G2M Superfriends

Thursday, January 12, 2012

Kami mahu PULANG

Jam hampir menunjukkan pukul 3 petang. Namun masih kelihatan beberapa kerat orang murid yang masih duduk di pondok luar pagar sekolah yang setia menanti ketibaan kenderaan mereka untuk pulang. Setiap kali  jika saya pulang lewat, acapkali jugalah ada murid-murid datang berjumpa.

" sikguuu, kami nak tumpang balik rumah.. kami tertinggal bas sekolah lagi".

Dulu masa mula-mula posting di sini, saya ingatkan murid-murid ni  hanya saja-saja je nak ikut tumpang balik sebab nak merasai naik kereta cikgu yang mewah ini.. ekekeke.. (cewah kononnn). 

Yaa, rupa-rupanya saya tersilap.

Pernah sekali semasa pulang lewat dari sekolah, saya terserempak dengan sekumpulan pelajar-pelajar saya di pertengahan jalan yang hanya pulang dengan berjalan kaki. Ya, jarak dalam 7 batu jauhnya. Bila saya sapa, rupanya mereka tertinggal @ memang sengaja ditinggalkan oleh pengusaha bas sekolah mereka.

Kes murid ditinggalkan oleh bas tumpangan mereka bukan hanya sekali dua di sekolah ini. Murid lewat sikit, konfom akan kena tinggal. Hanya kerana gelagat kanak-kanak yang lazimnya leka bermain, sedar tak sedar rakan-rakan mereka yang lain sudah pun pulang menaiki bas sekolah mereka. Kasihan :'(

Yang tergamaknya, bila dah jalan tak terlintas pula kepala hotak pemandu bas sekolah ini untuk datang mengambil kembali pelajar-pelajar yang ditinggal ini. Tinggallah murid-murid kecil ini terkapai-kapai untuk mencari jalan untuk pulang ke rumah sendirian. Apatah lagi jika murid malang itu adalah murid tahun 1 yang masih belum kenal erti  persekitaran mahupun murid perempuan yang pastinya merisaukan ibu bapa mereka. 

Nasib baik banyak guru-guru yang prihatin menghantar mereka pulang.

Sepatutnya pengusaha-pengusaha bas sekolah ini perlu bertanggungjawab atas soal keselamatan murid-murid yang diamanahkan oleh ibu bapa murid tersebut. Mereka telah dibayar bulanan sebagai kepercayaan untuk mengambil dan menghantar pulang murid-murid tumpangan mereka dengan selamat.

Soal keselamatan dan kebajikan murid di kawasan persekitaran sekolah  adalah di bawah tanggungjawab guru-guru. Namun bila dah keluar dari kawasan perkarangan sekolah, tugas dan amanah tersebut akan diambil alih sepenuhnya oleh pengawal keselamatan mahupun pengusaha bas sekolah  yang telah diamanahkan.


Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #14 | THE NOTE

SAMSUNG Galaxy Note


Pandai beli,
Guna tak reti. 
(",) xoxo

Tuesday, January 10, 2012

Murid dan CUTI SEKOLAH


Pada suatu pagi yang ceria, cikgu Zuhaidah bertanya kepada anak-anak murid Pra Sekolahnya yang comel mengenai destinasi percutian mereka bersama keluarga semasa musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Murni, pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi ke mana ?

Murni : Saya nak balik kampung atuk saya di Semporna.

Cikgu : Kamu Siti?

Siti : Saya dan keluarga akan mendaki Gunung Kinabalu.

Cikgu : Kamu Ali?

Ali : Saya teringin nak pergi 'Bulan' la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ali.

Cikgu : Ali, kalau nak pergi ke bulan kena jadi angkasawan dulu ya. 

Ok, kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam pun menjawab…

Adam : Saya nak pergi ke 'Matahari'…

Cikgu : Adam… matahari kan panas mana ada manusia pergi sana….

Adam : Saya akan pergi malam cikgu…. 

Hehehe (",)

p/s: Watak dan jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata. ekekeke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...