Friday, September 30, 2011

Satu HATI Satu SEMANGAT Satu SOKONGAN

Jika diimbas kenangan lama, betapa indahnya zaman persekolahan dulu. Dalam kelas, bermacam ragam bermacam karenah dikalangan kawan-kawan sekelas. Yang jahat, yang baik, peramah, pendiam, nakal, jahat, baik hati dan beribu macam karenah lagi. 

Apa pun point yang saya nak sampaikan di sini ialah, sejauh mana pun kebencian dan kerenggangan kita sesama rakan sekelas, sebenarnya ia tidak pernah menjarakkan kita untuk "Bersatu hati" bila melibatkan pertandingan yang melibatkan kelas kita dengan kelas yang lain.

Tidak kiralah pertandingan itu itu melibatkan pertandingan kuiz, syarahan, nyanyian, pertandingan kebersihan mahupun perlawanan persahabatan sukan, kita atas semangat satu kelas pasti akan menyokong rakan-rakan kita. 

Sorakan dan tepukan sudah cukup untuk memberi semangat yang tinggi kepada rakan-rakan kita yang berjuang untuk mengharumkan nama kelas. Bangga rasanya bila nama kelas kita disebut sebagai Johan/pemenang dalam setiap pertandingan. 

Itu lah yang dinamakan satu hati satu semangat. Kenangan lama yang sukar untuk dilupakan.

Pagi tadi berlangsungnya perlawanan persahabatan Futsal dan Bola Baling tahun 6 yang melibatkan kelas A dan kelas B. Kesungguhan pemain dan sorakan padu daripada penyokong kedua-dua pasukan sedikit sebanyak telah mengembalikan memori lama saya kepada zaman persekolahan dulu. 

Baru lah saya tahu, bila berdiri sebagai seorang guru, rasa teruja bila melihat murid-murid bersama-sama gurunya bersorak untuk mengharumkan nama kelas mereka.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

22 comments:

  1. rindu dengan aksi2 murid tahun lalu...apa khabar mereka...betul tu geng...sokong dengan kenyataan entri mu

    ReplyDelete
  2. wah.. perasaan seorang guru bila berdepan dgn anak murid. satu2nya kerjaya yg sy x nk adalah cikgu bkn benci cikgu tp takut dpt pelajar bebal mcm sy dulu kt sekolah.. :D

    ReplyDelete
  3. THE LEKAT LEKIT STORY ---->

    ehehe.. lekit dulu rupanya seorang pelajar yang degil ye,.. ehehe.. pa pun semuanya kenangan kan.. hee

    ReplyDelete
  4. Program lepas UPSR???
    Menarikk...
    Kami kat sini masih
    bertungkus lumus untuk
    SPM & STPM...:)

    ReplyDelete
  5. Memang teruja bila kelas kita menang sesuatu pertandingan. Pelajar lebih2 lagi.

    ReplyDelete
  6. salam gen2merah....bersatu hati semuanya yer...bangga dpt anak murid yg mengamalkn sikap beginikn...:)

    ReplyDelete
  7. missgee---->

    Ye ke? baguslah tu kan cikgu... Murid2 kan kena seimbang dari segi JERI.. selepas UPSR, guru2 berusaha untuk mengembangkan emosi dan Jasmani mereka.. guru2 kat sekolah cikgu pula perlu berusaha unutk meningkatkan intelek dan emosi mereka dalam persediaan menghadapi peperiksaan SPM STP..

    ReplyDelete
  8. whitecappuccino ---->

    baik pelajar mahupun guru, bila semua dah bersatu hati dan menang sesuatu pertandingan, pasti semua akan berbangga kan....

    ReplyDelete
  9. maszull ---->

    iya mama... mudah2an semangat mereka ini akan diteruskan bila mereka dewasa kelak

    ReplyDelete
  10. tak de gambar gen2 merah pom dalam gambar tu..?haa

    ReplyDelete
  11. H.J ---->

    eh, adalah saya kat situ.. tuuuu.... ehehe

    ReplyDelete
  12. betul2.. semangat satu kelas tu akan di kenang sampai bila2.. :)

    ReplyDelete
  13. elnino moona ---->

    betul kan... salam moona.. lama tak bersua di sini kan.. welcome back...

    ReplyDelete
  14. itulah sebahagian drp keseronokan menjadi guru ....
    melihat semangat murid, kegirangan n gelak tawa mereka membahagiakan kita! :)

    ReplyDelete
  15. saya suka entri ni.thumbs up!! kenangan masa sekolah dulu terus datang.tengah senyum sorang2 ni :)

    ReplyDelete
  16. yay!
    bersatu hati kita teguh
    bercerai hati kita roboh!
    hehee
    cm pelik je mimi taip tu
    heheheheh

    ReplyDelete
  17. jat nk jd ckgu tp entahlah impian x tercapai lg.huhu

    ReplyDelete
  18. Ko buat aku tringat knangan jd cikgu weh. Mmg best. Tp mmg btul, masam2 muka pun btgur. Xyah pendam lama2 =)

    ReplyDelete
  19. hai..slm knl..rasanta cikgu fad dah lama follow gen2 merah...aiannya gen2 xpasan kita....huhu...tahniah follower ke 555...rasanya cam ada hadiah je tuk follower bertuah ni..hehe

    ReplyDelete
  20. melawat sini balik..:)
    churp churp tu sama macam iklan nuffnang jugak...cuma churp churp ni kita share iklan dorang..:)

    ReplyDelete
  21. lari tajuk:
    sori ye cikgu 'merah'..
    anak murid yang sorang ni selalu ketinggalan kat blog ni.. keadaan kesihatan tidak mengizinkan..

    ReplyDelete