Majlis Persaraan Cikgu Rasiah bt Atak
________________________________________________
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
- by Brothers lyrics-
Pengalaman dan kematangan beliau sepanjang berkihdmat dalam dunia pendidikan telah memberi banyak sumbangan dan jasa dalam menaikkan nama sekolah ini. Bayangan kehilangannya bakal dirasai buat teman-teman dan anak-anak didiknya.
Sepanjang empat puluh tahun mencurahkan bakti, kini tibalah masa yang dinantikan untuk ucapan terakhir kepada dunia pendidikan. Dengan senyuman dan air mata perpisahan, cikgu Rasiah telah meninggalkan memori yang paling indah di detik pengakhiran dalam perkhidmat beliau di sekolah ini.
Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala komitmen dan jasa yang ditaburkan oleh cikgu Rasiah selama ini. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Terima dengan redha perpisahan ini
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci
Hanya kenangan yang menjadi ingatan
Hanya ingatan yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin kita miliki memori lalu
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Kita Bertemu dan Tetap Pergi Jua
Salam perpisahan buat cikgu Rasiah. Semoga ukhuwah persahabatan ini akan kekal dalam jalinan sepanjang hayat.
KLIK BAWAH
untuk entri lama majlis persaraan guru-guru SKBPT:
42 comments:
pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa..hilang di mata tapi dekat di hati kan cekgu.....
jasamu dikenang...teringat plok cekgu2 sekolah..huhu ..rindunya
saya pun nak pencen gak...30 thn lebey lagi..hehe
banyak jasa cikgu ni ye..
mesti sedihkan... nanti akan tiba masa cikgu plak...hihihihi
jasa guru tetap dikenangan
kalau akak bersara nanti banyak ke hadiah macam yg cikgu tu dapat,... time hari guru jeles nengok cikgu muda anak dara dapat hadiah banyak, yg mak2 orang ni gigit jari je lee...
Belom stat keje tapi da pk bersara nti sbg ape. Msih cikgu, jd org atsan or keje lain hehe
pasni giliran cikgu gen 2 merah plak..haha
bab2 perpisahan zaman sekolah dgn cikgu yg mngajar saya dulu mesti rs sedih sgt.. lps tu ternanti2 siapa cikgu yg bakal ganti.. :-)
semoga kerjaya seoarang pendidik cikgu ni buka setakat ni sahaja...moga dia terus cemerlang dalam segala yang dikerjakan..amin =)
semoga kerjaya seoarang pendidik cikgu ni buka setakat ni sahaja...moga dia terus cemerlang dalam segala yang dikerjakan..amin =)
40 tahun? sangat lama.. zuan prnah 2 kali je tengok cikgu brsara time skolah dlu.. time mengajar takda plak..
setiapkali cikgu bersara sebak juga rasa, bila kita bersara (kalau sempatla) tak tau la macamana..tentu rsa sedih sgt.
mesti sedihkan...
Tapi dah adat, ada pertemuan pastinya ada perpisahan...
Salam cikgu,
Hola!
Setiap yg bermula pasti berakhir... Tp hidup perlu diteruskan... Sehingga ke titis keringat yg terakhir :)
Power tak ayat akak..hehehe :)
Cikgu dah berapa tahun mengajar?
Nak jwb komen cikgu tu... Inca Kola tu mmg takde tulis halal, tp bile check ingredient tiada kandungan alcohol, setakat harini minum berbotol2 tak pulak mabuk... tp klau minum byk2 mungkin boleh kena kencing manis...hehehehe...
Selamat bersara cikgu Rasiah....
teringat masa sekolah dulu..majlis perpisahan cikgu yg sgt2 disayangi oleh semua pelajar..menangis tak henti2..hahaha...kelakar pula rasanya..tapi betul kan..bila seseorang guru yg bagus dan berdedikasi bersara..mesti ada rasa sedih sebab terpaksa berpisah dengannya...
p/s : morning abg!!
assalamualaikum cikgu dil...sedih semuanyakan bila ada majlis mcm ni mmg begitulah perasaan semua sedih terpaksa berpisah...:)
cikgu...
walau dah bersara budimu tetap dikenang
dan yang paling besh
gelaran cikgu akan dibawa sampai bila2 =)
lamanya..mesti sedih ...selamat bersara cikgu Rasiah..jasa mu tetap dikenang oleh semua...
saat perpisahan mmg menyedihkan.. lebih2 lagi bila sudah 40tahun mnecurah bakti.. semoga kehidupan cikgu rasiah ini sentiasa diberkati olehNYA..
selamat bsara cikgu rasiah...
smoga cikgu bjaya diluar sane.. ;)
sedihnye tgk2 gamba nih kan..
mesti jadik cikgu kesayangan semua ni.
Tak hilang dia dari ingatan
Lebih 40 tahun bakti dicurahkan
Pengorbanannya tetap menjadi sebutan
hingga akhir hayatnya dikandung badan
Selamat Bersara Buat Pendidik Ini..Semoga Allah memberkati segala jasa2nya selama ini...
selamat bersara cikgu..
jasamu dikenang..
hanya Allah mampu membalas budi baik mu mendidik anak bangsa.. :)
P/s:cuba teka saya keje apa.. hehehehe~
teringt wktu sekolah dlu mjlis perpisahan camni semua dlm keadaan sedih dan terdiam aja... :(
selamat bersara cikgu...:)
baru sempat singgah sini..setiap yang bermula pasti akan berakhir..memang berat kan nak lepaskan seseorang yg dah bnyak jasa nie..kalau ade yang ganti pon tak sama peribadinya..itu yg buatkan org kenang..bukan senang nak lepas tanggungjawab seorang cikgu yg lama digalas..selamat bersara..
oren nya cikgu rasiah..hehe i loikeee
insyaallah..jasamu tetap dikenang,budimu dibawa hingga kemati..selamat bersara cikgu Rasiah..
bila sampai waktunya untuk bersara...sedihkan..
mesti sedih kan cikgu tu masa tu sebab da tiba masanya..
setiap permulaan ada pengakhiran..setiap pertemuan ada perpisahan..semoga khidmat bakti cikgu rasiah dikenang oleh semua warga sekolah cikgu.
40 TAHUN MENDIDIK..WAH LAMO TUH...
alaaa mesti cikgu ni baik n disukai ramai..selamat bersara...
saya selalu sedih kalau ada majlis perpisahan dengan cikgu2. tak kisah la retired ke tukar sekolah ke apa.. sobsob. sayu je rase~
tkasih cikgu atas jasamu
40 tahun..ya ampun, sgt lama tu~
oh, tetibe terfikir, masih sgt jauh perjalanan kita andai dipanjangkan usia~
berusahalah jgn tido selepas subuh...
tringat dulu2 majlis persaraan cikgu, sedih giler lbh2 lg kalau cikgu cikgu fav wuwu
Post a Comment