Friday, December 9, 2011

Tanam Tebu di Telinga, Berkembang Bunga Raya di Muka


Murid-murid, hari ini peribahasa yang kita pelajari adalah "Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka". Bermaksud, seseorang yang sangat gembira kerana mendengar sesebuah pujian. (",)

Setiap orang sukakan pujian. Pujian kerana diri ini berjaya mengharumkan nama baik sesebuah organisasi, dipuji atas paras rupa wajah yang menarik juga pujian sebab hebat dan segalanya. Pokoknya pujian itulah sebenarnya sebuah penghargaan buat diri sendiri atas hasil usaha yang diusahakan selama ni. Dalam Hierarki Piramid Maslow pun, pujian adalah peringkat terakhir bagi kesempurnaan diri seseorang.

Sebenarnya bukan semua orang sukakan pujian. Kadangkala pujian yang melambung-lambung boleh mematahkan semangat seseorang. Puji sekali sekala dah lah. Pujian yang ikhlas kan. Kang yang kena puji berkali-kali jadi malu plak dan serba tak semangat nak buat kerja kerana jadi perhatian. Ekekeke.. :p

Tapi ada juga orang yang makin dipuji makin minta puji jadinya. Suka menunjuk-nunjuk kehebatan dia dengan semua orang. Puji ikhlas ke atau puji sindirian pun dia tembok muka nak senyum bangga. Dasar tak sedar diri. Kalau boleh sampai ke hujung kaki pujian itu ditaburkan untuknya. Hehehe. Ya, pujian yang melampau sebegini akan menyebabkan seseorang itu termakan puji ( membanggakan diri). (",)

Pujian yang mulia lagi terpuji ialah pujian terhadap Allah swt, maka kita sangat dituntut untuk memuja muji Allah swt sebanyak yang mungkin kerana hanya DIA sahaja yang layak untuk dipuji tanpa henti.

Manakala orang yang menerima pujian pula hendaklah menerima pujian dengan rasa syukur dan tawaduk terhadap Allah swt ini kerana setiap kurniaan mahupun kebaikan yang ada pada kita sehingga mengundang pujian orang sebenarnya datang daripada Allah swt.

Bersyukur lah atas pujian nescaya Allah swt akan menambah lagi rezeki kita. Sekiranya pujian manusia pada yang tiada pada kita, hendaklah kita muhasabah dan usaha untuk menjadi lebih baik. WALLAHU’ALAM.


 
 ~SENYUM ITU SATU SEDEKAH (",) ~

40 comments:

  1. Berminat ngan pic
    kat bawah tue..
    mau puji nie "Lawa ehh" :)

    ReplyDelete
  2. Pic yang last sekali tu lawa lerr...

    ReplyDelete
  3. wah bru tau ade ayat ni gak

    siap mksud

    terkagum je

    ReplyDelete
  4. perkongsian maklumat yang berguna geng....:)...lawa gambar awek tu...semoga dapat isteri macam tu Dil

    ReplyDelete
  5. ehem2.. gmbr sapa kat bawah skali tuh..manis orangnya..:)

    ReplyDelete
  6. 1st time dgr peribahasa tuh..huhu

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum dil...yer la first time dengar peribahasa ini...:)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah , syukur pd Allah..hanya Allah yg berhak dipuji..:)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah , syukur pd Allah..hanya Allah yg berhak dipuji..:)

    ReplyDelete
  10. setuju juga..fist time juga dgr peribahasa tu..pic pun ayu je..

    ReplyDelete
  11. sapakah dibawah itu?
    buah hati ke? hihihi

    yna juga suka dipuji tp biarlah bersederhana, bkn pujian yg membawa maksud xxx :(

    ReplyDelete
  12. aik.. ada peribahasa yg sy xpnh dengar ek.. hihii

    ReplyDelete
  13. pada hamba..andai diberi pujian..maka semakin tidak selesa pula dek terpaksa mengawal seperti yang dikata..seperti..ayunya...then malu la kalo yang puji tu tgk sebenarnya diri tidaklah ayu sgt pon..huhu

    ReplyDelete
  14. nak suruh kawan2 tengok ke, lawa tak orang dalam gambar tu ya cikgu?

    manis orangya..:)

    apa pun, saya baru pertama kali dengar peribahasa ini. Terima kasih berkongsi cikgu...

    ReplyDelete
  15. pic orang yg senyum tu cantik la..pujian ikhlas ni..:)

    ReplyDelete
  16. first time dgr psl proverb nie....

    ReplyDelete
  17. Jue yg x speramah hanie dtg blog ni stelah skian lama haha

    Sapa x suka pujian kan. Smua suka. Pujian ade pro n con. Pro dia bole motivate seseorang tu. Con dia, risau org tu over confident pastu kekwat hihi

    Psst; ko knal awek lam gambo tu? Awek comei tu kwn aku, aku panggil awin. Nak bgtau dia la psl blog ni hihi

    ReplyDelete
  18. Haha amboi siap ckp urgent kat komen box hihi
    Jgn risau, dah wall post dia kat fb ts hihi
    Dia kat langkawi skrg, cuti2 mesia gitu
    Ko tunggu la kdtgan dia kat blog ko hoho
    N dia mmg lawo pnuh sopan santun kat real life..byk pminat weh

    ReplyDelete
  19. puji la saya...tapi saya tidak tergoda kerana tidak gemar gula2 yg manis..hehe

    ReplyDelete
  20. Hahaha haruslah laju sbb tgh free skit skrg. Mmg kcik je kan dunia ni. Dia dulu rajin blogging, tp lately dah jarang update sbb bz. Dia aktif kat fb je (xley kasi tanpa kbenaran dia) haha

    Amboi siap nak wat entry khas utk awin..aku nak roger dia sat

    ReplyDelete
  21. Salam, Alhamdulillah.. Segala Puji Bagi Allah..

    ReplyDelete
  22. setengh org pantang dipuji, mula nk riak..

    tp memuji tu jgk satu doa kan..

    ReplyDelete
  23. Salam. Ty for published my pic for this good entry. Hehe segan sudaaaa

    ReplyDelete
  24. memuji tidak ada salahnya cuma jangan dipuji begitu tinggi. takut akhirnya bersikap meninggi diri dan sombong. :]

    ReplyDelete
  25. memuji tidak ada salahnya cuma jangan dipuji begitu tinggi. takut akhirnya bersikap meninggi diri dan sombong. :]

    ReplyDelete
  26. @Ajwin Ajeera

    ehemmm.. tima kasih sebab sudi dtg komen sini... ehehehe..

    ReplyDelete
  27. Ehem!!mesti senyum ke telinga skrg hihi

    Xde hal la psl nak bg moral support =)

    ReplyDelete
  28. dipuji dan dikeji memang susah untuk diterima kedua-duanya... ^_^"

    ReplyDelete
  29. ye la mcm baru dengar jer peribahasa tu.. pic tupon mau dipuji ker.. subhanallah manis orgnya

    ReplyDelete
  30. Untungla jur tolg.weeewit tahniah dpt kenalan ngan awek cun

    ReplyDelete
  31. cantiknya dan manis senyuman orng dalam gmbar tu....

    ReplyDelete
  32. jgn memandang pujian itu sesuatu yg boleh membuatkan kita meninggi diri..:)

    pstt..gosip apa dengan jue tu?haha cikgu minat senyuman si awin tu yer?haha..

    ReplyDelete
  33. ececehhh suka lettew . untung laa .
    weeee kakak tu sangat lawa . manis . ayu je :))

    ReplyDelete
  34. panjang ek peribahasa tuh..takpernah dengar lagi..

    siapa yang tak suka kena puji tapi kalau dah lelebih sangat n nampak mcm tak logik haruslah kena maki..haha

    ReplyDelete