Tuesday, November 29, 2011

Sebelum diusung ke LIANG LAHAD

Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di Alam Baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

28 comments:

  1. Tulah kan, terlalu kejar dunia tak boleh.. Walaupun dunia diciptakan utk manusia, tapi, manusia diciptakan untuk akhirat... kna lakukan ibadah utk akhirat sama

    ReplyDelete
  2. @Aisy Nasiha betul.. Dunia dan akhirat biaroah seimbang... Insya Allah

    ReplyDelete
  3. muhasabah diri....kena seimbang...tapi kekadang tak juga...insya allah semoga tahun baru ne lebih baik dari sebelumnya.....

    ReplyDelete
  4. sebelum di liang lahad dan semasa di dunia, banyakkan amalan untuk ke sana.. insyaAllah,moga-moga di tahun baru ni banyak penghijrahan dalam diri kita kan..

    ReplyDelete
  5. perlu sentiasa mengingati Allah SWT dan memperbaiki diri

    ReplyDelete
  6. mati itu pasti...namun, adakah amalan kita sudah pasti diterimaNya???

    jom skodeng..
    diari Mia

    ReplyDelete
  7. terima kasih cikgu kerana mengingatkan..

    kadang2 kita terlalu alpa dengan keindahan duniawi,lupa pada alam itu..:)

    ReplyDelete
  8. owh .. takutnye dengar pantun ni! takut gak tengok gambar tu ... huhuhuuuu

    ReplyDelete
  9. tingkatkan amalan kita di dunia

    ReplyDelete
  10. terkadang bagus jgk andai kita slalu melawat org skt dan mjlis kematian sbb semua tu ingatkan kita tntg mati

    ReplyDelete
  11. maklumat yang berguna...semoga mendapat kesedaran

    ReplyDelete
  12. terima kasih kerana mngingatkan...

    ReplyDelete
  13. insyaallah smoga ditetapkn hati kita sentiasa ingt mati.

    ReplyDelete
  14. mati itu pasti....hidup itu realiti...


    marilah beringat bahawa yang hidup pasti akan pergi...

    ReplyDelete
  15. InsyaAllah...setiap hari kita hadapi lembaran baru, semoga setiap lembaran yang kita lalui penuh dengan keimanan

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas peringatan ini.. harap2 bekalan yg ada dpt dipenuhi sebelum tiba masa kita utk pergi..

    ReplyDelete
  17. info yang baik untuk peringatan bersama..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum dil...ingatlah wahai kekwn semua hanya amalan baik menjadi bekalan yg akan dibawa ke sana nanti..:)

    ReplyDelete
  19. gerun baca :(

    insyaAllah smg kita semua x mengerjar dunia yg hanya sementara ini :)

    ReplyDelete
  20. Dil,
    Ingatan yang bernilai..
    Bagi manusia yang lupa..

    Terima kasih perkongsiaannya

    ReplyDelete