Saturday, September 3, 2011

TRAGEDI selepas Raya


Raya oh raya, 
bermacam ragam bermacam citarasa. 
Semuanya sungguh enak membuka selera. 
Makan sahaja lah apa yang tersedia. 
Yang berlemak, manis, masam dan masin semuanya ada. 

Setahun sekali, 
bukan hari-hari. 
Ini lah peluang untuk makan free.
Hihihi... (",)

Hari ini masuk raya kelima. Aktiviti kunjung mengunjung masih berterusan. Cuma aktiviti raya memang tak lengkap kalau takda makan dan makan. Hehehe. Semalam sahaja ada dua rumah makan juadah sup tulang. Perrggghh.. (",)


Tu belum lagi dikira raya sebelumnya yang menjamu bermacam-macam juadah yang menyedapkan. Ayam, daging, ikan, sup, soto, satay, kek dan berbagai-bagai juadah yang beraneka warna dan rasa. Kembang kempis perut menyumbat segala.

Apa leh buat, bukan selalu jumpa makan-makan free ni. Dah lah aku ni jenis kuat makan. Hidup untuk makan kan. Eh, makan untuk hidup.. ngee~ (",)

Kalau lah macam ni gayanya, lepas raya ini alamat ramailah yang bakal melawat Farmasi, Klinik dan Hospital sebab ada simptom-simptom darah tinggi, kencing manis, sakit perut dan macam-macam lagi.. ehehe... (Gurau ek.. Harap diperjauhkan yee..).

Amalkan gaya hidup yang sihat. Makan ala kadar seadanya. (Pesanan untuk diri sendiri. Heee). Salam Aidilfitri. Dua hari lagi cuti sebelum bermulanya kerja. All the best.. Pasni nak berjalan beraya lagi. Jomm...

Gen2Merah----> Rindu nak berjoging dan bersukan selepas berehat selama sebulan lamanya. wewww~


(HADAPI DENGAN SENYUMAN)

37 comments:

  1. lepas cuti raya ni ada lagi bnyk open house.mcm mana nak amalkan gaya hidup sihat..?? hehehe :p

    p/s : tggu dh abih bulan syawal kot br aktiviti makan2 ni kurang sikit..

    ReplyDelete
  2. oooo...kuat makan rupanya orang tawau ni...ish...ish...

    raya...ray...jangan tak raya...hihi

    ReplyDelete
  3. haahhh.. mak cik akak dah kene tahan ward sebab darah tinggi.. apa taknya teruk jadi menantu pompuan sulung, kena layan seluruh isi rumah.. last2 dia yg pengsan.. kesiannn..

    ReplyDelete
  4. kerana gatal tangan dan tidak ada hobi lain, rupanya tukar url jadi blog baru yea????huhuhu...sob...sob...

    ReplyDelete
  5. dah terbabas..diet pun hilang ke mana..hehe..

    ReplyDelete
  6. dylla abas----> ehehehe... tunggu abis raya lah baru boleh amalkan gaya hidup sihat... diet dan bersenam.. ehe

    ReplyDelete
  7. CikGu Ma -----> ehehehe.. raya tetap raya kan cikgu Ma (",)

    ReplyDelete
  8. aimaniman----> waduh kesiannya.. semoga macik cepat sembuh kan.. ehe

    ReplyDelete
  9. CikGu Ma----> hmmm, cikgu dah tukar url blog baru ye????

    ReplyDelete
  10. cik sakura ----> ehehe.. lepas raya ni insya Allah will back to normal kan.. ehehe

    ReplyDelete
  11. salam...selamat kembali dr beraya Gen2merah...

    bulan raya ni mmg makan kena kawal kalau x pasti ada yg akan ke klinik nanti....
    semoga kita sentiasa sihat badan n minda ...:)

    ReplyDelete
  12. musim open house ni... makan makan makan.. huhu

    ReplyDelete
  13. Lulu Caldina ----> ye ke? kesian Lulu.. semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya..
    Alhamdulillah raya tahun ni xder sakit2 akibat makanan.. :)

    ReplyDelete
  15. betul tu, mentang2 ler makan free, dibantai sumernya. macam2 ... bercampur baur, then perut terkejut! mula ler mc ... heheheeee!

    ReplyDelete
  16. HaiDa HiDa --->

    alhamdulillah.. syukur banyak2 lah kan..

    ReplyDelete
  17. Acik ----> ehehehe..

    boleh dapat cuti free kan sebab ambil mc.,. ehehe

    ReplyDelete
  18. pesanan buat diri sendiri juga. huk huk huk. :P

    ReplyDelete
  19. Yasmin Khairani --->

    iya, diri sendiri itu yang lebih penting.. ehehe

    ReplyDelete
  20. spt kata pemilik blog.. hadapilah saje ngan senyuman :D

    ReplyDelete
  21. hahahhaah... num celcom saya plak kalau org call dapat kat or lain..mamak la, cina la... sedangkan nombor tu masih aktif saya guna..haish... mujur ada maxis lagi satu nombor... senang sikit... hurm... macam2 kan???huhu... betul2 tu hadapi sajalah dengan senyuman..:)

    ReplyDelete
  22. jaga kesihatan itu yang penting.. ;)

    ReplyDelete
  23. betul tu makan ala kadar sekadar merasa jangan melantak!. rindu mo makan buras..kirimkan sekotak cikgu madil.

    ReplyDelete
  24. selamat hari raya cikgu..maaf zahir dan batin...betul lah cikgu ckp...celcom tu..kak ita duk bangsar besar2 dia buat papan kata wilayah celcom..kak ita pakai lah 2th tu..ada perjanjian..memang hampeh...siap complen...pun hampeh gak...

    ReplyDelete
  25. Umedia Network --->

    ehehehe.. jaga kesihatan ye

    ReplyDelete
  26. Niena Pengembara Ilahi----> iya, yang penting senyum kan.. ehe

    ReplyDelete
  27. PeRmAtA bIrU--->

    ehehe.. jom beralih ke nombor mudah alih yang lain.. ehe

    ReplyDelete
  28. Hanie_Dew---->

    ehehehe.. nak makan buras ek.. datang lah umah saya.. nak kirim berat.. nanti caj mahal.. ekeke

    ReplyDelete
  29. anitadiana ---> ehehehe.,.. itu lah namanya iklan tak serupa bikin.. wilayah celcom konon.. huhu

    ReplyDelete
  30. QueeN TerataI --->

    ehehehe..terima kasih ye.. makan utki kesihatan kan

    ReplyDelete
  31. ala kedekut la. kbabai.

    ReplyDelete
  32. Hanie_Dew ---->

    ehehehe.. makan buras tak sedap kalau kena kirim.. kena yang buat sendiri juga.. ehe

    ReplyDelete