G2M Superfriends

Tuesday, October 11, 2011

Jangan terlalu BERBANGGA



"Jangan bangga dgn handphone mahal/canggih, kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita adalah DOA " 

''Jangan bangga dgn rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR 

''Jangan bangga dgn title/gelaran, kerana title kita yg terakhir adalah... ALMARHUM" 

"Jangan bangga dgn wajah yg cantik/handsome, kerana wajah kita yg terakhir adalah TENGKORAK " 

"Jangan bangga dengan kereta mewah ANDA, karena kereta terakhir ANDA adalah KERANDA JENAZAH" 

"Jangan Sombong dengan Tempat tidur, Kerana yg terakhir adalah TANAH",,.

Thanx to Mazliza Musa 4 sharing (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Thursday, October 6, 2011

BERSEDIA untuk berubah


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Dalam kehidupan ini, tatkala kita sibuk mengejar kemewahan dunia, Allah uji kita dengan pelbagai dugaan dan kerumitan.

Dan kita berkata "Ya Allah, mengapa sebegini berat ujian mu terhadapku?"

Janganlah kita sekali-kali menyesal dan merungut! Kerana dugaan itulah yang mengentalkan hati dan jiwa kita ke arah kejayaan. Dan di situlah jua tuhan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya... 

Wallahhualam.. 

    ~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Wednesday, October 5, 2011

DOA IBU Sepanjang Zaman

Kasih Ibu Sepanjang Zaman 



Semasa kita berumur 1 tahun,ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita
Tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..

3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat
Namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai...

4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan
Tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..

5 tahun, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya
Namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak..

7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah
Tapi kita mengatakan dan menjarit.."TAK NAK"..

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen,bershopping,ke rumah kawan
Namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...

11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak
Tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita...

12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan menengok tv selalu
Namun,kita membalasnya dengan menengok tv apabila ibu tiada di rumah..

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"

16 tahun, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik drp kerja
Namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan
bersendirian...

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang
Tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan2..

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk u dan mengangkat beg kita dengan penuh rasa kasih dan sayang
Namun,kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu
nampak dek kawan-kawan..

20 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf?
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!"..

21 tahun, ibu bertanya pa cita2 kita?
Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan2 bahawa baju itu
tidak cantik kerana ibu yang belikan..

25 tahun, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata
ibu sayang dan kasih kepada kamu
Namun,kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu
sejauh 300km..

27 tahun, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi
Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"

40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung
Namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG
NI!!"...

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita..
Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan apple dan merungut
tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..

Satu hari,ibu meninggal dunia..
Sempatkah kita membalas jasa ibu?
Berbaloikah jasa ibu ke atas kita?
Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya..

Berbaktilah kepada kedua ibu dan bapa selagi hayat masih ada...

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~
 
Sumber: Email Yahoo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...