Saturday, December 3, 2011

MENDUNG tak bererti HUJAN


Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
masih ada waktu dan kesempatan
tuk meraih cinta

Lyrics Ella & Deddy Dores

Di saat melayan lagu lama ini, baru gua teringat. Ya Allah, betapa berat sungguh dugaan yang menimpa hamba-Mu kali ni. Aku tak pasti sama ada diri ini cukup kuat atau tidak untuk menghadapi semua dugaan yang datang kali ni. Takpa, hadapi semuanya dengan senyuman. Hmmmmmm.
 
Ya, kita tidak pasti apa yang bakal terjadi seminit lagi selepas saat ini, sehari selepas hari ini. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kita terus berlari dan menjerit di tepian. Mengimpikan yang terbaik antara yang terbaik. Mengharapkan yang mudah indah tanpa derita. Hingga kadangkala kita tertewas dengan ujian yang sekecil cuma.

Apa pun, selagi semangat masih ada, selagi impian menggapai di dada, selagi itulah kita terus mengukir senyuman untuk melangkah dan terus berusaha untuk sebuah impian. Mudah-mudahan kejayaan dan kegemilangan akan menjelma di kemudian hari. Insya Allah.

Saya pernah teringat kata-kata cikgu saya zaman sekolah menengah dulu:

V
V
V

Cikgu:----- Kamu semua jangan bersedih-sedih ya. Ingat tu, "Mendung tak beerti Hujan" 

Murid:----- Yelah, tapi kalau ditakdirkan 'hujan' juga cikgu??

Cikgu:----- Kalaupun hujan, mana tahu akan muncul PELANGI YANG INDAH selepas hujan. Betapa  cantik kan aturan Tuhan kepada kita semua.

Waahhhhhhhh, terima kasih cikgu. Mendung tak beerti hujan. Hidup tak selamanya hitam. Jangan bersedih-sedih tau... (",)


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

39 comments:

  1. tersentuh ngan entri ni... memang tgh mendung je ht n perasaan ni.. huhu... tp hrp2 hujan tak kan turun..

    ReplyDelete
  2. mendung di samarahan ni, memang hujan cikgu...heheh

    ReplyDelete
  3. dekat tempat cikgu tak hujan lagi??

    tmpat nad cerah..Alhamdulillah...entry semalam dah edit..:)

    http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/tido-diganggu-kerana-anak-ular.html

    ReplyDelete
  4. betul...sye br bengang ngan seseorg yg ske mengadu domba di fb, tp xpelah, asalkn sye bukan cam dier...

    ReplyDelete
  5. betul tu, kalau mendung jalan2 pun best...dingin je...

    ReplyDelete
  6. semenjak dua menjak ini, slu mendung & selalu hujan...

    ReplyDelete
  7. betul tu cikgu..kalau pun hujan yg turun tak bermakna hidup ni turut kelam..sesuatu yg berlaku tu pasti ada hikmahnya..sama ada kita sedar atau tidak..Allah itu Maha Penyayang :)

    ReplyDelete
  8. sekarang ni memang musim hujan...tapi yang bestnya..lepas hujan tu sejuk je...

    #sesuatu yang berlaku tu da ditentukanNya...:)

    ReplyDelete
  9. betul..air pun ada pasang dan surutnya..kita doakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  10. Mesti tengah layan lagu Deddy Dores...

    ReplyDelete
  11. ya..jgn sedey2..perancangan Allah itu sgt indah..waktu nak mengharungi tu mmg terasa payah..tp selagi kita igt DIA..DIA pasti igt kita~ =)

    ReplyDelete
  12. teringat pula hamba dengan nivel Faizal Tehrani bila terbaca tentang akan ada pelangi yang indah bila hentinya hujan dan kelam =)

    ReplyDelete
  13. sgt suka keadaan mendung yg tak hujan..klu hujan pun no hal..best apa main air hujan.keke..

    hidup ini tak selalunya cerah, kadang bila mendung kita mengharap hujan..tp hujan tak kunjung tiba..itu kuasanya..apa sy merapu ntah..:)

    ReplyDelete
  14. Kuatkan semangat!!
    Apa yang berlaku anggap
    ja sebagai 1 ujian..
    Insyaallah orang yg sabar
    sentiasa dilindungi Allah s.w.t

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum dil...best nya n3 ni...moga pelangi indah akan menyinari selepas hujankan...:)

    ReplyDelete
  16. Allah beri kita dugaan dan ujian sbb Allah sayangkan kita..dan Allah x akan uji hambaNYA dgn sst yg x mampu dipikul..insya-allah kita akan kuat tempuh ujian dariNYA..:)

    ReplyDelete
  17. cikgu, saya belum bayar hutang tido (",)

    jom baca--hadiah utk cikgu =)
    hadiah untuk sahabat - mata yang indah

    ReplyDelete
  18. Hidup mesti diteruskan..disebalik dugaan yg kita hadapi tersirat hikmah yg tak ternilai..itulah kuasa Allah..

    ReplyDelete
  19. "Kalaupun hujan, mana tahu akan muncul PELANGI YANG INDAH selepas hujan. Betapa cantik kan aturan Tuhan kepada kita semua"..indahnya kata2 cikgu.

    Akan sy jadikan sbgai panduan hidup :)

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum :)

    'hadapi dengan senyuman. hmmm...' nada 'hmmm' mungkin seakan sumbang. :)

    Dia tidak pernah menjanjikan keburukan daripada setiap ujian yang diberi kepada kita kan? melainkan kita sendiri yang mencari keburukan tu. :D

    ReplyDelete
  21. ermmmm...pandai cikgu tu bagi motivasi ya

    ReplyDelete
  22. yes! hadapi dengan senyumannnn. saya paham cikgu.

    ReplyDelete
  23. @s a r
    terima kasih sebab mengingatkan.. Insya Allah akan menuju ke araj kejayaan.. (",)

    ReplyDelete
  24. hati awak mendung jugak ke? musim ek...hehe..

    sama la kita...hmmm...


    semoga keindahan pelangi selepas hujan dapat membuat kita terus tersenyum....

    ReplyDelete
  25. hmm , betul tuh , sungguh indah ciptaanNya :)

    ReplyDelete
  26. suha setuju dengan kata kata di atas.

    hadapi segalanya dengan hati terbuka. kerana saat pelangi muncul kita akan sedar yang harapan selalu ada untuk kita. :]

    ReplyDelete
  27. suka cuaca mendung..best angin lalu celah gigi heheh

    ReplyDelete
  28. anyhow the weather, we must still keep our spirit on and let it goes smoothly day by day..

    ReplyDelete
  29. mendung tu bgus ape kekadang..hidup tak terlalu panas je..hehe..sbb bila panas mengundang marah. marah itu api..

    ReplyDelete
  30. apa jadi hujan ndak ada mendung plak...hehehe

    ReplyDelete
  31. ayuh senyum la walau hebat dugaan dtg kan? kuat! kuat!

    ReplyDelete
  32. i lep sunsettttt :D


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/rindu-yang-membunuh.html

    ReplyDelete
  33. sob sek sob sek sayu hati nie..dah mendung dahnie cikgu oii

    ReplyDelete
  34. kalau pun hujan tak berhenti2.. itu tak bermakna akan terus hujan & hujan lagi. Mungkin tiada pelangi selepas hujan.. tak bermakna langit akan sentiasa hitam.. kebahagian ada dimana2, cuma kita kena bijak mencari, meneka & menikmatinya

    ReplyDelete