G2M Superfriends

Friday, September 30, 2011

Satu HATI Satu SEMANGAT Satu SOKONGAN

Jika diimbas kenangan lama, betapa indahnya zaman persekolahan dulu. Dalam kelas, bermacam ragam bermacam karenah dikalangan kawan-kawan sekelas. Yang jahat, yang baik, peramah, pendiam, nakal, jahat, baik hati dan beribu macam karenah lagi. 

Apa pun point yang saya nak sampaikan di sini ialah, sejauh mana pun kebencian dan kerenggangan kita sesama rakan sekelas, sebenarnya ia tidak pernah menjarakkan kita untuk "Bersatu hati" bila melibatkan pertandingan yang melibatkan kelas kita dengan kelas yang lain.

Tidak kiralah pertandingan itu itu melibatkan pertandingan kuiz, syarahan, nyanyian, pertandingan kebersihan mahupun perlawanan persahabatan sukan, kita atas semangat satu kelas pasti akan menyokong rakan-rakan kita. 

Sorakan dan tepukan sudah cukup untuk memberi semangat yang tinggi kepada rakan-rakan kita yang berjuang untuk mengharumkan nama kelas. Bangga rasanya bila nama kelas kita disebut sebagai Johan/pemenang dalam setiap pertandingan. 

Itu lah yang dinamakan satu hati satu semangat. Kenangan lama yang sukar untuk dilupakan.

Pagi tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan Futsal dan Bola Baling tahun 6 yang melibatkan kelas A dan kelas B. Kesungguhan pemain dan sorakan padu daripada penyokong kedua-dua pasukan sedikit sebanyak telah mengembalikan memori lama saya kepada zaman persekolahan dulu. 

Baru lah saya tahu, bila berdiri sebagai seorang guru, rasa teruja bila melihat murid-murid bersama-sama gurunya bersorak untuk mengharumkan nama kelas mereka.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, September 29, 2011

Sekuat-kuat LELAKI, sehebat-hebat WANITA

"Gagahnya lelaki, hebatnya wanita"
Betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t terhadap manusia.
Saling lengkap melengkapi sesamanya
.  



Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. 

Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak. Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Untukmu wanita, gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, September 27, 2011

Perempuan bila MAIN FUTSAL

Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan.

"Cikgu, kami nak main lagi. Tolong lah cikgu. seronok lah cikgu".


Beberapa pelajar perempuan begitu teruja nak meneruskan permainan Futsal yang berakhir pagi tadi. Kalah menang tidak penting, janji semangat kesukanan tu yang patut dipuji.  Pelajar perempuan tidak lah sehebat ataupun selasak orang lelaki beraksi. Lemah lembut, lembik dan selalu termengah tercungap. Tapi yang seronoknya, persembahan mereka akan menjadi bahan kelakar kepada para penonton. Jom kita ketawa. Wakakakakaka...  :P 

Orang pempuan ni kan, kalau nak main Futsal asyik nak merempuh orang sebab nak kejar bola. Ehehehe. Kalau yang takda skill, mata asyik nak kejar bola je. Di mana ada bola, di situ ada pemain. Selalu eksiden sebab terlanggar kawan-kawan. Bola ke kanan, semua pun ke kanan. Bola kiri, semua lari kiri. Paling lucu rakan sepasukan pun boleh berebut sesama sendiri. hehehehe..

Kes tersepak angin mahupun tersepak kaki sendiri lagi kelakar. Bila tersepak angin ni kadang-kadang kaki mereka terbelit-terbelit. Alih-alih bola tu pusing-pusing celah kaki dorang je. Wahahaha. Lagi satu paling lucu bila tendang kaki kawan. Bola disepak tak kena, maka kaki lawan la yang jadi mangsa.  Akhirnya bermasam muka sesama sendiri. 
Tu belum lagi saya cerita kes sepak paha kawan, sepak rumput, jatuh tergolek mahupun merempuh tiang gol. Paling kesian si penjaga gawang la. Asyik jadi mangsa kena rempuhan. Ahahahaha. Macam-macam gelagat wehh.. ehehe (",)

Yang pertama kali main Futsal ni pun lawak gak. Takda pengalaman beraksi, memang konfom takut dengan bola. Bila bola ditendang, lari untuk mengelak. So kebanyakan mereka lebih memilih untuk menjadi pemain tunggul di bahagian pertahanan. Tak mau kejar bola. Berdiri sajalah sepanjang permainan. Datang bola, tendang tak kena.. hahahahaha. (",)

Apa pun saya tetap kagum dengan dua tiga orang pelajar perempuan yang mempersembahkan permainan menarik tadi. Mungkin pelajar ini berasal dari kampung, So takda masalah buat mereka beraksi sungguhpun hanya berkaki ayam. Berlari ke sana sini, turun naik dan sesekali menjadi pengganti kepada penjaga gawang. 
Sentiasa berusaha sedaya yang mampu  untuk menjaringkan gol walaupun rata-rata kawan mereka tidak ada yang reti bermain. Semangat yang patut dipuji. "Berjuang hingga ke titisan darah terakhir". Yeaahh

Apa pun, jom kita layan gambar-gambar Karnival sukan Mini Futsal SK Batu Payong yang berlangsung selama dua hari dan berakhir pagi tadi. Layanzz

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, September 26, 2011

MUSTAJAB Doa yang teraniaya


Alhamdulillah, tidak seperti hari sebelumnya, hari ini cuaca redup sepanjang Hari. Begitu juga dengan kehidupan manusia. Adakalanya gembira, adakalanya berduka. Oh iya, semasa dalam perjalanan pulang kerja tadi, terlihat gelagat seorang tuan rumah yang menganiaya kucing peliharaannya sendiri. Kesian. Dalam hati, kalau lah kucing itu berdoa kezaliman yang berlaku terhadapnya, sudah pasti doanya akan termakbul.

Apa pun sebagai perkongsian bersama, baik manusia mahupun haiwan jangan lah kita buat sebarang penganiayaan. Sesungguhnya doa yang teraniaya itu memang mujarab.

Rasulullah saw bersabda: "...Dan takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).

Semoga kisah ini menjadi pengajaran bersama:-

KISAH SEORANG RAJA YANG ZALIM

Suatu pagi seorang laki-laki pergi hendak berburu mencari rezeki yang halal. Namun sampai hampir malam, ia belum mendapatkan satu pun binatang buruan. Ia lalu berdoa sepenuh hati:"Ya Allah, anak-anakku menunggu kelaparan di rumah, berilah aku seekor binatang buruan". Tidak lama setelah doanya selesai ia panjatkan, Allah memberikannya rezeki, jala yang dibawa pemburu itu mengenai seekor ikan yang sangat besar. Ia pun bersyukur kepada Allah dan pulang ke rumah dengan penuh bahagia.
 
Di tengah perjalanan pulang, ia bertemu dengan kelompok raja yang hendak berburu juga. Raja heran dan takjub luar biasa begitu melihat ikan sebegitu besar yang dibawa pemburu itu. Lalu, ia menyuruh pengawal untuk mengambil ikan itu secara paksa dari tangan sang pemburu.

Dibawanya ikan itu pulang dengan bahagia. Ketika sampai di istana, ia keluarkan ikan itu dan bolak-balik sambil tertawa ria, tiba-tiba ikan itu mengigit jarinya dan mengakibatkan badannya jadi panas dingin sehingga malam itu raja tidak dapat tidur.

Dihadirkanlah seluruh doktor untuk mengubati sakitnya, semua doktor menyarankan agar jarinya itu dipotong untuk menghindari tersebarnya racun ke anggota badan lainnya. Raja pun menyetujui nasihat mereka. Namun setelah jarinya dipotong, ia tetap tidak dapat istirahat karena ternyata racun itu telah menyebar ke bagian tubuh lainnya,

Para doktor pun menyarankan agar pergelangan tangan raja dipotong dan raja pun menyetujuinya. Namun setelah pergelangan tangannya dipotong, tetap saja raja tidak dapat memejamkan matanya, bahkan rasa sakitnya makin bertambah; ia berteriak dan meringis dengan keras karena racun itu telah merasuk dan menyebar ke anggota tubuh lainnya.
 
Seluruh dokter akhirnya menyarankan agar tangan raja sampai siku dipotong, raja pun menyetujuinya. Setelah lengannya dipotong, sakit jasmaninya kini telah hilang, tetapi diri dan jiwanya tetap belum tenang. Semua doktor akhirnya menyarankan agar raja dibawa ke seorang doktor jiwa (ahli hikmah).

Dibawalah sang raja menemui seorang doktor jiwa dan diceritakan seluruh kejadian seputar ikan yang ia rebut dari pemburu itu. Mendengar itu, ahli hikmah berkata, "Jiwa Tuan tetap tidak akan tenang selamanya sampai pemburu itu memaafkan dosa dan kesalahan yang telah Tuan perbuat.

Dicarinya pemburu itu dan setelah didapatkan, raja menceritakan kejadian yang dialaminya dan ia memohon agar si pemburu itu memaafkan semua kesalahannya. Si pemburu pun memaafkannya dan keduanya saling berjabat tangan.

Sang raja penasaran ingin mengetahui apa yang dikatakan si pemburu ketika raja mengambil paksa ikannya. Ia bertanya, "Wahai pemburu apa yang kau katakan ketika aku merampas ikanmu itu?".

Pemburu itu menjawab,"Tidak ada, kecuali aku hanya mengatakan 'ya Allah sesungguhnya dia telah menampakkan kekuatannya kepadaku, perlihatkanlah kekuatan-Mu kepadanya!" Sungguh, doa orang teraniaya sangat mustajab, maka berhati-hatilah dalam bertindak. Wallahu 'alam bi shawab
 

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, September 21, 2011

Sorok 3 orang murid daripada duduki UPSR. Salah siapa?


Ketika  semua guru dan ibu bapa berasa lega dan akan menanti keputusan UPSR kelak, lain pula halnya yang berlaku di sebuah sekolah di Sarawak. (Rujuk berita di bawah ini). 

Sedih dan terkilan dengan berita yang dipaparkan. Apa yang berlaku pihak sekolah tersebut telah bertindak menyorok 3 orang pelajar mereka yang dikategorikan lemah daripada menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Memang keterlaluan rasanya pihak sekolah yang bertindak seperti ini. Kerana nak menjaga status pencapaian sekolah, mereka sanggup menggelapkan masa depan anak murid sendiri.

Sebagai sebuah warganegara yang bebas, adalah menjadi hak bagi setiap murid untuk menduduki peperiksaan tersebut tanpa mengira status dan pencapaiannya di sekolah. Tak perlu adanya dasar diskriminasi terhadap pelajar yang pintar mahupun pelajar yang lemah.

Inilah akibatnya jika prestasi pencapaian yang menjadi keutamaan. Guru hanyalah mengajar dan berusaha sedaya yang mampu. Yang menjadi pokok kepada permasalahan ini ------> adalah tekanan hebat daripada pihak atasan yang mahukan pencapaian lulus yang tinggi. Setiap kali mesyuarat, Guru Besar telah dihantam dan ditekan bermacam-macam. 

Berulang kali jugalah pihak pejabat memaparkan senarai ranking sekolah terhebat sepanjang zaman. Sekolah yang mencapai peratus yang tinggi akan diberi pujian yang melambung tinggi. Dijanjikan ganjaran bermacam-macam. Sedangkan sekolah yang berada di ranking bawah akan menjadi sasaran untuk dipantau dan disindir dalam mesyuarat.

Akhirnya yang menjadi mangsa keadaan adalah anak-anak bangsa kita sendiri.  Sedarlah, kebolehan murid tidak sama. Intelek dan emosi setiap manusia adalah berbeza-beza dalam menerima pelajaran. Mereka bukannya mesin yang boleh ditentukan nasib mereka.
................................................................................................................

3 murid dikurung ketika UPSR
Oleh Misiah Taib
misiah@bharian.com.my
2011/09/20
Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah

KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen


p/s: nasib baik ibu bapa murid buat laporan polis. Kalau tak sia-sia murid diperbodohkan pihak sekolah.

Tuesday, September 20, 2011

MAJLIS PERSARAAN Cikgu Awang Bujal


Majlis Persaraan cikgu Awang Bujal
____________________________________________

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan. Selagi hayat dikandung badan, selagi hidup perlu diteruskan.

Satu 'Majlis Persaraan' yang sederhana dan ringkas tetapi disambut dengan meriah telah diadakan pada hari ini, 20hb September 2011 bertempat di Dewan Serbaguna SK Batu Payong Tawau.

Cikgu Awang Bujal, seorang guru yang disayangi oleh seluruh warga sekolah SK Batu Payong. Persaraan beliau pada hari ini bakal menyaksikan kehilangan seorang lagi guru yang banyak menabur jasa kepada sekolah ini dan seterusnya kepada dunia pendidikan. 

Mengimbas kembali detik  sejarah lalu, cikgu Awang telah berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1981 sehingga 1986 dan seterusnya kembali semula ke sekolah ini pada tahun 1997 sehingga ke hari ini. Sesungguhnya banyak jasa dan sumbangan yang beliau telah curahkan untuk warga sekolah ini yang sukar untuk diungkapkan satu persatu.

Sebelum ini saya pernah titipkan Majlis Persaraan Ustazah Faridah Yaacob yang juga isteri kepada cikgu Awang dalam entri ini-----> KLIK SINI

‘’Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang, Semangatmu dijulang, Kepimpinanmu gemilang’’. 
Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan cikgu Awang sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah yang bisa mengguriskan hati dan perasaan.
 
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati 


Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang



Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan  

~HADAPI SEMUA DENGAN SENYUMAN~

Friday, September 9, 2011

KECACINGAN kanak-kanak


Suatu pagi yang indah di sebuah sekolah rendah, seorang guru begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.

Untuk menyampaikan ilmu tersebut dengan lebih berkesan, guru tersebut mengambil 2 ekor cacing yang masih hidup, dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi air mineral dan arak.

"Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana cikgu akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas. Cuba perhatikan. Cacing yang sebelah kanan, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri, cikgu akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."
  
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang-berenang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggelepur lalu mati.

Si cikgu tersenyum lebar. Objektif pengajarannya tercapai. Tersenyum girang bila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab-------> 
 
"UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN… MINUMLAH ARAK... ehehehehe..... "

(perlunya seorang guru menyampaikan pengajaran dengan lebih jelas (",)....

p/s: Info tentang "kecacingan kanak-kanak" [KLIK SINI].

Kredit to: Suhaimi.org. 


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #6 | KAD RAYA

Wordless Wednesday #6

On Wednesday, you'll tell the story


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Tuesday, September 6, 2011

Nasib baiklah MURID saya yang jumpa

Orang kata, jangan sesekali letakkan wallet anda di mana-mana walaupun sebentar. Kerana kelalaian tanpa kita sedari selalu terjadi. 10 tahun dulu saya pernah tertinggal wallet saya di atas pondok telefon setelah selesai membuat panggilan. Nasib baiklah orang yang menggunakan telefon selepas saya bersikap jujur dan memulangkan kembali.

Dan pagi tadi kejadian yang sama berulang kembali. Huhu ~

"Cikguuuu... cikgu terlupa sesuatu ka? Dompet cikgu tertinggal di atas bumbung kereta cikgu la". Shiela pelajar tahun 5 tercegat depan pintu sambil termengah-mengah memberitahu saya sesuatu yang penting.

"Haaa? Ya Allah. Dompet duit akuuuu... Napa la aku lalai sangat ni.. arghhh"



Spontan saya bergegas turun "as fast as leopard' ke tempat parking kereta saya. Di sana terlihat beberapa orang murid telah pun berkumpul mengelilingi kereta Merah saya. Masing-masing dengan tersenyum tersengih. (",). Alhamdulillah, dompet di atas bumbung kereta saya tak terusik langsung. Masih dalam kedudukan asalnya. 

Terima kasih murid-murid semua. Terima kasih sebab melaporkan cikgu benda yang paling berharga ini. Kalau orang lain yang jumpa mesti dah hilang agaknya. Hehehe. Murid-murid SK Batu Payong memang jujur-jujur belaka.  Alhamdulillah. (",)senyummm...

Duit tebal, nasib baik tak berputih mata . Heee~

Syukur alhamdulillah 1000000000x...

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Saturday, September 3, 2011

TRAGEDI selepas Raya


Raya oh raya, 
bermacam ragam bermacam citarasa. 
Semuanya sungguh enak membuka selera. 
Makan sahaja lah apa yang tersedia. 
Yang berlemak, manis, masam dan masin semuanya ada. 

Setahun sekali, 
bukan hari-hari. 
Ini lah peluang untuk makan free.
Hihihi... (",)

Hari ini masuk raya kelima. Aktiviti kunjung mengunjung masih berterusan. Cuma aktiviti raya memang tak lengkap kalau takda makan dan makan. Hehehe. Semalam sahaja ada dua rumah makan juadah sup tulang. Perrggghh.. (",)


Tu belum lagi dikira raya sebelumnya yang menjamu bermacam-macam juadah yang menyedapkan. Ayam, daging, ikan, sup, soto, satay, kek dan berbagai-bagai juadah yang beraneka warna dan rasa. Kembang kempis perut menyumbat segala.

Apa leh buat, bukan selalu jumpa makan-makan free ni. Dah lah aku ni jenis kuat makan. Hidup untuk makan kan. Eh, makan untuk hidup.. ngee~ (",)

Kalau lah macam ni gayanya, lepas raya ini alamat ramailah yang bakal melawat Farmasi, Klinik dan Hospital sebab ada simptom-simptom darah tinggi, kencing manis, sakit perut dan macam-macam lagi.. ehehe... (Gurau ek.. Harap diperjauhkan yee..).

Amalkan gaya hidup yang sihat. Makan ala kadar seadanya. (Pesanan untuk diri sendiri. Heee). Salam Aidilfitri. Dua hari lagi cuti sebelum bermulanya kerja. All the best.. Pasni nak berjalan beraya lagi. Jomm...

Gen2Merah----> Rindu nak berjoging dan bersukan selepas berehat selama sebulan lamanya. wewww~


(HADAPI DENGAN SENYUMAN)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...