Friday, January 20, 2012

KEDAMAIAN dan KESEMPURNAAN diri


Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dalam pagi Jumaat yang ceria.

Semoga kehidupan saya dan anda pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Semoga kita semua sentiasa dikekalkan kesihatan diri dan kesejahteraan yang sempurna. Moga-moga tiada kekurangan dan kekangan yang bisa membantutkan usaha kita untuk kekal lebih maju dengan impian dan cita-cita harapan.

Selang beberapa hari ini saya sentiasa ligat berfikir bagaimana harus untuk membawa pembaharuan diri ke arah  matlamat yang saya harapkan selama ini. 

KEkecewaan+ KEgagalan, + KEmurungan + KEtidakstabilan dan bermacam-macam jenis 'KE' negatif yang sentiasa bersangkar dalam jiwa sanubari akhir-akhir ini.

Insyaallah. Doakan sahaja yang terbaik untuk diri ini agar kekal dengan komitmen dan semangat yang jitu ke arah titik tujuan yang diharapkan kelak.

Terima kasih buat semua. (",)

33 comments:

  1. InsyaAllah, saya doakan semoga perjalanan hidup cikgu dan kita semua baik2 aje

    ReplyDelete
  2. dengan sedikit dugaan insyaallah akan jadikan kita lebih matang dan lebih berusaha perbaiki diri.. moga dpermudahkan segala urusannya :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cikgu Dil...moga akan selalu dpt memajukn diri ke arah yg baik...:)

    ReplyDelete
  5. buka sangkar jiwa tu...lepaskan semua "KE" yang negatif...biarkan terbang dibawa angin...


    sentiasa berfikiran positif walaupun masalah melanda.... ^_^"


    selamat pagi banggg...ekekeke

    ReplyDelete
  6. kita kalau selalu berfikir benda2 yang negetif, ianya akan mempengaruhi emosi kita..

    akak harap semuanga akan baik2 nanti ok..InsyaAllah dan semoga GM tabah menghadapi

    ReplyDelete
  7. think positive alwayss..insyaALLAH semuanya pasti baik2 sahaja..apple akan sntiasa doakn Encik moga dapat mencapai apa yang Encik hajati..Amin..:)

    ReplyDelete
  8. salam jumaat.moga harini membawa keberkatan kepada kita.

    ReplyDelete
  9. perasaan yg cikgu alami tu lumrah..kdg² ada masa-masanya kita mmg rs mcm tu..sy pon kdg camtu.


    think + cikgu.


    time-time mcm ni cari bacaan yg blh naikkan semangat cikgu.


    tiada kejayaan tanpa kegagalan.


    sentiasa ingt yg hidup kita mgkin lebih bertuah berbanding insan lain yg lebih sukar liku hidupnya.


    atu pegi melancong ke? cuti sekolah seminggu nih :)


    sy doakan cikgu temukan kekuatan yg dicari.

    ReplyDelete
  10. insya allah kuat kan semangat anda..:D

    ReplyDelete
  11. semoga cikgu akan bertemu dengan kedamaian yg cikgu cari..dekatkan diri dengan-Nya pasti akan menjadi lebih tenang

    apa pun..hadapi semuanya dengan senyuman (",)

    p/s : morning abg cikgu!!

    ReplyDelete
  12. salam jumaat...
    insyaallah..apa yg di cari pasti ditemui..fikiran yg positif akan menguatkan jati diri..

    ReplyDelete
  13. Dalam perjalalan menuju ketitik matlamat...pelbagai KE yg akan kita tempuhi..KE itu menguji KEtabahan..KEsungguhan dan KEkuatan diri menempuhinya sehingga akhirnya KEjayaan akan kita temui...InsyaAllah....

    ReplyDelete
  14. Sy doakan KITA semua akan dilindungi dan diberkati hidup oleh Allah SWT!

    =D

    P/S - Sy rs, rugi klu nak isi setiap saat hidup kita dgn negative thinking....chill ok?

    ReplyDelete
  15. wsalam..

    yg pnting cikgu kne kuat smangat n sentiasa pikir positif..

    pikir org lain lg byk "KE" tp boleh harunginya so, cikgu pun pasti boleh!!

    ReplyDelete
  16. INSYAALLAH..dalam kepala dah tak sabar nak balik kampung..huhuhu

    ReplyDelete
  17. moga Allah permudahkan segala urusan dan berikan yg terbaik ^^ amin..

    ReplyDelete
  18. semogasaja akan lebih baik ya gan,,saya juga berharap seperti itu,,salam kenal kunjungi kami juga ya

    ReplyDelete
  19. Semoga kita dpt memperbaharui diri kita ke arah yg lebih baik...be positif, insya'allah.

    ReplyDelete
  20. nape negatif je cikgu?

    erm moga apa y diharapkan akn tercapai

    maybe tak 100% tapi kire oke la dr xde lngsung kan?

    ReplyDelete
  21. KE - dua terakhir sedang membelengu diri..jiwa kacau..

    ReplyDelete
  22. nape ni cikgu..
    jgn sedih2 ok..
    ye...moga2 kite sntiasa dlm rahmatnye..;)

    ReplyDelete
  23. byk lg yg cikgu harus tempuhi,inilah dunia,bila kita kejar dunia ianya semakin jauh,kalau kita kejar akhirat ia semakin dekat dgn kita.kita ni ibarat pelintas jalan.

    ReplyDelete
  24. akak mendoakan segala yg baik2 utk awak.. semoga segala yg negatif itu dapat ditukar menjadi positif.. kena bertenang, berehat dan berdoa banyak2.. insyaAllah, semuanya akan jadi OK.. take care yer.. Selamat bercuti..

    ReplyDelete
  25. Selamat Jumaat.
    Mari berpositif...

    ReplyDelete
  26. semua KE itu adalah ujian dan dugaan.. Allah sedang menguji kita.. sekuat mana dan seteguh mana iman kita padaNya...

    ReplyDelete
  27. Insyaallah cikgu..klu kita bawa kehidupan dengan baik, baiklah jadinya..terus bersemangat!

    ReplyDelete
  28. muhasabah diri moga diberi ketenangan jiwa dariNya

    ReplyDelete
  29. selalulah berprasangka baik... kerana Allah tahu segla yang terbaik buat kita... hadapilah dengan senyuman...:)

    ReplyDelete
  30. ubati hati dengan senyum dan muhasabah diri..cari yang mana salahnya diri kita..

    ReplyDelete