleeh, datang surau sekadar nak tumpang tandas ja ka? Kan bagus kalau tunaikan kewajipan solat Asar sekali..

(Dalam fikiran)  
Ooh, agaknya dia dah tunaikan solat Asar tempat lain kot. Mudah-mudahan laa kan.. Ngeee~

Moral: Sentiasa berprasangka baik dengan semua orang. Be positive thinking ye...



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, July 8, 2011

Liku-liku Perjalanan ke sekolah

Liku-liku perjalanan ke sekolah
8 Julai 2011



5.45 a.m

Diri ini kaku seketika. Perasaan sukar digambarkan bila menyaksikan fenomena alam pagi ini. Sepatutnya saat-saat selepas Subuh begini langit masih bergelap. Namun apa yang berlaku di hadapan mata, langit bertukar kemerah-merahan. Maha Suci Allah. Tuhan Pencipta Alam Semesta.


"Jalan lah cepat ke sekolah. Kejap lagi nak hujan lebat tu". Suara mak menyahut dari belakang bila diri masih berdiri di hadapan pagar rumah.

Thursday, July 7, 2011

"Adora Svitak". Kanak-kanak kecil yang genius..

Jadikan amalan membaca sebagai hobi yang paling menarik. Kisah kanak-kanak ini mungkin menjadi panduan buat semua ibu bapa agar menerapkan tabiat suka membaca sejak dari kecil kepada anak-anak mereka.

Saya suka baca blog kanak-kanak 7 tahun ini. Di saat kanak-kanak lain leka dengan dunia bermain dan khayalan mereka, si kecil Adora pula ada hobi tersendiri yang tidak sama dengan kanak-kana seusianya. Dalam usia 7 tahun dia telah berjaya menempah nama sebagai penulis buku yang amat dikagumi kebolehannya.


Biodata Adora Svitak:
Tarikh Lahir: October 15th, 1997
Karya Buku: Flying Fingers, Dancing Fingers (co-authored with Adrianna Svitak)
Sekolah: Washington Virtual Academy (Online Public School)
Bandar: Redmond, Washington State
Tempat lahir: Springfield, Oregon
Boleh Membaca pada usia: 3 Tahun.

"Membaca dan menulis adalah kehidupan saya. Kebanyakan kanak-kanak tidak berminat dengan pembacaan dan penulisan. Sebenarnya ia sangat mengecewakan saya" Jelas Adora. Dia berharap agar kejayaannya ini bakal menjadi inspirasi kepada kanak-kanak lain agar berminat dengan tabiat membaca dan menulis.


Gen2Merah----> Saya suka baca blog kanak-kanak pintar ini. Sudah semestinya idola kecil ini akan menjadi inspirasi dan semangat kepada saya untuk terus berkecimpung dalam dunia bacaan dan penulisan.

Jom terjah blog kanak-kanak ini... Klik Link di bawah.. zassss.....



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, July 5, 2011

Saya belajar sesuatu hari ini

 "Cuba kamu perhatikan, apa yang tak kena pada lukisan Bunga Raya ini?". Tegur seorang rakan guru kepada kami semasa program 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sabtu lalu...


Fikir punya pikiaq, bermacam-macam tekaan yang aku buat.. semuanya SALAH...

Haaaa. Jawapannya-------> Nak tahu kesilapan gambar tu sebenarnya pada kelopak bunga tu. Kelopak bunga raya seharusnya ada LIMA kesemuanya. Bukan EMPAT ye.... wink (",).

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Haaaaaaaaaa... iye ke? Laaaaaahaulawala.. Sumpah dari dulu sampai ke tahap ini saya tak pernah perasan pun Bunga Raya ni ada 5 kelopak kesemuanya. Ingatkan ada 3 atau 4 je.. hahahah.. Lucunya..

Saya masih ingat dulu masa zaman sekolah Rendah. Waktu tu tema Hari Kebangsaan. Saya pun lukis la Bunga Raya main hantam je.. Takda plak cikgu lukisan masa tu tegur napa Bunga Raya yang saya lukis ada 4 kelopak je.. Siap kena right A plus lagi yeww.. hehe.  

Then lepas tu saya tak pernah terniat pun nak siasat tentang bunga kebangsaan kita ni.. (nampak sangat takda semangat Nasioanal.. hahahaha... :P)

Sehingga lah ke tua bangka dan menjawat jawatan cikgu ni, baru lah saya tahu bahawasanya Bunga Raya bunga kebangsaan kita ada 5 kelopak kesemuanya. Bukan 3 atau 4 kelopak, tapi ada 5 kesemuanya tau.. 

Itu pun tahu secara kebetulan.. hahaha. terima kasilah buat cikgu sekolah aku yang buka topik ni.. Akhirnya saya belajar sesuatu yang baru pada hari tu.. (",)

p/s----> nasib baik murid-murid saya tak pernah bertanya pasal bunga kebangsaan kita ni. Alamat adalah tersalah info... Hehehehe. Sorry...


Bentuk LIMA kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Ingat ye murid-murid.. YANG SEBENARNYA BUNGA RAYA ADA 5 KELOPAK KESEMUANYA...Ngeeeeee~ ..

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Friday, July 1, 2011

Sedih, kecewa dan Gembira

Pagi ini-----> Di sebuah tempat yang sama tapi dalam dua nada yang berbeza.. 

Di satu pihak...
"Alhamdulillah cikgu.. syukurlah anak saya dapat keputusan cemerlang macam ni.. Terima kasih ya cikgu sebab sudi mengajar dan membimbing anak saya.."

Di satu pihak lagi:- ......
"Ya Allah... nah, cuba ko tengok keputusan ko ni. Dapat nombor "uncit".. tu lah pemalas betul. Tau bermain ja. Memang anak saya macam ni cikgu. Kalau di rumah bukan mau belajar.. mau bermain saja setiap hari..".

Pagi ini merupakan Hari Bertemu Pelanggan antara pihak guru dengan ibu bapa penjaga murid. Bermacam-macam gelagat dan karenah ibu bapa ketika mengambil kad laporan peperiksaan anak masing-masing. Suka dan duka, Sedih dan gembira melihat keputusan anak-anak mereka pada hari ini.


Yang pastinya tiada suara sumbang kedengaran daripada pihak ibu bapa yang ingin menyalahkan guru 100% atas keputusan anak mereka yang kurang menyenangkan.  Masing-masing faham di mana kelemahan dan di mana kesilapan yang perlu diperbetulkan. 

Jika kedua-dua pihak guru dan ibu bapa saling menggembleng tenaga, Insya Allah akan lahirlah insan yang cemerlang dari segi Jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.

Semoga murid-murid bakal mendapat keputusan yang lebih cemerlang untuk masa hadapan.

Gen2Merah:---->  Esok turun sekolah nak berlari plak weh.. Ohh 1 Malaysia ku....

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...