Monday, November 7, 2011

Upacara KORBAN SK Batu Payong 2011


Hari ni dah masuk hari kedua raya Haji @ Aidiladha. Tapi nama tu lagi senang jika kita panggil raya Korban. Biar senang sikit kita nak ingat yang hari ni banyak kambing, unta dan lembu kena korban. Hehehe


Raya semalam bermacam ragam, bermacam cerita si haiwan yang nak disembelih. Kisah Lembu mengamuk masa nak ditangkap, malah ada juga lembu yang lari hingga hujung kampung. Itu cerita si haiwan. Lain pula Kisah si manusia. Dengar-dengar ada orang kampung yang bergaduh tak puas hati gara-gara pembahagian daging yang tidak adil. Hehehe.. macam-macam.  (",)

Yang penting niat kita berkorban ini biarlah ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Apa pun syukurlah pagi tadi bertempat di penjuru sekolah SK Batu Payong, 3 ekor lembu berjaya dikorbankan dengan jayanya tanpa sebarang permasalahan dan halangan. Cuma kebasahan juga lah ketiak  bila nak menangkap, mengikat dan membalikkan lembu ini sebelum disembelih. Ekekeke (",)

Terima kasih buat semua warga sekolah SKBPT, pihak PIBG, dan orang-orang kampung Batu Payong atas kesudian hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi upacara Ibadah korban yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Tahun depan kita berjumpa lagi.
 

Hikmah berkorban akan membuktikan keimanan , ketaatan dan kesyukuran seseorang kepada Allah.

Himah berkorban akan mendidik manusia secara amali dari segi kasih sayang, simpati dan timbang rasa dengan mengorbankan sebahagian daripada miliknya semata-mata kerana Allah

 Hikmah berkorban akan melatih manusia sentiasa berkorban untuk menegakkan syiar Islam.

Himah berkorban akan melahirkan kegembiraan di hari kebesaran Islam dengan sedekah dan hidayah untuk memupuk perasaan muhibbah dan silaturrahim.

Hikmah berkorban akan mengingati dan mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan suci nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s yang mematuhi perintah Allah.

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

42 comments:

  1. tak pernah tengok real lembu kena sembelih. tapi dapat tengok gambar lembu kena sembelih pun jadi la.

    ReplyDelete
  2. meriahnya ibadah korban kt tmpt cikgu..sy juga yg terpaksa berkorban di tempat kerja.hehe...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam utk cikgu ye...maaf ye baru hari ini baru berkesempatan menjenguk rakan2..bru lps masak daging korban...

    ReplyDelete
  5. errrkkk..cikgu tak terkorban ke?ehehe..

    ReplyDelete
  6. @ feza---->
    ehehehe.. tgok gambar pun jadi lah kan... ekeke

    ReplyDelete
  7. @ Asy Faro---->
    memang lah tak nampak, dah saya yang jurufoto.. ehehehehe... saya paling penat menangkap dan melapah tau :P

    ReplyDelete
  8. @ cinnamon.com---->
    wowww.. masak daging korban? mesti delicious tu kan.. ehehe

    ReplyDelete
  9. @ CikGu Ma---->
    takla, saya yang mengorbankan lembu itu.. ekeke

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi tengok lembu disembelih... Pagi tadi terlajak tdo.. haha..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum dil....hikmah berkorban dpt memupuk silatulrrahim yg erat sesama kita kn...:)

    ReplyDelete
  12. mesti minggu nie asyik makan daging lembu aje sampai rindu ngn ikan...

    selamat hari raya korban....

    ReplyDelete
  13. ada lembu yang meronta2 xnak kena sembelih tau. rasa kesian pulak. kui3 :P

    ReplyDelete
  14. wah..alhamdulillah..sekola mama wat korban hari rabu ni....esok cikgi2 de rewang pas meeting w/pon esok masih cuti...

    ReplyDelete
  15. majlis memang meriah...
    dah x larat nak makan daging...mabuk daging...ekekee.

    ReplyDelete
  16. @ AmirFX---->
    iye ke tak pernah tengok... sayang la... org lelaki kena mesti tau benda sembelih ni.. ehehe

    ReplyDelete
  17. @ Tinta Emas---->
    saya kebelakagan ni tak makan daging.. risau kalau kolstrol naik.. ehehe... tapi saya banyak makan ayam je.. ekeke

    ReplyDelete
  18. @ NOOR FATIN ----->
    lembut tu meronta sebab takut tengok kawan2 dia dah kena sembelih... ehehehe

    ReplyDelete
  19. @ tunz----->
    wahh, buat korban hari rabu ye... mesti seronok dapat kerjasama tolong menolong melapash dan memasak ramai2 tu...

    ReplyDelete
  20. @ lieynanilaz ---->
    ya, kurangkan makan daging... makan ala kadar je yang termampu.. ehehe

    ReplyDelete
  21. yang bergaduh tu tak elok bergaduh,,baik tolong sembelih lembu.

    ReplyDelete
  22. bila tgk lembu kena sembelih utk korban, memang akan rasa insaf di dalam diri...

    ReplyDelete
  23. salam aidiladha utk Gen2 Merah....akak mmng tak pernah tengok orng smbelih lembu secara dekat...tak sangggup..!!!!

    ReplyDelete
  24. pernah tgk lembu yg nak disembelih..mengalir kuar air mata..memang tersentuh...

    ReplyDelete
  25. dulu masa kecik2 tgk lembu kena sembelih dari tingkap atas rumah jer.. sbb rumah betul2 sebelah masjid.. tempat penyembelihan betul2 di tepi rumah.. skrg ni je dah x dpt tgk dekat2...

    ReplyDelete
  26. @ fadh leyanie ---->
    ehehehe.. betul3x... baik sembelih lembu sama2 drp gadh2 x puas hati kan.. ehehe

    ReplyDelete
  27. balas kunjungan dan follow blog ni..

    wah meriah btl..main kejer2 ngan lembu pun ada ye?hehehe. pe2 pun moga ibadah korban yg kita jalankan dapat keberkatan..amin...

    ReplyDelete
  28. @ DaHLia----->
    ya cikgu.. semoga ianya menjadi renungan buat kita bersama agar sentiasa berkorban ke jalan yang di redhai Nya...

    ReplyDelete
  29. @ MulutPayau---->
    hihihi.. org pempuan kalau x sanggung nengok baik jgn tgok kan... nanti lemah semangat.. ehehe

    ReplyDelete
  30. @ Tiramisu Fatiema----->
    iya.. kdg2 tersentuh juga bila lihat.. apa pun semoga ianya menjadi renungan buat kita agar lebih ikhlas berkorban ke jalan yang di redhai Nya.

    ReplyDelete
  31. @ QueeN TerataI----->
    ooo mcm tu.. rupanya umah Queaen betul3x dekat ngan masjid ya.. senang lah ikut acara surau kan.... ehee

    ReplyDelete
  32. seronoknya bila tgk semua org berkerjasama.. sama2 berkorban masa dan tenaga.. indahnya suasana seperti itu kan..

    ReplyDelete
  33. tengok darah je dah pitam..hee..apa2 pun selamat hari raya qurban..

    ReplyDelete
  34. wahhh...meriahnya majlis korban kat tempat cikgu ye.tempat sy ada juga.cuma tak banyak kot.tapi paling best bila ada orang dtg hantar daging korban.sedapnya..fresh!

    ReplyDelete
  35. paling tak suka bab2 melapah...adoi boleh terkoyak melayannnya...

    ReplyDelete
  36. adik sakura tak pernah tengok orang buat korban depan mata..uhuhu

    ReplyDelete
  37. meriahnya.... xpernah tengok lembu di sembelih,sdh d sembelih br berani tengok hihihihi

    ReplyDelete
  38. byk nye...patut la balik umah terus terlentang..huhu

    ReplyDelete
  39. huwaaaa
    sempat lagi amik gambo ye
    hayoooo

    dah lame x tgk upacara korban ni
    emm3

    cikgu terlibat x?
    hehhee

    ReplyDelete
  40. wowww lipan ...... dulu pernah masuk dalam kain telekung ... melompat2 kita ..

    ReplyDelete
  41. x smpi hati kan nak tgk..tp bdosa kite klu kite kesian kat dia..
    haritu blk kg..ank2 intan yg pegi tgk ngan atok dia..teruja

    ReplyDelete
  42. kak ita pernah tengok lembu..masa arwah ayah buat korban..terus kasihan dan tak mahu makan masa tu..sekarang ne tak mahu tengok dah...masa raya korban ne..nenek sembelih 2 ekor..tak pergi tengok pun..hubby dan adik lelaki yg tolong....

    ReplyDelete