Tuesday, August 16, 2011

Kisah ceramah di malam 17 RAMADHAN.

Malam ini 17 Ramadhan merupakan peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di Bulan Ramadhan yang mana turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Rata-rata surau dan masjid di seluruh negara dipenuhi dengan pengisian malam keagamaan untuk menyambut hari paling bersejarah ini.

Di sebuah surau tempat saya berterawih tadi, para jemaah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur memenuhi ruang legar masjid bagi mendengar ceramah agama Nuzul al-Quran yang disampaikan oleh seorang ustaz. Ceramah ini diperuntukkan dalam masa setengah jam sebelum meneruskan  aktiviti solat sunat terawih berjemaah.

Ketika  ustaz tengah khusuyuk memberi ceramah di hadapan jemaah, tiba-tibaa....

"KEDEBOMMMMMMMMM................."  

Suasana berubah seketika. Letupan bunyi mercun begitu membingitkan telinga. Semua hadirin tersentak dengan letupan mercun yang baling oleh budak-budak di luar masjid. 

Spontan ustaz tersebut bercakap:

"Astaghfirullah hal azim. Inilah perangai budak-budak kita ni. Tak pasal-pasal hilang idea saya nak sambung cakap..

"Hahahahaha".. Para jemaah tergelak kecil..



Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)  

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi  Muhammad saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Sumber: Wikipedia..



~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

23 comments:

  1. hilang semangat kejap kan... :)

    ReplyDelete
  2. a kl citizen----> iya macam tu la... hampir nak pengsan juga tadi.. ehehe

    ReplyDelete
  3. haish. Sama lah kita. Tgh dok tulis entry, meletup sekali. bhahah. :)

    ReplyDelete
  4. Umedia Network ----> ahahaha.. inilah budak2 ni.. mercun sajala...

    ReplyDelete
  5. tulah...org barat pun berminat mengkaji Al-Quran kan...:)

    nasib pak imam x pengsan...budak2 sekarang...haihhh

    ReplyDelete
  6. HAHA nasib baik laa ustaz tuu tak melatah kann :P

    ReplyDelete
  7. Rasanya suma masjid sama..
    Jemaah terkejut ngan mercun
    ala bom atom...hurmmmm
    Ada rasa nak maki tapi cuma
    mampu dalam hati saja..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Abby Salvatore----. nasib pak imam masih muda.. kalau dah berumur mesti rebah agaknya.. ehehehe

    ReplyDelete
  9. Solihahazahar ----> iya, hahaha.. kalau melatah entah apa jadi ngan ceramah agama malam tu

    ReplyDelete
  10. missgee---> tu lah pasal.. tiada orang yang berkawal di luar masjid nak larang budak2 ni.. huhu

    ReplyDelete
  11. haha..tak pasal2 kesian budak tu..kok ye pom main la lepas solat mercun tu...

    ReplyDelete
  12. hehhe..nsb bek xmelatah...adehhhh

    ReplyDelete
  13. ak jadi imam pon tetibe dgr mercun..hilang habes tarannum aku

    ReplyDelete
  14. isk.. tulah dia kan.. ada plak selingan.. kalo sakit jantung mau Innalillah teruskan :)

    ReplyDelete
  15. tak patut sungguh bila terjadinya perkara macam tu di surau mahupun masjid.


    psstt: pernah dulu dalam pantang budak2 main mercun, bunyi letupan yang kuat buat baby ai terkejut tapi nasib baik masa tu dia dalam dakapan ai.. ish ish..

    ReplyDelete
  16. H.J----> tak payah main lagi bagus. menggangu ketenteraman ja orang main mercun ni

    ReplyDelete
  17. JIJI YU----> wah, pak imam rupanya. taniah ye..

    ReplyDelete
  18. QueeN TerataI---> betul2 mengejutkan letupan tu.. kalau ada yang sakkit jantung konfom gol barangkali

    ReplyDelete
  19. aizamia3----> yelah, patut dibenteras perangai main mercun ni.. bahaya.. pastu menggangu orang lain plak

    ReplyDelete
  20. nasib baik mercun ja...klu main airbOom..memanjang terkejut ustaz tue..

    ReplyDelete
  21. yey da la merdeka. raye plk tu^^

    ReplyDelete
  22. Raya dgn merdeka pada masa yang sama.
    Btw, FD follow blog ni #700 :)

    ReplyDelete