Hari ini hari Sabtu. Rupanya hari ini ada sesuatu yang saya tak tahu menahu pada hari ini di sebuah Supermarket. Hmmm...
"Abang ada bawa beg membeli belah sendiri tak?"
"Bawa beg? Untuk apa?"
"Abang tak tahu ke? Hari ini hari Sabtu. Setiap pengunjung yang datang ke pasaraya hari ini kena bawa beg sendiri untuk menyimpan barang-barang yang dibeli ni. Mana-mana supermarket pun buat macam tu bang."
" HARI TANPA BEG PLASTIK. SELAMATKAN BUMI KITA".
"Ooo ya ek? baru plak saya tahu ni. Jadi macam mana saya nak angkut barang-barang yang saya beli ni? Takkan nak angkut pakai tangan kosong je?"
"Takpalah bang, kami akan berikan abang kompek (beg plastik). Tapi kena cas 20 sen la. Hehe"
Baru plak saya tahu rupa-rupanya pada setiap hari Sabtu, pasaraya-pasaraya sedang giat menjalankan kempen "Selamat kan bumi" dengan slogan "Hari Tanpa Beg Plastik. Kempen ini rupanya sudah dijalankan pada 1 Januari lalu lagi. kesian, ketinggalan zaman betul aku ni aaa.. Ngeee~. Bukan pa, orang bujang macam saya memang jarang nak pegi supermarket membeli belah. Hehehe..
Beg Plastik umpama toksid di muka bumi, susah untuk dilupuskan dan dibersihkan . Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.
Tadi saya sempat searching di google mengenai kempen yang dijalankan ini. Rupanya tidak semua kempen yang murni ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Salah satu isu yang masih belum terungkai, Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.
Namun, kempen ini tidak langsung dijalankan oleh kedai-kedai runcit, pasar-pasar tani dan sebagainya. Apa yang ingin saya maksudkan di sini ialah perlaksanaan masih tidak menyeluruh dan penguatkuasaannya masih lemah.
Bagaimanapun langkah mengharamkan pengguanan beg plastik adalah satu langkah awal sebelum ianya dijalankan secara menyeluruh.
Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik. Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~