Monday, October 17, 2011

Apa itu HIJAU?


 Apa itu Hijau??

HIJAU itu harmoni.. HIJAU itu kedamaian. Ianya indah dan berseri.  HIJAU adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia menggambarkan isi kandungan dunia. Warna HIJAU juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam. 

Cuba bayangkan dunia tanpa warna HIJAU?? Kering kontang rasanya alam. Kering, lesu, lemah dan tidak bermaya. Mana mungkin kenderaan boleh beratur jalan tanpa warna adanya isyarat HIJAU. Mustahil tumbuhan boleh segar bugar tanpa kehijauan menyinari.   Kerana HIJAU itulah gambaran dunia yang gembira.

Tidak ada warna yang lebih banyak disebutkan dalam Al-Qur'an melebihi warna HIJAU. Allah SWT menggambarkan keadaan penghuni syurga dan segala kenikmatan yang melingkupinya dalam suasana yang penuh keceriaan, kebahagiaan, kenikmatan, dan ketenangan jiwa.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ar-Rahman: "Mereka bersandar pada bantal-bantal yang
HIJAU dan permadani-permadani yang indah." 

HIJAU dan "bersih", kedua-duanya merupakan warna dan sifat yang ada dalam syurga seperti yang digambarkan dalam Al-Qur'an

Betapa suci dan mempersonanya warna HIJAU

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

49 comments:

  1. sukan sekolah anak2 kak aina telah berlangsung pada March lepas...& anak bungsu rumahnya jugak HIJAU.

    ReplyDelete
  2. hijau jgk salah satu warna kesukaan Rasulullah saw..

    ReplyDelete
  3. saya pun rumah hijau masa skolah dulu..good luck!!

    ReplyDelete
  4. dulu sya pun rumah sukan warna hijau!! chaiyok2... yeszaaaa hijau itu kedamaian.. that y i like hijau... :)

    ReplyDelete
  5. saya pun pasukan rumah hijo hahahaha

    ReplyDelete
  6. huhu cakap pasal warna hijau kan..dari skolah rendah smpai menengah memang tak pernah dapat rumah lain..memang lar muka umah hijau huhu..

    tapi sekarang suka warna pink..erkkk ;p

    ReplyDelete
  7. uhu.sy suke kaler ijou!!..sampai kwn2 pun panggil nama 'Sal Ijou'..dari sekola rendah uma sukan ijou..sekolah menengah uma ijou..masuk ipg pun uma ijou..n selalunye mesti uma ijou menang..hoyeh!~ ;p

    ReplyDelete
  8. Nabi kite pon suke warna hijau jugak kan.

    kt skola sye rumah biru.tapi tiap2 taahun mesti rumah hijau yg johan,.
    eiishh

    ReplyDelete
  9. hijau itu kesegaran dan kedamaian... dulu saya pon rumah sukan hijau... hehheh.. go rumah hijau... hijau sentiasa boleh!!!... heheheheh

    ReplyDelete
  10. hijau itu menyamankan...hehe


    time sekolah dulu rumah merahhhh je..macam kereta gen2merah cikgu... hehheehe

    ReplyDelete
  11. weina geng...lupa sudah aku, apa warna rumah sukanku di Batu Payong...hehehe

    ReplyDelete
  12. yay..hidup hijau. masa sekolah dulu pun rumah sukan hijau. Harap2 rumah hijau menang ya cikgu. hijau..hijau..hijau.

    ReplyDelete
  13. gua merah beb,, dulu kni dan selamanya

    ReplyDelete
  14. semoga rmh hijau berjaya nanti...dulu sy rmh biru..

    ReplyDelete
  15. hijau itu PAS....heheheheheh..tidak ada kena mengena...saya minat biru, tapi kenapa cikgu tuang cat kat blog saya jadi pink??? nngggeeeeee...

    tapi sekarang blog sepah...salah coding ape tah..nak cek balik dah penin..tunggu bulan 12 nnt, nak buat "rumah baru"..kunun2 nya...harap2 ensem la...

    ReplyDelete
  16. kecik dulu, mmg umah ijau..sntiasa jadi juara..sekarang blog sayapn ijau.hihi..

    ReplyDelete
  17. masa sekolah dulu pun akak rumah hijau dr ting 1 sampai 5 n warna hijau mmg warna kegemaran dr dulu smpi skrg.... :D

    ReplyDelete
  18. salam dil...nyaman rasanya bila dpt memandang color hijau ni kn...:)

    p/s betul ke sape suka warna hijau ni orang tu seorang yg kuat cemburu....:)

    ReplyDelete
  19. Sukan???
    Hijau boleh!!!!
    Chaiyok..chaiyok

    P/s: Hijau Bumi Tuhan!!

    ReplyDelete
  20. salam cikgu..akak dah ziarah rmh cikgu...ehh akak memang suka kaler hijau..emm sekarang tengah gila menukar brg kat dapur dgn kaler ni..sedap dan sejuk mata memandang kan kan...gud luck to rumah hijau..ehh sukan tahunan belum habis ke?

    ReplyDelete
  21. hijau itu lambang kesihatan jantung dan fizikal tau menurut pakar warna..hamba penyokong hijau yang setia..!

    ReplyDelete
  22. @ JunAina----->
    anak bongsu akak pun Hijau ye... sokong2. heee


    @ Mrs Lurve----->
    iya betul3x.. warna kegemaran Rasulullah saw


    @ Rai----->
    yeahhh Hijau.. Kita sahabat.. ehee


    @ QueeN TerataI---->
    akak pun Hijau ye... Yeaahh.... Hijau2


    @ bobiedanbad----->
    wah, cikgu pun Hijau... ramainya kawan kan sini .. ehee


    @ PinKy MoMMa---->
    ahahahaha.. Kesian Momma.. malar dapat umah Hijau ek.. Hee.. Rumah Pink mana ada momma.. hehehe


    @ ~SaL IjOu~---->
    oooo, patut lah Sal di gelar Ijou.. rupanya suka kaler Hijau ek.. ehehe.. Yeaah, umah Hiajo bakal juara kan..


    @ C` Ayob-Ilmu Asas Hidup ----->
    abang Cayob pun suka Hjau.. cayalah.. heee


    @ ila---->
    tiap2 Tahun mesti umah Hijau yang Johan ek?? yaa, itu sudah semestinya... hahahaha


    @ PeRmAtA bIrU---->
    yeahah, Hijau sentiaa boleh kan.. aha


    @ Papa Mifz----->
    papa, umah merah tak best langsung... ehe


    @ Aien Not Alien---->
    Ehehehe.. sebenarnya saya nak juga umah merah,. tapi apa kan daya dapat hijau.. wakaka


    @ Kancil 8349---->
    kau kan umah Biru dulu.. Rumah paling last kalau sukan... ekekeke


    @ feza---->
    Ya Hijau... harap2 warna kita bakal juara yeaaahhh...


    @ IMANSHAH---->
    ahahaha.. Saya Hijau dulu, sekarang dan bukan selamanya.. ehehehe


    @ Prince Halilintar ----->
    Prince, umah Biru selalu da[at nombor last kalau d sekolah.. ehehe


    @ CikGu Ma---->
    ehehehe.. tu la, sapa suruh ubah sana sini.. kang dah berterabur.. saya pu cdg nak tukar template gak ujung bulan ni.. ehehe


    @ Qienah---->
    wah, Tahniah sebab memilih umah Hijau.. Ya, mesti akan juara punya.. ahaa


    @ cinnamon.com----->
    cayalah cinnamon.com.. Hijau hijau


    @ Mamamya----->
    hijau warna kegemaran ye.,, Tahniah.. hehehe


    @ maszull----->
    cemburu?? ya, mungkin juga. Sebab Hijau memang cemburu kalau rumah sukan lain dapat juara.. ehehe
    Tak pasti pula kak kalau warna da dikaitkan dengan tingkah laku manusia.. ehehe


    @ missgee----->
    selamat Pagi cikgu.. Hijau Bumi Tuhan kan...


    @ NOOR FATIN---->
    iya, Hijau mententeramkan juga.. hee


    @ saniah---->
    tima kasih kak.. sukan tahunan selalunya kami akan buat selepas abis exam UPSR dan exam sekolah,.. Ujung tahun semuanya akan relax.. baru murid tdk terganggu dengan pelajaran kan


    @ 3no gr33ny----->
    ooo, iye ke?? baru plak saya tau Hijau itu lambang kesihatan jantung dan fizikal.. tima kasih ats perkongsian ini yee

    ReplyDelete
  23. Rasululullah saw juga gemarkan hijau kan..


    ms kawen dulu sy guna tema hijau..


    rumah sukan ms sekolah (ms form 5) dulu pon sy rumah hijau..


    rumah sukan tadika anak sy pon hijau..

    ReplyDelete
  24. hijau itu mendamaikan jiwa

    rasa lapang kalau tgok swh padi terbentang

    nk daftr jd murid pompuan boleh tk?

    ReplyDelete
  25. salam kenal..
    hijau itu warna kegemaranku ..
    sekul dulu : umah hijau
    gr sandaran: cikgu umah hijau
    ank: 2 org drpd 3 sukakan warna hijau
    ngan yg sulung, sukan umah hijau

    hijau..hijau n hijau...byk hijau mewarnai kehidupan kami..

    panjangnyer komen..huhu

    ReplyDelete
  26. kak munna masa sekolah dulu pun rumah hijau..selalu jadi juara

    ReplyDelete
  27. patutlah intro starting dgn hijau...yosh ganbare...

    ReplyDelete
  28. HIJAU mata sy bc entri ni :P...

    err tiba2 ingt lagu HIJAU zainal abidin hhehe..

    ReplyDelete
  29. ganbare HIJAU!!!



    *Suka gk guna kata2 ni
    'hadapi dengan senyuman'

    ReplyDelete
  30. kak ita sekolah dulu selalu rumah hijau...sekarang anak kak ita sekolah pun hijau gak...suka gak lah hijau ne..tapi paling suka warna biru...

    ReplyDelete
  31. entry ni tiba2 nmpk cantik pulak dgn warna hijau.. hihii

    ReplyDelete
  32. sejaak pra skolah, sekolah rendah, sekolah menengah... hijau aje,. tpi kat akademi sy company charlie.. kuning ^.^

    ReplyDelete
  33. rumah sukan saya warna hijau!
    go go hijauuuuuuu

    ReplyDelete
  34. Ade bdk umah aku dulu suke giler kaler ejau hihi

    ReplyDelete
  35. pergila berehat.. kecian cikgu.. hahaha..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  36. suka hijau dgn pink...menenangkan.. :)

    ReplyDelete
  37. anak ai dak Adik sebut warna hijau - ben10.. huhuhu.. pengaruh ben10..

    psstt: disebabkan terlampau suka dengan warna merah, kuning, hijau sampai sanggup mintak adik kawan belikan baju sukan satu sekolah tu.. hikhikhik.. tak sedar diri tu dah jadi mak budak.. tapi tetap remaja purba.. hahaha...

    ReplyDelete
  38. hijau tenangkan mata anda.

    ReplyDelete
  39. ya, nama kita lebih kurang :)

    dill.

    ReplyDelete
  40. kesian students penat. anyway, thanks for following my blog. i follow you back :)

    ReplyDelete
  41. alahai mmg nampak kepenatan budak tue..cian..org kata cikgu sik jer naek gaji tapi sebenarnya tugas guru mmg banyak?tak cukup kat sekolah bawak alik umah..blum ditambah ngan kegiatan luar n murid2 yang ada mslh=)

    ReplyDelete
  42. mummy salah komen..rupanya komen kat atas..terus komen tgk gmbr tak tgk salah komen rupanya..mummy suka sangat benda kaler ijau..tapi ijau yang soft bukan striking kaler..huhumendamaikan..n suka ngan katak ijau tuh.cuteee

    ReplyDelete