G2M Superfriends

Friday, January 20, 2012

KEDAMAIAN dan KESEMPURNAAN diri


Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dalam pagi Jumaat yang ceria.

Semoga kehidupan saya dan anda pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Semoga kita semua sentiasa dikekalkan kesihatan diri dan kesejahteraan yang sempurna. Moga-moga tiada kekurangan dan kekangan yang bisa membantutkan usaha kita untuk kekal lebih maju dengan impian dan cita-cita harapan.

Selang beberapa hari ini saya sentiasa ligat berfikir bagaimana harus untuk membawa pembaharuan diri ke arah  matlamat yang saya harapkan selama ini. 

KEkecewaan+ KEgagalan, + KEmurungan + KEtidakstabilan dan bermacam-macam jenis 'KE' negatif yang sentiasa bersangkar dalam jiwa sanubari akhir-akhir ini.

Insyaallah. Doakan sahaja yang terbaik untuk diri ini agar kekal dengan komitmen dan semangat yang jitu ke arah titik tujuan yang diharapkan kelak.

Terima kasih buat semua. (",)

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #15 | SAHABAT

~ Sahabat ~


A relationship is not how long we been together..
Not How much we give or take..
Not how many times we talk
Its all about how we value each other

Tuesday, January 17, 2012

TULANG RUSUK


"Yaa Allah, 

Jika dia bukan pemilik tulang rusuk ku,
Usah biarkan aku merindui kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hati ini di hatinya.

Kikislah pesonanya dari pelupuk mata ini..
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan..

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni."

Cewaahhhh... ahaha.. Ayat ini bukan gua yang taip yo. 'Petikan ayat' sebenarnya dipetik dari Info Muslim. Memang kena betul 'timing' nya... ekekeke (",)

Thursday, January 12, 2012

Kami mahu PULANG

Jam hampir menunjukkan pukul 3 petang. Namun masih kelihatan beberapa kerat orang murid yang masih duduk di pondok luar pagar sekolah yang setia menanti ketibaan kenderaan mereka untuk pulang. Setiap kali  jika saya pulang lewat, acapkali jugalah ada murid-murid datang berjumpa.

" sikguuu, kami nak tumpang balik rumah.. kami tertinggal bas sekolah lagi".

Dulu masa mula-mula posting di sini, saya ingatkan murid-murid ni  hanya saja-saja je nak ikut tumpang balik sebab nak merasai naik kereta cikgu yang mewah ini.. ekekeke.. (cewah kononnn). 

Yaa, rupa-rupanya saya tersilap.

Pernah sekali semasa pulang lewat dari sekolah, saya terserempak dengan sekumpulan pelajar-pelajar saya di pertengahan jalan yang hanya pulang dengan berjalan kaki. Ya, jarak dalam 7 batu jauhnya. Bila saya sapa, rupanya mereka tertinggal @ memang sengaja ditinggalkan oleh pengusaha bas sekolah mereka.

Kes murid ditinggalkan oleh bas tumpangan mereka bukan hanya sekali dua di sekolah ini. Murid lewat sikit, konfom akan kena tinggal. Hanya kerana gelagat kanak-kanak yang lazimnya leka bermain, sedar tak sedar rakan-rakan mereka yang lain sudah pun pulang menaiki bas sekolah mereka. Kasihan :'(

Yang tergamaknya, bila dah jalan tak terlintas pula kepala hotak pemandu bas sekolah ini untuk datang mengambil kembali pelajar-pelajar yang ditinggal ini. Tinggallah murid-murid kecil ini terkapai-kapai untuk mencari jalan untuk pulang ke rumah sendirian. Apatah lagi jika murid malang itu adalah murid tahun 1 yang masih belum kenal erti  persekitaran mahupun murid perempuan yang pastinya merisaukan ibu bapa mereka. 

Nasib baik banyak guru-guru yang prihatin menghantar mereka pulang.

Sepatutnya pengusaha-pengusaha bas sekolah ini perlu bertanggungjawab atas soal keselamatan murid-murid yang diamanahkan oleh ibu bapa murid tersebut. Mereka telah dibayar bulanan sebagai kepercayaan untuk mengambil dan menghantar pulang murid-murid tumpangan mereka dengan selamat.

Soal keselamatan dan kebajikan murid di kawasan persekitaran sekolah  adalah di bawah tanggungjawab guru-guru. Namun bila dah keluar dari kawasan perkarangan sekolah, tugas dan amanah tersebut akan diambil alih sepenuhnya oleh pengawal keselamatan mahupun pengusaha bas sekolah  yang telah diamanahkan.


Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #14 | THE NOTE

SAMSUNG Galaxy Note


Pandai beli,
Guna tak reti. 
(",) xoxo

Tuesday, January 10, 2012

Murid dan CUTI SEKOLAH


Pada suatu pagi yang ceria, cikgu Zuhaidah bertanya kepada anak-anak murid Pra Sekolahnya yang comel mengenai destinasi percutian mereka bersama keluarga semasa musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Murni, pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi ke mana ?

Murni : Saya nak balik kampung atuk saya di Semporna.

Cikgu : Kamu Siti?

Siti : Saya dan keluarga akan mendaki Gunung Kinabalu.

Cikgu : Kamu Ali?

Ali : Saya teringin nak pergi 'Bulan' la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ali.

Cikgu : Ali, kalau nak pergi ke bulan kena jadi angkasawan dulu ya. 

Ok, kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam pun menjawab…

Adam : Saya nak pergi ke 'Matahari'

Cikgu : Adam… matahari kan panas mana ada manusia pergi sana….

Adam : Saya akan pergi malam cikgu…. 

Hehehe (",)

p/s: Watak dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. ekekeke

Thursday, January 5, 2012

GURU sentiasa jadi perhatian



Minggu awal persekolahan ini sedang berlangsungnya Program Transisi untuk murid-murid Tahun 1 sebagai pendedahan awal kepada anak-anak ini untuk menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah

Turut sama hadir sudah tentunya ibu bapa yang menemani anak-anak  kesayangan mereka sejak awal pagi. Anak-anak yang dibelai penuh kasih sayang, sudah pastinya ingin mengharapkan didikan dan bimbingan yang terbaik daripada guru-guru di sekolah.

Bila perhatikan gelagat ibu bapa ni, teringat plak saya dengan luahan guru-guru yang semakin popular kebelakangan ini. (",)

"Ibubapa sekarang tak sama macam dulu. Anak kena jentik sikit ibu bapa dah melenting salahkan guru".

Hehehe. Yaa, itu sudah semestinya. Bagi saya, ibu bapa zaman sekarang jauh lebih matang berbanding ibu bapa kita zaman dulu. Dahulu apalah sangat, ibu bapa rata-ratanya terdiri daripada 'masyarakat kampung' yang hanya mengiyakan apa saja perlakuan guru terhadap anak-anak mereka. Ajar, didik, bimbing dan denda sajalah anak-anak mereka jika nakal,  asalkan jangan kasi mati cukuplah.. :D

Tetapi zaman sekarang jauh lebih berbeza. Ibu bapa kini rata-rata lahir daripada masyarakat yang serba moden dan lebih berfikiran matang. Bukan yang hanya menjawat jawatan profesional, malah mereka yang bekerjaya sebagai nelayan sekalipun  boleh 'melenting' jika anak-anak mereka tidak diajar dengan betul oleh guru-guru mereka. 

Seorang guru sendiri pun, pasti akan panas telinga jika anak-anak mereka didenda oleh guru lain tanpa alasan yang munasabah.

Itulah cabaran pendidikan masa kini. Guru-guru kena bersiap sedia bukan hanya dari segi jasmaniah, malah rohani dan intelek juga perlu diasah sebaiknya agar bersedia menghadapi cabaran alam persekolahan yang seringkali dianggap 'mudah' oleh mereka-mereka yang memandang remeh kerjaya pendidik ini. (",)

Maaflah, saya ni pun apa kurangnya. Buat post 'nasihat' sana sini, padahal diri sendiri pun bukan sesempurna mana. Ekekee. Masih banyak kelemahan. Ya, saya masih guru yang masih belajar nak jadi cikgu yang sebaiknya. Mohon maaf andai ada yang terkurang ya. (",)


Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday #13 | BARU

Segalanya baru...


Istimewanya hari pertama musim persekolahan. 
Pagi ini murid-murid kenakan pakaian sekolah yang paling cantik, paling bersih, paling kemas dan tampak putih berseri dengan senyuman yang meleret-leret (",)


Tuesday, January 3, 2012

PENSIL dan PEMADAM


PENSEL : Saya minta maaf.

PEMADAM : Untuk apa? Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya, awak selalu tercedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di sisi untuk membetulkan segala kesilapan saya. Setiap kali awak memadam, selagi itu lah awak semakin mengecil dan kehilangan sebilangan dari diri awak.

PEMADAM : Takpe, saya langsung tidak kisah pun tentangnya. Kerana saya memang diperbuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu saya pasti akan hilang, namun jauh dari sudut hati, saya tetap berbangga dengan kerja saya ni. Jadi jangan la risau sebab saya tak mahu tengok awak bersedih...

Sumber copy paste: Jom Berdakwah di FB

Moral of the story: 

Watak 'Pemadam' di atas boleh diibaratkan sebagai ibu bapa kita, atau mungkin juga guru-guru kita. Kenangilah jasa-jasa dan  pengorbanan mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...