Sunday, February 26, 2012

MAJLIS PERSARAAN Cikgu Rasiah Atak

Majlis Persaraan Cikgu Rasiah bt Atak
________________________________________________


"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"
- by Brothers lyrics-

Hari Jumaat bersamaan 24hb Februari yang lalu, telah berlangsungnya sebuah Majlis Persaraan buat seorang cikgu yang amat dikasihi oleh seluruh warga kerja SK Batu Payong. Cikgu Rasiah binti Atak, merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang telah berkhidmat selama 40 tahun dalam dunia pendidikan. 

Pengalaman dan kematangan beliau sepanjang berkihdmat dalam dunia pendidikan telah memberi banyak sumbangan dan jasa dalam menaikkan nama  sekolah ini. Bayangan kehilangannya bakal dirasai buat teman-teman dan anak-anak didiknya.

Sepanjang empat puluh tahun mencurahkan bakti, kini tibalah masa yang dinantikan untuk ucapan terakhir kepada dunia pendidikan. Dengan senyuman dan air mata perpisahan, cikgu Rasiah telah meninggalkan memori yang paling indah di detik pengakhiran dalam perkhidmat beliau di sekolah ini.

Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala komitmen dan jasa yang ditaburkan oleh cikgu Rasiah selama ini. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.

  
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Terima dengan redha perpisahan ini

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi 
Di Atas Jalinan Yang Suci
   
Hanya kenangan yang menjadi ingatan
Hanya ingatan yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin kita miliki memori lalu

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Kita Bertemu dan Tetap Pergi Jua

Salam perpisahan buat cikgu Rasiah. Semoga ukhuwah persahabatan ini akan kekal dalam jalinan sepanjang hayat.

KLIK BAWAH 
untuk entri lama majlis persaraan guru-guru SKBPT:


42 comments:

  1. pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa..hilang di mata tapi dekat di hati kan cekgu.....

    jasamu dikenang...teringat plok cekgu2 sekolah..huhu ..rindunya

    ReplyDelete
  2. saya pun nak pencen gak...30 thn lebey lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. mesti sedihkan... nanti akan tiba masa cikgu plak...hihihihi

    ReplyDelete
  4. kalau akak bersara nanti banyak ke hadiah macam yg cikgu tu dapat,... time hari guru jeles nengok cikgu muda anak dara dapat hadiah banyak, yg mak2 orang ni gigit jari je lee...

    ReplyDelete
  5. Belom stat keje tapi da pk bersara nti sbg ape. Msih cikgu, jd org atsan or keje lain hehe

    ReplyDelete
  6. pasni giliran cikgu gen 2 merah plak..haha

    ReplyDelete
  7. bab2 perpisahan zaman sekolah dgn cikgu yg mngajar saya dulu mesti rs sedih sgt.. lps tu ternanti2 siapa cikgu yg bakal ganti.. :-)

    ReplyDelete
  8. semoga kerjaya seoarang pendidik cikgu ni buka setakat ni sahaja...moga dia terus cemerlang dalam segala yang dikerjakan..amin =)

    ReplyDelete
  9. semoga kerjaya seoarang pendidik cikgu ni buka setakat ni sahaja...moga dia terus cemerlang dalam segala yang dikerjakan..amin =)

    ReplyDelete
  10. 40 tahun? sangat lama.. zuan prnah 2 kali je tengok cikgu brsara time skolah dlu.. time mengajar takda plak..

    ReplyDelete
  11. setiapkali cikgu bersara sebak juga rasa, bila kita bersara (kalau sempatla) tak tau la macamana..tentu rsa sedih sgt.

    ReplyDelete
  12. mesti sedihkan...
    Tapi dah adat, ada pertemuan pastinya ada perpisahan...

    ReplyDelete
  13. Salam cikgu,

    Hola!

    Setiap yg bermula pasti berakhir... Tp hidup perlu diteruskan... Sehingga ke titis keringat yg terakhir :)

    Power tak ayat akak..hehehe :)

    Cikgu dah berapa tahun mengajar?

    ReplyDelete
  14. Nak jwb komen cikgu tu... Inca Kola tu mmg takde tulis halal, tp bile check ingredient tiada kandungan alcohol, setakat harini minum berbotol2 tak pulak mabuk... tp klau minum byk2 mungkin boleh kena kencing manis...hehehehe...

    ReplyDelete
  15. teringat masa sekolah dulu..majlis perpisahan cikgu yg sgt2 disayangi oleh semua pelajar..menangis tak henti2..hahaha...kelakar pula rasanya..tapi betul kan..bila seseorang guru yg bagus dan berdedikasi bersara..mesti ada rasa sedih sebab terpaksa berpisah dengannya...

    p/s : morning abg!!

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum cikgu dil...sedih semuanyakan bila ada majlis mcm ni mmg begitulah perasaan semua sedih terpaksa berpisah...:)

    ReplyDelete
  17. cikgu...
    walau dah bersara budimu tetap dikenang
    dan yang paling besh
    gelaran cikgu akan dibawa sampai bila2 =)

    ReplyDelete
  18. lamanya..mesti sedih ...selamat bersara cikgu Rasiah..jasa mu tetap dikenang oleh semua...

    ReplyDelete
  19. saat perpisahan mmg menyedihkan.. lebih2 lagi bila sudah 40tahun mnecurah bakti.. semoga kehidupan cikgu rasiah ini sentiasa diberkati olehNYA..

    ReplyDelete
  20. selamat bsara cikgu rasiah...
    smoga cikgu bjaya diluar sane.. ;)
    sedihnye tgk2 gamba nih kan..

    ReplyDelete
  21. mesti jadik cikgu kesayangan semua ni.

    ReplyDelete
  22. Tak hilang dia dari ingatan
    Lebih 40 tahun bakti dicurahkan
    Pengorbanannya tetap menjadi sebutan
    hingga akhir hayatnya dikandung badan

    Selamat Bersara Buat Pendidik Ini..Semoga Allah memberkati segala jasa2nya selama ini...

    ReplyDelete
  23. selamat bersara cikgu..
    jasamu dikenang..
    hanya Allah mampu membalas budi baik mu mendidik anak bangsa.. :)



    P/s:cuba teka saya keje apa.. hehehehe~

    ReplyDelete
  24. teringt wktu sekolah dlu mjlis perpisahan camni semua dlm keadaan sedih dan terdiam aja... :(

    ReplyDelete
  25. baru sempat singgah sini..setiap yang bermula pasti akan berakhir..memang berat kan nak lepaskan seseorang yg dah bnyak jasa nie..kalau ade yang ganti pon tak sama peribadinya..itu yg buatkan org kenang..bukan senang nak lepas tanggungjawab seorang cikgu yg lama digalas..selamat bersara..

    ReplyDelete
  26. oren nya cikgu rasiah..hehe i loikeee

    ReplyDelete
  27. insyaallah..jasamu tetap dikenang,budimu dibawa hingga kemati..selamat bersara cikgu Rasiah..

    ReplyDelete
  28. bila sampai waktunya untuk bersara...sedihkan..

    ReplyDelete
  29. mesti sedih kan cikgu tu masa tu sebab da tiba masanya..

    ReplyDelete
  30. setiap permulaan ada pengakhiran..setiap pertemuan ada perpisahan..semoga khidmat bakti cikgu rasiah dikenang oleh semua warga sekolah cikgu.

    ReplyDelete
  31. 40 TAHUN MENDIDIK..WAH LAMO TUH...

    ReplyDelete
  32. alaaa mesti cikgu ni baik n disukai ramai..selamat bersara...

    ReplyDelete
  33. saya selalu sedih kalau ada majlis perpisahan dengan cikgu2. tak kisah la retired ke tukar sekolah ke apa.. sobsob. sayu je rase~

    ReplyDelete
  34. oh, tetibe terfikir, masih sgt jauh perjalanan kita andai dipanjangkan usia~

    ReplyDelete
  35. berusahalah jgn tido selepas subuh...

    ReplyDelete
  36. tringat dulu2 majlis persaraan cikgu, sedih giler lbh2 lg kalau cikgu cikgu fav wuwu

    ReplyDelete