Saya terbaca dalam satu forum yang dimuatkan majalah pendidikan. Diskusi yang berkaitan mengapa sesetengah murid tidak menyukai seseorang guru semasa bersekolah. Sesetengah responden yang menyatakan kurangnya hormat seorang murid kepada seseorang guru adalah disebabkan sikap guru itu sendiri yang tidak adil dalam memberi layanan kepada murid-murid di kelas.
Menurut perbincangan tersebut, segelintir guru yang memberi layanan yang bermuka-muka dan kurang memberi perhatian kepada murid-murid belakang yang kurang cerdik, kurang menarik, selekeh dan sebagainya telah menyebabkan mereka terasa tersisih akhirnya mereka kurang berminat untuk belajar.
Memang ada benarnya pernyataan ini. Sebagai seorang ibu atau bapa kepada murid-murid di sekolah, guru bukan sekadar mengenali nama sahaja tetapi harus menjiwai hati, memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkahlaku yang merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan muridnya mengikut tahap umur masing-masing tanpa mengira status dan latar belakang setiap mereka.
Guru adalah sahabat kepada murid. Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut dengan murid-muridnya, tetapi apa yang disukai oleh pelajar ialah guru yang mempunyai unsur kecindan (jenaka) serta sentiasa mendekati dan menyelami segala permasalahan mereka.
44 comments:
guru perlu ada kemahiran melayan baru murid suka. baru diOrg rasa dihargai. hehe
macam cerita gokusen, semua student dalam cerita tu tak percaya dengan cikgu. tapi sebab cikgu tu semangat habis nak mendidik, semua student dia jadi baik dengan dia.
Profesion guru zaman sekarang dengan zaman dulu dah x sama kan... Kanak2 zaman sekarang lebih bijak memanipulasikan keadaan dengan psikologi dan lebih pintar mencerna situasi... Perghh..akak buat karangan pendek pulak kat sini....
P.S. : Kagumlah dengan cikgu sebab mampu melayan kanak2 nie dengan riang....
memang betul... memang ada guru yg berat sebelah... tapi tak semua guru...
bila seseorg murid kurang berminat dgn seseorg guru secara automatiknya menyukarkan proses pembelajaran...
mendekatinya dgn penuh kasih sayang...bukan dgn jelingan yg memanjang....
As-Salam Cikgu...
Suka N3 ni...bagaimana mungkin seorg guru dpt memberikan tumpuan pd setiap org pelajarnya kan...namun guru2 tidak pula boleh mengabaikan murid2 yg dianggap kurang cerdik ini...Ada benarnya murid2 lebih menyukai guru2 yg bersifat kecindan ini..terbukti apabila setiap hari anak akk yg darjah 2 tu akan menceritakan betapa seronoknya belajar B.Inggeris dgn SIR nya yg suka berjenaka dan mengatakan pula benci dgn guru satu subject yg katanya..."ala cikgu tu sikit2 nak lempang...salah sikit nak lempang"....
yes..sgt btl n mmg wujud pun guru camtu. klu anak org kaya mula la nk buat baik...huhu
cikgu gen2merah tak macam tu kan? :)
sbnarnya pelajar amat menghargai sekiranya guru2 mendekati mereka..memberikan tumpuan dan layanan yang sama rata...tak de jurang antara pelajar cerdik dgn yg kurang crdik..kalau guru2 melayan mrka dgn baik insyaallah pelajar ini mampu menjadi yang terbaik =)
sy ada pgalaman ada guru garang.. saya selalu kene pulas pusat or tarik telinga.. diri ats kerusilah
tp kesalahn sayalah kan... sbb sy xsiap keje sek kot.. entah, xberapa ingat... kdg tu, bila result saya rendah... cikgu perli saya dpn2 kelas... malu sgt..
pnh sekali, result saya paling rendah.. org lain dapat A n B tapi saya dpt D.. Malu yg amat..
dlm diam saya tanam azam nak buktikan yg saya mampu... Akhirnya setiap ujian saya akn dapat markah tertinggi & dapat A.. Cikgu yang pada mulanya saya tak suka & sangat takut nak masuk kelas dia.. tapi akhirnya jadi cikgu yg paling saya suka.. & kami berdua jd rapat...hehhehehh
rasanya mmg ada cikgu yg macam tu...pilih kasih tapi tak semua la kan...sepatutnya kena la adil dgn murid2..baru la mereka ada semangat nak belajar...
disekolah guru ibarat ibu dan bapa kepada mereka. sebab tu bukan sekadar nama yg patut guru ingat malah segala karektor dan tingkah laku murid harus guru selami. :)
Chubby tol budak tu... haha..
tugas guru agak mencabar..kena pandai guna pendekatan nak disiplinkan student..bukan semua boleh terima dgn cara kita kan..kena layann sama rata..
sy suka cikgu yg sporting...cikgu yg garang2 ni memang x suka langsung...kerja dia asyik nak marah je...leceh la...sampai student pun hilang respect terus..
hope abg tak jadi cikgu yg macam tu ok (",)
betul tu..salah satu sikap yg baik adlah mendekati anak murid sebagai kawan...kan
Hola cikgu!
Bukan mudah nak jd cikgu favorite... Saya pernah juga ade experience jd cikgu dulu... Perangai murid yg berbagai ragam boleh menaikkan darah juga... hehehe... Tp bukan alasan utk kite mengikut perasaan & memilih kasih... Saya percaya cikgu2 skrg dibekalkan dgn ilmu yg cukup utk mendidik & membentuk anak murid... Siapalah dlm dunia ni yg suka cikgu garang, betul tak? :)
bukan mudah menjadi guru.anak murid ramai tp cikgu sorg.kena bahagi2 kasih syg dan tak boleh bezakan.dlm famili kita sendiri pun kadang2 timbuk ketiakadilan tentang pilih kasih nie kan..yg penting cikgu tu sendiri kena bijak..
selalunya pelajaran murid akan membawa pengaruh besar melalui guru..tak byk murid yg ambil sikap pilih kasih cikgu kpd rakannya sebagai cabaran utk cemerlang..
so cikgu ke be nice kepada semua murid.tak ada diskriminasi!
setuju sgt..sebahagiannya cikgu .tak ikhlas.
Betul tu, tapi tak semua cikgu mcm tu.
ANak murid cikgu ker ni ☺☺
guru2 yang selalu diingati setelah tamat persekolahan ialah guru kegemaran & guru yang kurang disenangi...huhuhu
unsur kecindan...errr kecindan tu bahasa melayu baku ke? baru pertama kali dengar la...hihihi
assalamualaikum cikgu dil...pada guru2 yg baik n suka berjenaka ini mmg jadi perhatian murid2nya kerana mereka akan terasa sebagai kawan bila bersama2 dgn cikgu itu ketika berada di luar bilik darjah... :)
moga cikgu dil akan jadi seorang guru yg disayangi oleh murid2nya...:)
tengok mata budak2 mmg rasa syurga... :)
buatlah kerja seikhlas hati.. InsyaAllah budak2 pon akan seikhlas hati menyayangi dan menghormati cikgu2..
bukan senang untuk menjadi seorang guru
kak ita rasa guru perlu mempunyai kemahiran dalam mendidik..dengan mengunakan pelbagai pendekatan...mcm anak kak ita...kalu marah lagi melampau....kalu kita puji atau bagi perhargaan baru dia bersemanggat...kalu sebelum ne..banyak masalah..sekarang ada kurang sikit dan dia seronok bercerita hal-hal sekolah.....
guru wlpun segarang mana pun bila ilmu yang diberi itu berkesan dan dapat dipraktikkan sampai sekarang kita akan rasa bersyukur teramat sgt..walaupun garang hatinya baik..tapi mungkin zaman dulu..zaman skrg mana boleh garang2 dah takut lain pula yang jadi..
betul tu beb. tp tu la..ramai pendidik masa kini memlih kerjaya guru krn bg mereka itu satu perkerjaan. tp bg mereka yg benar2 mahukannya akn mgangap ini satu pekerjaan yg perlu di hargai
mungkin sbb tu wujud cikgu yg pilih kasih. sgt x adil. ssh sgt ke nak lyn anak murid sama rata? tringat dulu aunty aku, dia dpt hadiah rebung dari sorg murid ni. murid ni ckp dia x mampu belikan hadiah. cuma mampu suruh mak dia masuk hutan, carikan rebung. smpi skrg cerita tu aku ingat. it shows that love is unlimited. why cant the teachers share some?
setuju..
dulu..hehhehe..sorry cikgu..n3..n3 cikgu selalu mengingatkan intan time intan sek dulu2..so betul ape yg cikgu ckp..
dulu..intan kene panggil cikgu kaunseling.ade 2-3org cikgu cube menyelami hati intan..hehhe..sbb dah nakal sgt kan.. ;p
setuju dengan perspektif ni...kekadang cikgu cikgu marah kat bebudak sebab dorang kurang berminat ataupun kurang ajar,mestilah ada penyebab yang tak dicungkil lagi...contoh paling senang,sy sendiri masa dulu kat sekolah... >_<
beratnya tanggungjawab yang dipikul
tanggungjawab guru amat berat...apapun saya sokong kenyataan kamu nie geng...ia seperti bermain layang - layang...ada masa tarik dan ada masa lepaskan...ikut situasi...begitu juga keadaan di dalam sekolah....semoga menjadi guru cemerlang...
Cikgu ni grg
tp bbudak xtkot pon
hamba baru saja menghantar tugasan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku..hal ni la yang menjadi topik dan isu dalam tugasan hamba kali ni...
kebanyakan teori juga menegaskan tentang guru penyayang dan boleh bertolak ansur mampu melahirkan pelajar yang cemerlang...dan bikan cikgu yang agresif
cikgu ni penyayang dengan kanak-kanak tak? hehe
akak memang jenis x tahan sabar.. tp akak x reti plak nak marah lama2,.. ngajar budak2 terutama yang menengah memang memerlukan hyper kesabaran tahap maksimum..
kadang2 tu ada jugak cikgu yg datang asuk mengajar habis tu keluar. kurang mesra pun ada~
Anak Che Mid, Farah tu nak SPm tahun ni. Cikgu fiziknya garang sangat dan suka menghukum. Tapi murid-murid suka sebab dia beritahu rasionalnya kenapa buat macam tu. Murid tak takut masuk kelas dan sentiasa siap sedia dgn soalan sebab tahu akhirnya mereka boleh score dgn cemerlang..
lain saya tak nampak cikgu tapi yang jelas budak tu mmg dobooot heheheh
http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/little-girl-sings-like-pro.html
hm , ada cikgu yang pilik kasih nih.
sy selalu kamcing dengan cikgu , then kwn2 sume jeless..heheh.
sy suka cikgu yg semangat kuasa 10.haha. :P
ada masanya mereka pelajar ada masanya juga mereka kawan..guru perlu ada kemahiran untuk mendekati pelajar..juga memahami mereka.
mencabar betul tugas guru.. saya pun sedang merasainya.
agree~ guru adalah sahabat kepada murid.. nak jadi guru yang hebat kena jadi sahabat yang hebat :D
selamat hari ahad bro! pekabo di tawau sana? hehe
yup. it's so true. saya pernah jdk GSTT. dan pernah mengajar budak2 kelas belakang. dia orang ni nakal dan suka perhatian sebenarnya. ada budak2 ni siap datang mengadu dgn saya kat bilik guru time rehat. hahaha... mungkin sbb sy treat dia orang mcm kawan jdk dia orang senang nak bercerita kot. entahlah. rindu pulak nak jadik cikgu tp kadang2 stress jgk. huhuhu...
Salam perpisahan buat cikgu Rasiah. Semoga ukhuwah persahabatan ini akan kekal dalam jalinan sepanjang hayat.
Post a Comment