Friday, November 18, 2011

Riang ria keputusan UPSR SKBPT

Hari ini mesyuarat akhir tahun buat guru-guru SK Batu Payong Tawau. Minggu hadapan guru-guru bakal memanfaatkan cuti-cuti akhir tahun dengan pelbagai program yang bermanfaat selepas setahun memikul beban tugas guru yang mencabar.

Dan hari ini juga lah akhirnya saya dapat tahu keputusan rasmi UPSR murid-murid tahun 6 sekolah ini. Alhamdulillah. Peratus UPSR melonjak naik daripada 35% pada tahun 2010 kepada 46.8% pada tahun ini. Syukur, berbaloi-baloi usaha guru-guru dan ibu bapa selama 6 tahun ini dalam mendidik, mengasuh, membimbing dan membentuk anak-anak bangsa ini.


Semoga anak-anak murid ini akan terus berusaha untuk berjaya dalam cabaran pendidikan yang seterusnya.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman


~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

35 comments:

  1. terima kasih kat cikgu2...cium tgn cikgu ye...byk sgt jasa cikgu ni...tak terbilang rasanya..tahniah cikgu Jumadil..kerana menjadi seorang cikgu..

    ReplyDelete
  2. ini yang best ni klu jadi cikgu..
    murid cuti cikgu pun xbanyak kerja..
    best3!

    ReplyDelete
  3. beshnyer....mesti smeua bergembira....tringin nak ambik upsr balik..

    ReplyDelete
  4. taniah..terkenang balik masa ketika dulu..senyum kambing sorang2 dah ni..;))

    ReplyDelete
  5. wah tahniah cikgu.. berkat guru2 nya juga ni sebab tu meningkat pencapaian tahun ni

    ReplyDelete
  6. Wah! Tumpang gembira nih.. Tahniah semua cikgu SK Batu Payong Tawau.. Tahniah juga kepada semua pelajar yang berjaya dgn cemerlang :)






    Murid-murid makan sup ekor takkk ngeee :D

    ReplyDelete
  7. tumpang happy dgr keputusan yang memuaskan :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...tahniah cikgu! kerana berjaya mendidik anak murid cikgu hingga berjaya dlam upsr...! terima kasih cikgu!

    ReplyDelete
  9. lol! bukan lah teliti tapi benda tu macam best jer heheeh all thse while guna dalam botol hangkut kehulu-kehilir heheheh :p

    ReplyDelete
  10. tahniah kepada guru-guru atas usaha mendidik dan tak jemu2 walau pun kadang2 murid sendiri pun tak macam org nak berjaya..cikgu yg lebih2..hehehe..

    ReplyDelete
  11. kami tunggu hujung bulan disember untuk PMR dan bulan 3 untuk SPM

    ReplyDelete
  12. Tahniah untuk murid yang berjaya.. Yang tak berjaya boleh usaha lagi untuk PMR dan SPM nanti...

    ReplyDelete
  13. terima kasih cikgu! mungkin tu je kata2 keramat yg mampu di ucapkan

    ReplyDelete
  14. tahniah kpd murid yang berjaya..syabas untuk para guru jugak...yg tidak berjaya jgn mudah putus asa

    ReplyDelete
  15. terima kasih cikgu. jasamu dikenang.

    teringat kenangan amik upsr dulu.. hehe

    tahniah murid2! jangan lupa cikgu2 yang telah mencurahkan ilmu :)

    ReplyDelete
  16. Tahniah buat guru2 yg telah berjaya mendidik anak2 murid hingga berjaya.pada yg kurang berjaya,ini baru permulaan utk memulakan langkah.usaha yg terbaik utk pmr n spm..chaiyok!

    patung tu bukan pemberian abah sy,pemberian en suami pada sy pada pertemuan pertama,skang aiman mewarisinya..hehe...

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah
    byk tu peratusan peningkatan..
    tahniah buat murid, sekolah & guru

    ReplyDelete
  18. 1st step dah lepas... jangan tersunggur dalam step2 yg seterusnya.

    ReplyDelete
  19. wah bagusla keputusan melonjak naik oyeh!! :D

    ReplyDelete
  20. cikgu sememangnya insan yang banyak berjasa...(^^,)

    ReplyDelete
  21. Cikgu Gen2 dan kawan2

    Minta kawan2 support saya ya dengan tekan button like, tweet dan google+1 dan tinggalkan komen sekali.. jasa kalian amat2 dihargai..

    http://citrananizam.blogspot.com/2011/11/gadget-impianku-adalah-samsung-galaxy.html

    ReplyDelete
  22. tahniah & syabas sbb berjaya mendidik anak bangsa...

    ReplyDelete
  23. tahniah buat guru2 yang mendidik anak bangsa...


    mseti sedih berpisah dengan pelajar UPSR kan....hidup mesti diteruskan...


    tahniah sekali lagi... :)

    ReplyDelete
  24. tahniah utk guru2 yg brtngkus lumus mndidik tanpa mngenal erti penat dan jemu....

    p/s..Selamat bercuti...

    ReplyDelete
  25. seronok kan tgk anak2 murid berjaya..kepuasan seorang guru..:)

    ReplyDelete
  26. tahniah...untuk anak2 yang ambil UPSR, tahun depan anak akak pulak

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah tahniah.seronok kan tengok anak didik berjaya.aiii kempunan la aku nak jadi cikgu :(

    ReplyDelete
  28. tahniah cikgu..
    jasa guru tidak ternilai..

    jom join GA kt blog saya
    http://husnamn.blogspot.com/2011/11/jom-sertai-giveaway-5th-wedding.html

    ReplyDelete
  29. msti seronok kn bila skolah ada pningkatan :D

    ReplyDelete
  30. anak kakak ipar akak.pun dapat 5 a...dalam.keras2 dia..rupanya nangis dapat result tu..

    ReplyDelete
  31. teringat plak masa Queen sekolah dulu.. lps je dpt result confirm jumpa cikgu, ucap terima kasih dan salam... hehehe kalo cikgu lelaki just say thanx jela.. xkn nak salam & peluk2 gakkan? hehehhe anyway tahniah di atas perningkatan anak2 murid.

    ReplyDelete