Lagu Negaraku, lagu kebangsaan yang perlu kita hormati dan sanjungi. Lagu kebangsaan ini seringkali berkumandang di corong-corong radio dan televisyen, ataupun dinyanyikan secara formal di majlis-majlis rasmi. Bagi seorang pelajar pula, adalah menjadi kewajipan mereka untuk menyanyikannya pada setiap minggu semasa perhimpunan sekolah.
Cerita pasal lagu kebangsaan ini, pagi tadi semasa saya mengawas peperiksaan SPM Sejarah kertas II, terkeluarlah soalan berkaitan lagu Negaraku ni. Siap tunjukkan lirik lagi. Amboi, mudahnya soalan.
So, soalan pertamanya berbunyi macam ni.
V
V
V
"Apakah tajuk lagu kebangsaan negara kita?"
Waahh, memang soalan cepumas lah ni. Masa saya terbaca soalan ni, memang nak gelak pun ada. Kacang sangat. Rasanya pelajar-pelajar sekolah rendah pun boleh score ni. Tapi ingat, korang jangan fikir mengapa penggubal soalan SPM ni saja-saja nak letak soalan macam tu. Konfom banyak pelajar yang lupa atau memang tak tahu langsung. Huhh
Sebab semasa saya tengah pusing-pusing dewan peperiksaan tu, terpandanglah saya akan beberapa jawapan yang ditulis oleh pelajar-pelajar ni. Memalukan betul. Rupanya masih ada yang tak tahu tajuk lagu kebangsaan negara ni.
Ada sorang pelajar tu selamba je letak tajuk lagu kebangsaan kepada "Jalur Gemilang". Lain-lain jawapan yang saya lihat ada yang tulis jawapan "Malaysiaku", dan ada juga yang letak "Negara kita". ekekeke. Tu cuma segelintir je. Rasanya mungkin lebih banyak calon SPM yang tak tahu nak jawab soalan mudah ni.
Tulah, siang malam bersengkang mata ulangkaji pelajaran. Rupanya soalan yang patutnya dah kita tahu dari sekolah rendah lagi akhirnya putih mata nak jawab masa peperiksaan penting ni. Macam ni lah kalau semangat kebangsaan hanya diungkapkan di mulut semata-mata, tetapi tidak diserapkan ke dalam hati sanubari. (",)
p/s: Korang ingat tak lagi 5 prinsip rukun Negara? Mesti ada yang dah lupa tu kan. Heeeee
~HADAPI DENGAN SENYUMAN~