Minggu awal persekolahan ini sedang berlangsungnya Program Transisi untuk murid-murid Tahun 1 sebagai pendedahan awal kepada anak-anak ini untuk menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah.
Turut sama hadir sudah tentunya ibu bapa yang menemani anak-anak kesayangan mereka sejak awal pagi. Anak-anak yang dibelai penuh kasih sayang, sudah pastinya ingin mengharapkan didikan dan bimbingan yang terbaik daripada guru-guru di sekolah.
Bila perhatikan gelagat ibu bapa ni, teringat plak saya dengan luahan guru-guru yang semakin popular kebelakangan ini. (",)
"Ibubapa sekarang tak sama macam dulu. Anak kena jentik sikit ibu bapa dah melenting salahkan guru".
Hehehe. Yaa, itu sudah semestinya. Bagi saya, ibu bapa zaman sekarang jauh lebih matang berbanding ibu bapa kita zaman dulu. Dahulu apalah sangat, ibu bapa rata-ratanya terdiri daripada 'masyarakat kampung' yang hanya mengiyakan apa saja perlakuan guru terhadap anak-anak mereka. Ajar, didik, bimbing dan denda sajalah anak-anak mereka jika nakal, asalkan jangan kasi mati cukuplah.. :D
Tetapi zaman sekarang jauh lebih berbeza. Ibu bapa kini rata-rata lahir daripada masyarakat yang serba moden dan lebih berfikiran matang. Bukan yang hanya menjawat jawatan profesional, malah mereka yang bekerjaya sebagai nelayan sekalipun boleh 'melenting' jika anak-anak mereka tidak diajar dengan betul oleh guru-guru mereka.
Seorang guru sendiri pun, pasti akan panas telinga jika anak-anak mereka didenda oleh guru lain tanpa alasan yang munasabah.
Itulah cabaran pendidikan masa kini. Guru-guru kena bersiap sedia bukan hanya dari segi jasmaniah, malah rohani dan intelek juga perlu diasah sebaiknya agar bersedia menghadapi cabaran alam persekolahan yang seringkali dianggap 'mudah' oleh mereka-mereka yang memandang remeh kerjaya pendidik ini. (",)




