G2M Superfriends

Monday, June 27, 2011

Terseliuh dan tergeliat ~

Bagi anda yang sukakan gaya kehidupan aktif dan lasak; mengalami bengkak, salah urat dan terseliuh ni adalah lumrah, kan? Kesakitan yang dirasai selalunya tertumpu pada bahagian tangan ataupun kaki...

Antara tangan dan kaki, aku paling risau jika keederaan itu berlaku di bahagian kaki. Kaki adalah antara anggota badan yang paling penting. Tanpanya sukar kita nak bergerak ke sana sini. Nak harap orang lain tolak pakai kerusi roda?  Hehehehe..

Amalkanlah prinsip "hidup tidak susah orang".  Tapi benda kalau dah nak jadi, nak buat macam mana kan. Redha ja lah atas apa yang berlaku. Ada hikmah di atas apa yang terjadi. Kita hanya merancang. Allah yang menentukan.

Dulu saya pernah saksikan seorang rakan kakinya terpaksa kena potong gara-gara kencing manis. Saya juga pernah lihat seorang rakan tidak dapat turun kerja kerana terkena "Gout'. Uii, macam-macam lagi la.Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Amalkan gaya hidup yang sihat ek..
.............................

Semalam di saat terlalu teruja nak bermain badminton, pergelangan kaki aku tiba-tiba terseliuh @ tergeliat kerana tersilap 'landing' ketika melompat. huhuhu. Sabar saja la. 

Lucunya pagi ini aku tak dapat hadir ke sekolah lagi sebab tak boleh nak driving. Gear manual weh. Dah cuba tapi terpaksa patah balik jugak. Nak pijak clutch tu yang tak tahan. Sakit bangat.

Lastly sms my Boss, ---> tak dapat hadir lagi.. Ewww.. Semalam pun tak dapat tido nyenyak coz tak dapat menahannya.. Sakit sangat.



Rawatan Kecemasan

Apabila pesakit terseliuh @ tergeliat, pergerakan hendaklah dikurangkan, terutama bahagian yang tercedera. Untuk mengurangkan kesakit-an, lakukan kompres sejuk pada tempat yang tercedera. Di samping itu, tinggikan  bahagian  yang tercedera. Kemudian ambil pembalut  yang  sesuai dan balut dengan kemas untuk menutupi kawasan yang cedera. Pastikan juga balutan tersebut tidak menghentikan peredaran darah.  


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, June 23, 2011

Terima Kasih buat semua kawan-kawan

"Terima Kasih" satu lafaz yang mudah untuk diungkapkan. Ucaplah terima kasih kepada Allah kerana dengan izin Nya kita masih hidup hari ini dengan penuh kesempurnaan. Ucaplah terima kasih kepada ibu bapa kerana mereka kita jadi manusia pada hari ini. Ucaplah terima kasih kepada sesiapa sahaja kerana ianya melambangkan jati diri yang murni untk mengeratkan silaturrahim sesama insan.

Kesempatan ini aku jua ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan Guru Pemulihan Zon Bandar Selatan atas kesudian menghadirkan diri bagi menjayakan program "Kasih Disemai Budi DiTabur" yang berkakhir pada hari ini untuk bulan ini. Terima kasih buat mentor kami cikgu Junnaini dari SK Holy Trinity kerana dengan baik hatinya sudi untuk memberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan beberapa BBM yang menarik sebagai rujukan dan kenangan untuk dibawa pulang ke sekolah masing-masing esok.

Terima kasih dirakamkan kepada Unit Pendidikan Khas daerah Tawau kerana menganjurkan program seumpama in kerana ianya telah menyatukan kami di bawah satu jawatan yang sama sebagai guru pemulihan untuk bantu membantu antara satu sama lain. Di mana ada kekurangan di situ ada bantuan. Di mana ada kelebihan di sana kita kongsi-kongsikan bersama. cewaahh.. (",)

Semoga kita berjumpa kagi pada program "Kasih Disemai Budi DiTabur" pada bulan Julai kelak. Selamat kembali ke sekolah esok. Yeaahhh. Macam nak tambah cuti rasanya..
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, June 21, 2011

Pegang BENDA tu dulu baru bole siap !

"kalau korang takda mood nak hasilkan BBM, mula-mula kena pegang terus benda tu. paksa diri, jangan tangguh-tangguh. Insya Allah benda tu akan siap pelan2". 
Cikgu Junnaini. (Guru Pemulihan SK Holy Trinity Tawau)


Demikianlah kata-kata perangsang dan tips yang disampaikan oleh Guru Pemuihan SK Holy Trinity kepada kami-kami guru guru yang malas sangat nak buat BBM ni. (Sebenarnya aku ja yang pemalas di situ.. ekekeke)

Kami hanya mendongak mengiyakan. Terpegun sebenarnya melihatkan kelas yang cantik dihias dengan gantungan BBM yang sungguh menarik kalbu di setiap penjuru kelas ini. Kalau boleh, ingin saja jasad ini membaringkan diri di tengah-tengah kelas ini. kekekeke (",) 

Sungguh kondusif kelas ini untuk mengajar dan membimbing kanak-kanak pemulihan Khas. Pandai cikgunya mengatur segala. Tak heran lah kalau cikgu ini harus dicalonkan kelas Pemulihan cemerlang daerah Tawau. Amin. Ketua Zon nya pun bakal tumpang bangga.. hahahaha...

Ekceli, bermula dari semalam kami guru-guru pemulihan Zon Bandar Selatan Daerah Tawau telah berkampung di SK Holy Trinity sempena menjayakan program "Kasih di Semai Budi di Tabur" bagi zon Bandar Selatan Tawau

Kami seramai 13 orang guru zon ini bersepakat untuk memlih SK Holy Trinity ini sebagai permulaan program bulan Jun memandangkan banyak ilmu dan manfaat yang bakal kami perolehi dari kelas pemilihan ini sebelum kami bergerak pula ke sekolah lain. 

Selain tidak kedekut menyumbangkan idea, cikgu Junnaini juga berjanji akan membantu kami cara-cara menghasilkan beberapa BBM yang menarik untuk panduan kami bersama bila pulang ke sekolah masing-masing pada Khamis nanti. 

Tempat yang dicadangkan untuk tutorial penghasilan BBM ini adalah pada esok hari di SK Batu 4 Tawau. Tak sabar rasanya nak menuntut ilmu dari cikgu ini.. Hehehe. Jangan lupa bawa gam, gunting, kad manila dan segalanya ok. 

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, June 13, 2011

Sandiwara di Pagi ISNIN

Pukul 4.30 pagi. Sudah menjadi rutin harian si ibu untuk bangun mengejutkan kami. Sambil sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur, suara ibu sekali sekala sayup-sayup kedengaran meminta anak bujang trang tang nya ini bangkit dari tidur yang lena.  

"Oooo bujanggg... suda-suda la tido tu. p bangung solat Subuh.... Hari ni da nak kerja kan"....

Hari ini Isnin 13 Jun. Segala-galanya bakal bermula. Ibarat sang pendekar bersiap sedia menghunus pedang menuju ke destinasi pertempuran, begitulah juga diri ini. Mandi, solat dan berkemas sudah pasti. Kini segala peralatan, buku RPH, fail-fail, beg laptop even buku dan pen merah hitam sudah tersiap sedia diatur ke dalam bonet  kereta.

Namun apa kan daya. Lengkap sahaja tidak cukup. Segalanya tampak tidak bermakna andainya 'semangat'nya tidak ada. Jasad ingin pergi, tapi dalam hati mahu sahaja masuk ke dalam rumah kembali. Low, lentur, stress, dan langsung tidak ada mood. Ini semua kesan letusan tsunami percutian yang memerangkap ke dalam diri selama dua minggu lalu. 

Ingin saja untuk kembali menyambung keindahan cuti ini.  Best. Kalau ikutkan pagi ini boleh saja aku sambung tidur sesuka suki ku. Bangkit tidur mahu saja  merayau keluar dengan kawan-kawan. Balik rumah lak sambung nonton rancangan faveret sampai bersengkang mata. Ohhooo, indahnya percutian lalu. Kekeke...

Namun aku alpa. Yang indah tidak selamanya ada. Lumrah roda kehidupan dunia. Saya amat tertarik dengan kata-kata hikmah yang ditulis oleh rakan sahabat guru saya dalam Facebooknya semalam yang berbunyi.

 "Syukurlah dapat menikmati cuti. Itulah gunanya cuti. Sebagai caj tenaga baru. Semangat baru. Motivasi baru. Harapan baru. Impian baru. Kalau sama saja...bosan hidup ini..." (",)

Ya yaaaa... Aku bersemangat kembali. Rupanya ada tugas penting untuk insan lain selain melayan karenah minta puji diri ini. Dah memang aku sendiri yang memilih untuk kerjaya ini. So tunaikan kewajipan dan amanah ini dengan sebaik-baiknya.  

Gen2Merah meluncur laju ke sekolah. Sambil menikmati alunan zikir-zikir MP3, gambaran suasana sekolah mula terbayang di benak? Apa khabarnya dengan kelas pemulihan aku hari ini ya.? Entah berhabuk entah berterabur tu. Lama dah tak menjenguk kelas usang itu. kekeke.(",)


Apa agaknya khabar murid Linus tegar aku si Arven tu ya? Dah kena potong ke rambut dan kuku dia yang panjang itu? Masih kusut masai ke baju sekolah murid-murid Pemulihan lain yang lusuh dan kasut yang tidak berikat kemas itu? Dorang ada mengulangkaji A B C ke juga di rumah cuti-cuti lalu ya? Hmm, Tak sabar rasanya nak terjap @ serkap dorang-dorang ni ek.. Tungguuu kamuuuuu.. Kekekekeke (",)

Setengah jam mengelamun, akhirnya Gen2Merah melabuhkan diri jua ke perkarangan sekolah. Indahnya Batu Payong. Dua minggu ditinggalkan. Seperti menggamit kerinduan. Ternyata kehadiran kami guru-guru dan murid-murid di sambut dengan hujan renyai-renyai di awal pagi seakan-akan memberi gambaran:--

"Selamat datang ke SK Batu Payong." 


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, June 9, 2011

Keazaman dan Keghairahan

Yang di kejar tak dapat, Yang dikendong keciciran.


Pernah kah kita terfikir anda tidak akan berjaya menjadi seorang yang berjaya andai tidak mempunyai Keazaman dan Keghairahan. Bergeliga otak sahaja tidak mencukupi. Bijak pun tidak memadai. Tanpa  Keazaman dan Keghairahan  sukar bagi anda untuk sampai ke pulau cita-cita.

Gadis yang anda cintai tidak akan yakin bahawa anda benar-benar mencintainya sekiranya anda tidak menunjukkan  Keazaman dan Keghairahan  anda padanya. Nanti disangkakan anda mempermain-mainkannya sahaja lalu meninggalkan. Akibatnya maksud anda tidak akan kesampaian.

Kalau anda tidak berazam bagaimanakah anda akan dapat memikat hati si gadis yang anda cintai. Bila anda bertemu dengannya anda akan mengatakan cinta kepadanya. Tetapi bila lama tidak berjumpa dengannya jangankan hendak pergi menemuinya namanya pun sudah mulai anda lupakan.

Akibatnya si gadis akan dipunyai oleh orang lain yang lebih berazam daripada anda. Mungkin anda akan menemui dan seterusnya jatuh cinta pula kepada gadis baru yang lebih menarik minat anda. Dan kerana tiada  Keazaman dan Keghairahan  anda mungkin akhirnya akan meninggalkan anda juga.

Kerana dengan  Keazaman dan Keghairahan  anda akan dapat mencapai apa-apa jua impian dan dalam hidup cita-cita walau apa pun cabaran dan dugaan yang melanda. Kejayaan adalah milik kita jika kita berusaha bersungguh-sungguh.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...