G2M Superfriends

Saturday, April 30, 2011

Hari tanpa beg plastik

Hari ini hari Sabtu. Rupanya hari ini ada sesuatu yang saya tak tahu menahu pada hari ini di sebuah Supermarket. Hmmm...

"Abang ada bawa beg membeli belah sendiri tak?"

"Bawa beg? Untuk apa?"

"Abang tak tahu ke? Hari ini hari Sabtu. Setiap pengunjung yang datang ke pasaraya hari ini kena bawa beg sendiri untuk menyimpan barang-barang yang dibeli ni. Mana-mana supermarket pun buat macam tu bang."

Betul jugak. Di sebelah cashier ini terpampang sebuah notis yang berbunyi,  


" HARI TANPA BEG PLASTIK. SELAMATKAN BUMI KITA".


"Ooo ya ek? baru plak saya tahu ni. Jadi macam mana saya nak angkut barang-barang yang saya beli ni? Takkan nak angkut pakai tangan kosong je?"

"Takpalah bang, kami akan berikan abang kompek (beg plastik). Tapi kena cas 20 sen la. Hehe"

Baru plak saya tahu rupa-rupanya pada setiap hari Sabtu, pasaraya-pasaraya sedang giat menjalankan kempen "Selamat kan bumi" dengan slogan "Hari Tanpa Beg Plastik. Kempen ini rupanya sudah dijalankan pada 1 Januari lalu lagi. kesian, ketinggalan zaman betul aku ni aaa.. Ngeee~. Bukan pa, orang bujang macam saya memang jarang nak pegi supermarket membeli belah. Hehehe..

Beg Plastik umpama toksid di muka bumi, susah untuk dilupuskan dan dibersihkan . Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.

Tadi saya sempat searching di google mengenai kempen yang dijalankan ini. Rupanya tidak semua kempen yang murni ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Salah satu isu yang masih belum terungkai, Hari Tanpa Beg Plastik untuk setakat ini hanyalah disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya. 

Namun, kempen ini tidak langsung dijalankan oleh kedai-kedai runcit, pasar-pasar tani dan sebagainya. Apa  yang ingin saya maksudkan di sini ialah perlaksanaan masih tidak menyeluruh dan penguatkuasaannya masih lemah.

Bagaimanapun langkah mengharamkan pengguanan beg plastik adalah satu langkah awal sebelum ianya dijalankan secara menyeluruh.

Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik. Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Monday, April 25, 2011

2 Malaysia


Suatu pagi di Kelas Pemulihan SKBPT. Murid pemulihan tahun II bergabung dengan murid pemulihan tahun III.

"Okey kelas hari ini kita akan buat satu permainan. Permainan padan dan menang. Tapi sebelum tu cikgu mau kamu dibahagikan kepada dua kumpulan ya".

Murid-murid  bergerak  mencari kawan masing-masing yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang kesemuanya.

"Ok, dah dapat kawan dah ada kumpulan, sekarang cigu nak setiap kumpulan beri nama kumpulan kamu masing-masing."

Murid-murid berkumpul membincangkan nama kumpulan mereka. 

"Okey, kumpulan I, apa nama kumpulan kamu?"

"Hmmm.... nama kumpulan kami ada lah kumpulan 1 Malaysia." "yeaaaahh". Nurain selaku ketua kumpulannya begitu bersemangat melaungkan nama kumpulan mereka.

"Okey, kumpulan II plak. Haaa Sukri, pa nama kumpulan kamu?"

"Hmmmm, aaaa... Nama kumpulan kami adalah kumpulan 2 Malaysia.... " hahahaha". Satu kelas tergelak.. 

Aduhai, murid-murid pemulihan ni bikin aku senak perut jak. HAHAHA


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Sunday, April 24, 2011

Saya nak kacau bini awak !!

"hai sayang, sori lambat balas, penat betul tadi". Salam sayang - dr Bob

Tiba-tiba saja darah jantan Abu menyerinap naik ke kepala sebaik saja terbaca sms yang muncul di skrin telefon bimbit isterinya sebentar tadi.

"Bob? Siapa si Bob ni? Napa dia hantar sms macam ni kat handphone isteriku?" Abu bersuara dalam hati.

Abu yang baru sahaja tiba di rumahnya semakin tak keruan pada ketika ini. Rasa keletihan tadi kian hilang ditenggelami rasa marah yang teramat. Macam dirasuk syaitan ja rasanya. Mujur dia bukan jenis yang pemanas baran. Sekali sekala dia cuba untuk menjeling tajam ke arah isterinya yang sedang lena dibuai mimpi. 

Astaghfirullahhal'azim. Sabar. Abu cuba kawal, namun masih tetap tidak berpuas hati. Keinginannya masih membuak-buak untuk mencungkil segala pertanyaan yang bersarang di kepalanya malam itu. Dia cuba untuk  membalas sms jiwang itu.

"Oh, penat ye. Buat pa tadi?". Abu cuba menghantar sms menyamar.

"Hmmm, abang baru pulang men badminton tadi. Sayang suda makan?". Nombor misteri itu membalas dengan ayat-ayat yang bisa mengguris hati seorang suami.

Abu semakin geram. Beberapa sms yang dihantarnya kepada nombor itu sudah cukup nyata menyebut nama isterinya.

Siapa dia ni? Tak guna betul. Abu cuba pula untuk menelefon nombor tersebut untuk lebih kepastian. Manalah tau kawan isteri dia ke yang saja nak main-main.

'tut tuttt'....

"Hello"...

"Hai yang. Lambatnya balas sms. Watpa tu? Abang rindu lah.."

Cissss.. memang sah suara lelaki menggatal. Abu tidak menjawab. Dia off kembali talian, cuba  mengucap beristighfar panjang-panjang. Tak tertahan rasanya dia nak menjerit. Tak syak lagi. Lelaki ini dan isteriku sudah lama berhubung sejak ketiadaan aku di rumah selama ni.

"Sialannn. Kurang asammmm. Tak guna punya jantan keparat. Berani kau ganggu isteri aku ya." Bisik hati kecilnya.

"Siapakah agaknya lelaki itu? Ada orang menggatal nak mengurat bini aku ya? Atau bini aku yang main kayu tiga dengan aku sekarang ni? ". Semakin bingung Abu dengan persoalan yang kian menyerang mindanya malam ini.

Abu merupakan seorang cikgu yang baru saja bertugas dan diarahkan berkhidmat nun jauh di pedalaman. Manakala isterinya seorang suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak-anak mereka. Jarak antara sekolah tempat Abu berkhidmat dengan rumahnya bolehlah dianggarkan 4 jam lamanya dalam sekali perjalanan. Abu hanya akan pulang seminggu sekali ke rumah mereka semata-mata untuk menjenguk kasih dan sayang pada isteri dan kedua anak-anak mereka yang masih kecil.

Namun langit tidak selalunya cerah. Malam ini segala rahsia bakal terbongkar. Abu semakin tak faham. Selama ini mereka hidup berbahagia dengan anak-anak mereka. Tidak ada pun salah faham antara mereka. Tapi mengapa? Tergamak isterinya bermain kayu tiga sepanjang ketiadaannya di rumah ni.  Sejak Abu ditempatkan bertugas di kawasan yang jauh, barulah terdetik sedikit perubahan perangai isterinya. Beracam-macam kata semburan dan makian yang terucap di dalam hatinya sekarang ini.

"Hmmm, patut pun kebelakangan ini isteri ku semakin dingin dengan kepulangan ku. Takda lagi layanan mesra seperti sebelum ni. Anak-anak pun semakin terabai. Hari-hari duduk depan laptop main Fesbuk main Blog je kerjanya. Dari situ kot dia mula berkenalan dengan lelaki lain. Hmmmm...."

Hati Abu semakin panas membara. Kalau boleh dia nak cekik-cekik ja bininya yang lena dibuai mimpi di katil ini. Namun keimanan di dada masih utuh untuk mengawal nafsu kemarahannya ketika ini. Jangan terburu-buru. Tak baik salah sangka. Nanti padah jadinya. Takda guna dia marah sekarang ini jika tidak ada bukti yang kukuh. 

"Takpa, aku akan siasat. Aku akan pasang perangkap. Sms-sms ini akan menjadi saksi. Kalau betullah isteri aku curang dari belakang, aku akan ajar ko cukup-cukup. Ko tunggu. Ada masanya Allah akan tunjukkan juga kebenaran."

"Tak sabar juga aku nak lanyak lelaki durjana setan keparat tu. Jangan ko ingat kau kacau bini orang ko akan bahagia. Ko tunggu, kejap lagi nahas lah kau. Tak sabar aku nak cangkul kepala hotak ko macam ni"------>
v
v
v
v
v

v


Gen2Merah----> Kita pernah ditontonkan video-video yang memaparkan kes isteri curang bersama lelaki lain yang dibelasah beramai-ramai oleh si suami dan kawan-kawannya. Kisah di atas mungkin juga pendorong terjadinya satu lagi kes.

Seseorang lelaki yg sudah beristeri mahupun tidak usahlah mendekatkan diri dgn wanita bermasalah yangg sudah bersuami. Selalunya di situlah bermulanya hubungan yangg terlarang. Mula-mula kawan-kawan, jadi kasihan, lama-lama menjadi sayang dan akhirnya cinta pun datang. 

Hubungan seperti itu biasanya mengundang masalah, air mata dan dosa2 besar. Tiada siapa pun yg beruntung dalam situasi begitu. Wanita itu akan mengingkari suaminya, mengabaikan anak-anaknya dan begitu jugalah suami tadi terhadap isterinya dan anak2nya. Jika gagal diselesaikan, tidak mustahil wanita itu nanti bercerai dgn suaminya lalu berkahwin pula dgn lelaki berkenaan yang mana lelaki berkenaan juga menceraikan isterinya atas alasan sudah tiada bersefahaman.

Buat Sahabatku Abu (Bukan nama sebenar)-----> banyakkan beristighfar. Mengucap panjang-panjang. Moga semuanya baik-baik saja. Harap ianya dapat diselesaikan dengan baik. Insya Allah ada jalan yang terbaik untuk meleraikan segala kekusutan.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...